10 August 2016

Malaysian

 



Sebenarnya, dah lama aku pendam perkara ni. Tapi, kebelakangan ni, terlalu banyak benda terjadi pada aku. Perkara yang sama berulang kali. 

Malaysian. Ye Malaysian. Bukan aku benci dengan rakyat negara aku sendiri. Tapi aku tak suka perangai dorang yang menyakitkan hati. 

Situasi 1:

Aku tengah teman husband aku buat kerja dekat Mamak area rumah aku. Then, datang sekumpulan lelaki duduk sebelah meja kitorang. Obviously lelaki tu nampak aku tengah pregnant sebab perut aku dah besar. Dah takleh nak cover dah. Dengan tak ada rasa bersalah, dia hisap rokok. Berbatang-batang dan asap tu pergi dekat aku. Perkara yang paling aku benci sekali bila putung rokok tu sengaja dia halakan pada aku. Dia cuma jeling aku tanpa rasa bersalah. Masa tu perasaan aku macam nak sumbat semua rokok tu dalam mulut dia. Yes, takde larangan merokok kat situ but, TOLONGLAH ada kesedaran sendiri dalam diri tu. Tak semua orang boleh telan asap rokok tu terutamanya aku yang tengah pregnant ni. 

Situasi 2: 

Aku ada janji dengan kawan nak jumpa dalam 10.30 pagi. Bila aku nak reverse kereta, ada kereta lain block kereta aku. Aku hon kereta tu nak dekat setengah jam. Aku intai-intai kereta tu kot la dia tinggalkan no fon ke, tapi hampa. TAKDE. Aku nampak hand break dia tak tarik. Aku try tolak tapi, baby dalam perut aku macam mengeras teruk. So aku panik. Aku terus hon dan hon sampai owner kereta sampai. Maka terjadilah perang mulut kat situ. Paling aku geram dia cakap aku menyusahkan. Masa tu, lantang suara aku jerkah dia. " Saya yang menyusahkan atau awak yang menyusahkan..? Punya banyak parking kosong dekat sini kenapa mesti nak double parking..?!!"  Then, lelaki tu jeling aku dan terus alih kereta. So rude! 


Kesimpulannya, Malaysia ni memang terkenal dengan rakyatnya yang berbudi bahasa. Kononnya la... Tapi hampa, indah kabar dari rupa. Aku kecewa sebab masih ramai lagi manusia takde kesedaran dalam diri dekat Malaysia ni. Tu belum lagi aku cerita kisah jiran aku yang macam orang histeria bila marah anak dia setiap hari.. Hmmm. 

0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork