Assalamualaikum...
Hai semua... Apa khabar? Sihat? Baru-baru ni ada tengok wayang tak? Filem apa yang korang tengok paling latest...?? Ada x antara korang yang minat gila dengan Farid Kamil or Nora Danish?? Ha, kali ni saya nak share dengan korang semua pasal filem dorang yang paling latest...
MEMPERSEMBAHKANNNNN..... jeng jeng jeng..!
Meh sini nak sinopsis siket...
Cite ni kan, story die pasal Faizal ( Farid Kamil) yang jatuh cinta dengan Fatia ( Nora Danish). Dorang baru kenal and then terus Faizal ni lamar Fatia... Masa mula-mula kawen, biaselah kan, semua sweet... Kiranya, dorang ni bahagia sampai la anak dorang berusia 5 tahun. Sejak tu, Faizal ni berubah. Sebab ada perempuan lain.. Sikap panas baran Faizal ni membuatkan tangan dia naik ke muka Fatia bila hubungan dia dengan perempuan lain tu terkantoi. Lama-lama semua benda Fatia buat, mesti kena hentam dengan Faizal ni...
Cerita ni, lain dari yang lain sebab dalam cite ni si isteri melarikan diri sebab nak belajar mempertahankan diri. Fatia ni dah tak tahan sebab asyik kena pukul je. Lari jauh2 pun Faizal kejar jugak. So, demi keselamatan dia dengan anak dia, Fatia ni nekad untuk belajar seni mempertahankan diri...
Kalau korang nak tengok ending die, korang gi tengok kat pawagam okayy... hehehe... Tak rugi la kalau korang gi tengok... Serius...
Moral of the story, walaupun perempuan ni lemah, tapi jangan la mengiyakan statement tu... Perempuan sebenarnya lebih kuat dari lelaki dari segi mentalnya... Dan perempuan ni akan buat apa saje untuk mempertahankan apa yang dia sayang. Macam cerita ni, dia menjadi kuat sebab dia nak protect anak dia... Cmtulah... heheh...
Dari sepuluh bintang, saya bagi 8 bintang untuk filem ni.. Good Job for the director and script writer... :)
Ingat tau, sebelum KL Gangster 2 keluar, korang pi pakat la dulu tgk Bencinta dekat wayang... kang sat gi KL Gangster dah keluar, Bencinta kelaut plak kan... hehhe...
Okay, setakat ni dulu entry kali ni... Ouh, time korang bce entry kali ni, maybe saya tengah menunggu giliran untuk present. Maka, saya mintak sgt kalian2 mendoakan sepaya presentation saya berjaya ye... Aminnnn.... Last, thanks for reading .... have a pleasant day people <3
01 October 2013
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)