13 January 2016

WHY I'M GOING TO BANNED TM UNIFI/ STREAMYX

 


Seingat aku la, jaranglah aku bagi review yang teruk-teruk dekat dalam blog ni. Dan aku pun bukanlah pengkritik terhebat ke apa.. Tapi, hari ni aku memang nak bagi kritikan pada satu company ni. Company ni memang famous la cite nye. 



On 2014, aku decide untuk langgan UNIFI VIP10 untuk rumah sewa aku. Nak jadi cerita, aku duduk menyewa sorang je. So, boleh bayanglah kan, kalau guna UNIFI VIP10 tu laju dia tahap mana. Well, masa first and second month tu, okaylah dia punya line. Dapat juga aku guna untuk cari kerja, bayar bil, tengok youtube etc etc.. Masuk bulan ketiga, line dia agak slow. Aku seperti biasa call Customer Service dia. Dan dorang just guide aku untuk tutup box tu dalam 15 saat then on balik. So, lepas buat benda tu, line dia kembali laju TAPI HANYA UNTUK DUA TIGA HARI SAHAJA.  Ditakdirkan, rumah yang sewa masa tu ada masalah so aku memang decide nak pindah. Disebabkan UNIFI aku ni ada kontrak setahun, maka aku call semula Customer Service UNIFI tu untuk mintak pindahkan UNIFI aku ke rumah baru. MALANGNYA, rumah baru aku memang tak ada line STREAMYX & UNIFI. Aku pun peninglah citenye. TAPI, Customer Service tu CONFIDENT cakap, " oh kami boleh tolong terminate tanpa bayaran sebab memang line di kawasan rumah cik tak available."  So aku pun setuju lah untuk terminate. Then, aku assume dia dah terminate lah. Aku pun pindah ke rumah baru pada Januari 2015. 

Januari 2016, I mean sejak dua menjak ni, aku dapat SMS dari TM yang mengatakan aku ada tunggakan bil. Aku macam tak percaya aku ada outstanding. Tapi aku ignore sebab aku yakin UNIFI aku dah terminate since Disember 2014 lagi. Tapi, sangkaan aku salah. Boleh pulak, dorang call husband aku and cakap aku ada tunggakan bil RM2000++. Dorang mintak aku settle kan dalam dua hari ni. Husband aku pun bising tak sudah dengan aku. Rasa nak gugur jantung aku. Manalah nak cari RM2k dalam masa dua hari? Aku bukan kerja jula badan/ jual dadah ke apa nak dapat RM2k tu sekelip mata. Dan paling menyampah, dia cakap kat husband aku, dia dah call aku banyak kali tapi aku tak jawab. Yang ni aku rasa nak menyumpah sebab aku tak terima apa-apa call pun dari TM.  Dorang siap cakap lagi nak ambil tindakan undang-undang dekat aku. Persoalannya kat sini, APA SALAH AKU? KENAPA AKU KENA TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEDANGKAN AKU YAKIN AKU DAH TERMINATE? Last-last dia suruh aku berurusan dengan HQ dia sebab kebanyakan customer akan hadapi masalah macam aku bila berurusan melalui telefon. 

Berdasarkan cerita aku, aku nak cakap yang aku kecewa sangat dengan service TM ni. Pertama, aku kena bayar RM199 setiap bulan untuk line internet yang hidup segan mati tak mahu. Which is aku rasa tak sesuai langsung. Second, aku rasa aku paling teraniaya sebab dorang nak ambil tindakan undang-undang ke atas aku and cas aku RM2k sedangkan aku dah minta pihak TM untuk terminate aku punya akaun UNIFI sejak setahun yang lepas. Kalau dorang kata kena deal dekat HQ, kenapa time aku call customer service tu, dia confident boleh cakap dia boleh tolong terminate kan? Salah siapa? Salah aku atau salah dia? 



Dua minggu lepas, husband aku ada langgan UNIFI 30Mbps. Yang duduk dalam rumah ni cuma aku dengan husband aku je. Kami takda download apa-apa. Kami guna internet untuk Whatsapp, Instagram and Facebook. Thats it. Tapi, 30Mbps tu cukup mengecewakan sebab line dia slow yang teramat. Husband aku call Customer Service, then mcm biasalah, dia suruh tutup box and on semula.  Lepas buat macam tu, line tu okay la laju untuk dua tiga hari. Semalam, aku nak buat kerja guna laptop. Tapi, perkara yang buat aku pissed off adalah aku tak boleh nak connect internet dekat laptop aku. Try punya try, rupanya dekat handphone pun tak boleh. Dah la siang tu TM call cakap pasal RM2k tu. Malam nak buat kerja, dapat lagi hadiah dari TM which is takde internet connection langsung. BAGUS TM. 

KEPADA PIHAK TM, 

Aku dengan kecewanya nak isytiharkan, aku pissed off sangat dengan pihak korang. Service tak bagus langsung. Bayar mahal dah, tapi service korang memang tak setanding harga. The worst thing, kau punya staff yang handle bahagian undang-undang tu SANGAT KURANG AJAR. Yes, husband aku cakap bukan main lagi minah tu nak bentak-bentak husband aku. Ye, aku tahu minah tu berlagak sebab kerja bahagian undang-undang, kutip hutang bagai. TAPI kena ingat, yang dia nak kutip hutang tu, mangsa TM. Aku dah kata, aku nak terminate. Staff kau yang dekat Customer Service tu YAKIN cakap dia boleh tolong terminate. So, kenapa kau nak cas aku sampai RM2k ? Aku paling benci kalau orang berlagak innocent dan lepaskan kesalahan tu pada org lain. Kalau staff kau bagus, perkara bodoh macam ni tak berlaku. Macam mana kau recruit staff kau ? Serius aku pissed off. Aku risau kalau aku pegi HQ kau, aku tak boleh kawal marah aku. Serius aku marah bila TM mintak RM2k pada aku. Dengan ni, aku HARAMKAN setiap sen yang aku pernah keluarkan pada TM. Sungguh, aku HARAMKAN. 

Sekian!

0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork