19 February 2016

Buku Pink

 


Actually, kandungan aku baru masuk 6 minggu dan aku masih lagi berfikir nak buat checkup dekat mana. Tapi disebabkan husband aku beriya ajak aku buat checkup semalam, maka aku turutkan juga. Gigih lepas subuh terus bertolak dari rumah. Disebabkan aku duduk dekat Pinggiran Putra, maka Klinik Kesihatan terdekat adalah Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Dekat tak dekat la lebih kurang 8-9 km juga dari rumah. 

Tahu jelah kan, Klinik Kesihatan selalunya akan sesak. So, WAJIB datang awal lagi-lagi macam aku yang baru nak buat buku pink tu. So, lebih kurang pukul 7.30am aku dah sampai dekat KK Seri Kembangan tu. Pergi kaunter cakap nak buat buku.  


Nurse kat kaunter tu akan bagi dua buku untuk diisi. Satu untuk simpanan klinik, satu untuk simpanan kita. So, lepas isi segala maklumat, kena ambil nombor giliran dan menunggu. 

Aku tunggu lebih kurang 1 jam setengah baru nombor aku dipanggil. Yela, sebab dorang utamakan ibu-ibu yang dah ada appointment. So, first sekali nombor aku kena panggil, nurse ambil darah aku untuk buat ujian HIV dan sebagainya. Alhamdulillah semuanya normal. Lepas tu aku kena hantar darah aku tu dekat Makmal dan buat Urine Test. Lebih kurang 5 minit macam tu orang Makmal tu panggil bagi result dekat aku. So, aku kena menuggu lagi untuk dipanggil lagi.. Lama jugaklah lebih kurang 1 jam lebih aku duduk menunggu. Husband aku boleh siap pergi tampal gigi lagi. HAHAAHA. Setelah sekian lama aku tunggu, baru nombor aku dipanggil masuk ke bilik nurse. Kali ni, nurse check tekanan darah, payudara dan akan soal kau macam-macam. Alhamdulillah, aku tak ada apa-apa masalah. So, nurse pun just suruh aku banyak makan makanan yang berkhasiat, minum susu, tak boleh buat kerja berat, tak boleh stress an sebagainya. Gituu.. Lebih kurang 25 minit juga aku dengan nurse tu. Then, after set temu janji seterusnya, aku kena pergi Farmasi untuk ambil ubat. Disebabkan aku takde alahan, morning sickness, sakit apa-apa, maka nurse bagi Folic Acid sahaja. 

Lebih kurang pukul 11 pagi macam tu, aku dah settle semuanya. Walaupun 5 jam aku dekat Klinik, tapi alhamdulillah la semuanya berjalan lancar dan aku pun takda apa-apa masalah. 

Nasihat aku, bawaklah makanan secukupnya. Sebab lama menunggu wei. Tapi dekat Klinik tu ade kedai makan. So, boleh singgah sekejap isi perut. Macam kes aku, husband aku dah siap-siap beli roti dekat Petronas. Sambil tunggu tu, sambil aku makan. So, next appointment aku dengan KK tu sebulan lagi which is on March. Okaylah tu kan. 

Hopefully, keadaan aku dengan baby sentiasa sihat jelah sampai aku beranak nanti. Aamiin.  

Thanks kepada yang sudi membaca. :)

0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork