23 May 2016

My Pregnancy Journey

 



 Lama menyepi sampai terlupa kata laluan blog. Hahaha. Well, alhamdulillah, my pregnancy dah masuk 2nd Trimester. Mabuk-mabuk pun dah kurang and semakin menghilang. Just few perkara je still tak boleh tahan lagi. 

1st Trimester: 

Waktu awal kehamilan, memang satu cabaran besar bagi aku sebab pertama kali mengandung. Dulu masa mula-mula kahwin, memang keinginan nak anak tu membuak-buak, sampailah tiba-tiba aku check UPT and ada double line. Masa tu happy teramat. Tapi disebabkan tekanan kerja, waktu kerja yang padat and sebab-sebab lain, kandungan bertahan seminggu lebih je. Masa tu aku redha dan decide untuk tak nak mengharap sangat. Allah tu Maha Adil, Maha Mengetahui. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, aku disahkan mengandung. Antara percaya atau tak je sebenarnya masa tu. Syukur yang tak terhingga. 

Masa awal kehamilan, aku alahan teruk. Muntah-muntah dari pagi sampai malam. Tak masuk dapur hampir 4 bulan. Bau goreng-goreng, serai, lavender and banyak lagi lah yg boleh buat aku muntah non-stop. Setiap kali makan, 5-10 minit lepas tu aku keluarkan balik. Seksa sampai 1-2 bulan pertama tu berat badan aku drop teruk. Even nak minum susu pun tak boleh. Pening kepala jangan cerita. Rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding. HUHUHU.. 

2nd Trimester:

Masuk bulan ke-3, alhamdulillah beransur pulih. Aku gagahkan diri masuk dapur. Loya-loya jugak tekak aku kupas bawang. Tapi lawan juga sebab aku rindu sangat dah nak masak. Mula-mula tu aku masak makanan simple-simple je. Nasib baik husband aku jenis telan je apa aku masak. Now, kandungan dah masuk 5 bulan. Alhamdulillah. Baru-baru ni pergi checkup, nurse cakap jantung baby normal. Seronok dengar. Cuma masih takde kesempatan nak buat ultrasound. Maybe end of this month. Insha Allah. 

Photo by: Faris Ahmad Photography 
FB: Faris Ahmad


Tak sabar sebenarnya nak tahu jantina anak sebab excited nak beli barang-barang baby. Baru senang nak pilih baju. Jauh di sudut hati aku nak anak lelaki untuk anak yang first ni. Tapi, andai Allah bagi anak perempuan, aku still redha dengan rezeki yang Dia bagi. Hopefully, korang yang tengah menghabiskan waktu untuk baca entri kali ni, mendoakan kesihatan baby dalam kandungan ni and mendoakan supaya segalanya dipermudahkan. Mohon sangat doa yang baik-baik dari kalian ... 

Thanks for reading guys XOXO

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork