Dah lama tak buat
movie review. Tapi hari ni, nak belanja korang satu review. INTERSTELLAR.
Selain dari Hindustan
yang penuh emosi, aku boleh tabik spring dekat pengarah cerita Interstellar ni,
Christopher Nolan sebab Berjaya buat aku
menangis tak ingat.
Honestly, movie ni bukan movie cinta yang biase-biase. Its
all about love between father and daughter. Cerita ni memang membuatkan aku
rasa sebak and teringat zaman – zaman ayah aku kerja jauh. Aku paling tak suka
kalau ayah aku nak pergi kerja. Sebab kadang-kadang ayah aku akan balik lewat
takpun tak balik.
Bayangkanlah dalam cerita ni, bapa dia kena pergi ke angkasa
lepas sana nun and tak tahu bila nak balik. Sedih baq hang. Memang tak berhenti
air mata aku.
Cerita ni sangat bagus sebenarnya. Jalan cerita yang tak
banyak adegan-adegan geli-geli… Banyak fakta- fakta sains.. Dan secara tak
langsung, aku pun tahu la sikit-sikit pasal orbit bagai…
Those yang dah tengok, share your opinion here. Those yang
tak tengok lagi, PEGI TENGOK! Hehe. Sebab rugi sebenarnya kalau korang tak
tengok cerita best macam ni…. Gituhh…
Aku ni memang suka sangat lupa nak ambik gambar diri sendiri... Nah la, mak belanja satu gambar peneman mak pergi tengok wayang semalam.... Heeheheh...
Oh ye, aku nak pesan ni, those yang selalu tengok wayang memalam kat Alamanda tu, aku sarankan toksah la park kereta dekat luar area hotel tu... Tak pasal je tayar kete kena clamp. Unless korang sangat kaya untuk bayar denda. Aku banyak kali tengok kereta kena clamp kat Alamanda tu... Kalau boleh keluar duit untuk bayar tiket wayang, why not spend duit RM2.00 untuk parking.... Ye dak...??
0 comments :
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3