16 February 2016

Expecting

 

Pejam celik, dah 7 bulan aku kahwin. Sebenarnya masih tak percaya yang aku dah jadi isteri orang. Yela, lepas peristiwa putus tunang tu, memang aku serik dah nak bercinta. Tapi tulah orang cakap, ajal maut jodoh pertemuan semua Allah tentukan.

Bila dah kahwin ni, automatik perasaan nak jadi ibu tu timbul. Hakikatnya aku memang suka budak-budak. Sampai satu tahap, aku tengok anak orang, mesti rasa nak ada anak sendiri tu meluap-luap. Lagipun, aku dengan husband memang tak merancang apa-apa. 

Masa awal-awal kahwin dulu, aku pernah pregnant. Tapi, seminggu lepas aku tahu aku pregnant, rezeki takde. Aku gugur. Masa tu sedih juga sampai husband aku bawa pergi short gateaway ke Melaka. Lama-lama aku memang berserah je. Kalau ada rezeki, ada.... Kalau takde, usaha sampai ada. 

Nak dijadikan cerita, adik ipar aku datang rumah aku 3 hari sebelum Tahun Baru Cina. Tengah syok layan Korea, adik ipar aku minta pad sebab dia datang bulan. Time tu baru aku terfikir yang aku tak datang bulan lagi. Aku check kalender, sepatutnya aku tengah uzur. Kira-kira, dah terlewat 4 hari period aku. Tapi aku buat cool je la sebab memang tak harap apa-apa. Aku senyapkan je. Dalam hati, terdetik yang aku pregnant tapi 50-50 la... Lama-lama aku rasa tak puas hati, aku cakap juga dengan husband. And he asked me to buy the pregnancy test. HUHUHU. 

Lepas siap-siap mandi dan maghrib, husband ajak aku pergi beli Pregnancy Test. Disebabkan murah RM5.00 satu, aku beli 3 terus. HEHEHE. Orang kata, nak check pregnancy paling elok awal pagi. Tapi, aku tak sabar. Balik dari farmasi, aku terus masuk toilet senyap-senyap and buat test. The result?? 


Terkebil-kebil aku tengok ada dua line. Rasa nak jerit time tu juga.Tapi aku tahan dulu.. Basuh apa yang patut then terus bagi test tu dekat husband. Kitorang senyum lebar selebarnya. 

Esok harinya, husband bawa aku pergi klinik untuk confirm kan pregnancy aku ni. Doktor suruh aku buat urine test. Dan result dia sama, ada dua line. Line dia tu makin pekat. 

Doktor: Yes, you pregnant. When is your last period?
Aku : 7th January Doc. 
Doktor: So, ikut calculation, your pregnancy now is 4weeks 4 days. 

Aku speechless. Aku senyum je dekat doktor. 

Now, usia kandungan aku dah 5 weeks ++ . Masih baru lagi. Macam-macam pesanan yang aku dapat. Makan itu tak boleh. Makan ini tak boleh. Pasrah je. Janji baby sihat. Disebabkan aku tak ada morning sickness, pening-pening semua tu, aku cuma perlu jaga kesihatan dan pemakanan je. 

Diharap yang baca blog aku ni mendoakan kesihatan aku dan baby. HEHE. Serious aku excited. Thanks sebab sudi baca entri kali ni... Kakak-kakak yang ada tip-tip nak share, meh la share.. :) 
 

0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork