29 May 2013

REVIEW: Fast Furious 6

fast-6-1361496208

Fast Furious 6. The latest movie yang saya tengok dekat cinema. Memang dah aim dah nak tengok cerita ni sebab masa keluar teaser cerita ni, memang berkobar-kobar nak tunggu cerita ni keluar… Perasaan menunggu tu sama macam perasaan menunggu cerita Iron Man 3 tu ha.. Hehehe. Okaylah, lets straight to the point…

Cerita Fast Furious 6 ni adalah kesinambungan dari cerita Fast Furious 1 , 2 , 3 , 4  dan 5. So untuk kali ni, Fast Furious 6 menceritakan tentang Hobbs (The Rock) mintak tolong dengan Dom (Vin Diesel) dan kawan-kawan die untuk tumpaskan masterminded who commands an organization of mercenary drivers across 12 countries. So, sebagai bayaran, pengampunan sepenuhnya bagi enam orang bekas pelumba jalanan ni…

Dalam cerita kali ni, ada la dorang selitkan nilai-nilai kekeluargaan, nilai persahabatan and nilai percintaan… ewahhh! hehe… Cerita ni memang best la jalan ceritanya dari awal sampai habis… just ade part yang salah seorang geng dorang ni mati, memang saya tak boleh terima .. Sedih tetiba bila part tu… huhuhu… Then ade jugak part-part yang lucu .. Tak lupa jugak dalam cerita ni die ade selitkan pasal pengkhianatan… Erm orang yang dipercayai tu sebenarnya bekerjasama dengan orang jahat.. but, at the end die terima balasan…

So, dari personal opinion saya, saya bagi 9/10 markah untuk cerita ni… Dari segi teknikalnya, saya suka dengan aksi-aksi yang dorang paparkan kat dalam cerita ni..

Maka, bagi yang belum lagi tengok, saya suggest kat korang semua untuk tengok cerita ni.. Xrugi beratur panjang2 and beli tiket untuk cerita yang best cmni… Then, dah tengok barulah korang semua boleh nilai cerita ni macam mana sebenarnya okay…  

fast_and_furious_6_trailer_preview

Salah satu sebab kenapa saya nak sangat tengok Fast 6 ni sebab The Rock… Sebab saya minat die since dari WWF lagi… I like this guy so much u know… heheheh…

Baiklah sampai sini dulu review untuk kali ni… until next time…. PEACE! XOXO

0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork