05 July 2015

Cantik dan Sihat dengan Cuka Buah

Dulu la kan, aku tak tahu pun cuka ni banyak jenis. Tak tahu pun cuka ni boleh bagi banyak kebaikan. Yang aku tahu, lauk ikan masak cuka. Hahahaha. Tapi, dah besar panjang ni, ada kesedaran nak jaga kesihatan dan kecantikan gituuu... Maka, gigih aku google and kaji. Baiklah. Hasil dari kajian aku yang xberapa nak dikaji ni, aku jumpa macam-macam khasiat pasal cuka buah-buahan. 



1- Cuka Kranberi 
- Berfungsi untuk mencegah dan merawat jangkitan pada saluran kencing.
- Anti penuaan kerana kandungan antioksida yang tinggi.
- Mencegah daripada ulser perut. 

2- Cuka Mulberi
- Anti pigmentasi dan meningkatkan seri wajah.
- Meningkatkan daya penglihatan.
- Mencegah daripada saluran darah tersumbat dan strok. 

3- Cuka Kumquat Lemon 
- Melegakan sakit tekak.
- Memelihara kesihatan paru-paru.
- Mencegah penuaan awal.

4- Cuka Anggur
- Meningkatkan aliran darah dan mengurangkan risiko darah beku.
- Meningkatkan kesihatan jantung dan saluran darah.
- Mengurangkan tahap kolestrol jahat. 

5- Cuka Plum
- Meningkatkan pencernaan dan mengurangkan masalah gastrik.
- Meningkatkan penyerapan nutrien.
- Mengatasi masalah mual dan muntah.

6- Cuka Buah Markisa
- Menghilangkan keletihan.
- Memudahkan tidur dan menenangkan saraf-saraf otak.
-Menggalakkan pertumbuhan tulang, gigi dan sel-sel yang sihat.

7- Cuka Nanas
- Merawat kulit sensitif.
- Anti radang dengan membantu mengurangkan gout.
- Mengurangkan keradangan dan sakit sendi bagi pesakit Rheumatoid Arthritis.

8- Cuka Epal
- Mengurangkan sembelit
- Mengawal tekanan darah tinggi
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.

9-Cuka Lemon
- Menguatkan sistem imuniti
- Menghalang dan mengurangkan demam, selesema dan sinus.
- Mengurangkan risiko osteoporosis 

So, yang mana satu pilihan korang? Bagi aku, aku pilih Cuka Plum sebab aku ada gastrik. Maka, jom la try uol. Mana tahu bole cantik... Hehehe

0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork