28 June 2015
Tips Melembapkan Kulit
30 October 2014
Kurus Dalam Masa 15 Hari
21 January 2014
Tips Tingkat Mood Di Tempat Kerja/Belajar
29 September 2013
DIY: Masker Muka ESP Shaklee
Sihat? Lama tak berblog. Sebelum ni laptop rosak and jadual padat dengan assignment dan kelas. Penat. Plus, xsempat dah nak jenguk blog ni... Hari ni nak share benda simple je dengan korang semua.... So entry kali ni, saya nak share dengan korang, macam mana nak jadikan ESP Shaklee tu, jadi mask muka... hehe...
05 January 2013
TIPS | Basuh Kerang Dengan Bersih
Rasanya, dah lama tak share kat korang any tips kan. Baiklah, hari ni aku nak share la tips macam mana nak basuh kerang dengan bersih yer… Dah lama nak share tapi asyik lupa je… Banyak makan semut aku ni.. hehehe… Okay, kita selalu kalau beli kerang, mesti macam ade bau-bau yang tak sedap kan kat kerang tu. Pastu ade lumpur-lumpur yang melekat lagi kat kerang tu.. So, meh sini nak ajar mcm mana nak bagi bersih.
Okay, ni pelepah pisang.. Yang kat daun pisang tu kan, kan ade batang keras tu tengah2… Yang tu la pelepah.. so, korang potong la pelepah tu agak2 macam panjangnye macam pembaris panjang tu… Korang potong la dalam 3-4 batang.
1- Rendam kerang dalam air
2- Tenyeh2 pelepah pisang tu kat kerang. Tenyeh kuat-kuat okay…
3- Ulang buat benda yang sama sampai la hilang bau and warna air jd jernih…
Korang kena tuka-tuka air. Kalau tengok air tu dah hitam, korang ganti air tu dengan yang baru.. pastu buat banyak kali sampai korang puas hati. Nampak macam leceh kan, tapi bagi aku, tak kisah la leceh asalkan kerang yang kite nak makan tu bersih and tak berbau. Haa… Begitulah gayanya…
Actually, ni aku belajar dari mak aku. Kalau tak, habis la selama ni aku cuci kerang tu guna sabun.. Hahahaha.. bia kasi wangi… boleh tak macam tu…?? hehehe.. Tapi sekarang dah tahu dah macam mana nak bersihkan kerang tu dengan betul. Hehehehe…
Okaylah kawan-kawan, semoga tips kali ni berguna untuk korang yer… huhuhu… Insya Allah kalau ade masa, aku share lagi tips yang lain…
30 December 2012
Special for Si Chubby | Jom Elak
Uishh dah lama rasanya tak share dengan korang pasal tips2 ni… Baiklah, hari ni entry khas buat gadis-gadis or jejaka-jejaka yang bertubuh gempal macam aku … Heeee… Hari ni nak ajak korang semua elak beberapa jenis makanan ni bagi memastikan yang kita ni tak dilabel sebagai “gemok” “gendut” or apa-apa yang sama maksud. Mesti sakit hati kan kalau tetibe kawan-kawan cakap pasal saiz kite ni… So, hari ni, aku nak share dengan korang sedikit info lah….
DILARANG mengambil aiskrim yang berperisa vanila, coklat dan strawberi sebab kalori yang terkandung dalam makanan sejuk ni boleh diserap dengan cepat oleh badan kita.
DILARANG sama sekali makan makanan yang berunsurkan hot dog atau sosej dalam makanan harian sebab dia mengandungi lemak yang tinggi…
DILARANG mengambil coklat sebab coklat ni banyak merugikan kesihatan. Kandungan lemak, gula dan kalorinya adalah terlalu tinggi. *okay, yang ni nak menangis baca sebab I LOVE CHOCOLATE!
DILARANG meletakkan toping , dressing atau sos kat atas salad.
DILARANG minum minuman seperti iced coffee, cocktail or smoothies sebab kalori dalam bentuk cecair ni sangat cepat meresap dalam tubuh. Sama macam ais krim tadi la…
DILARANG mengambil makanan penutup yang diperbuat dari kacang , coklat dan kelapa sebab makanan-makanan ni mengandungi kalori yang sangat tinggi.
DILARANG makan salad yang dicampur dengan ayam , salad kentang, keju , mayonis dan potongan roti. Makanan-makanan ni dipenuhi dengan LEMAK dan kalori.
DILARANG makan makanan yang dipanggang seperti stik , daging burger dan sebagainya.Lemak banyak tersembunyi kat dalam daging-daging ni. Seeloknya bakar ayam, ikan , daging tanpa lemak bersama dengan sayuran and buah.
Okay, tu je nak share… Semua makanan yang takleh nak makan tu semua sesedap kan… hahaha. Kalau nak tahu, banyak jugak benda2 terlarang ni yang aku suka.. Hahahah.. memang nak nangis je bila dapat tahu semua ni aku takleh makan. Tapi, nak kurus punya pasal kan… kena la berkorban sikit… Boleh makan, tapi dengan kuantiti yang sikit dan jangan kerap…. Ha, begitulah hendaknye yer… hehehe…
So, kepada kawan-kawan yang bertubuh gempal macam aku, jom la sahut cabaran ni… elak kan makan makanan2 yang terlarang seperti yang dinyatakan di atas yer…. Semoga kite akan peroleh bentuk badan yang kita idam idamkan yer.. Insya Allah , aminnnnn …..
19 July 2012
Tips Diet Semasa Berpuasa
Memandangkan Ramadhan lagi berapa hari je lagi, hari ni aku nak bagi korang tip diet time puasa…. Ni hasil dari pembacaan aku kat majalah yer… bukan aku reka2 sendiri…
- JENIS MAKANAN : Pemilihan jenis makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk seseorang menurunkan berat badan. Kena make sure jenis makanan yang kita pilih merupakan makanan yang kurang kalori dan tinggi protein. Korang boleh amek sayuran hijau sebab die kurang kalori, tinggi khasiat and boleh bantu kite dalam proses pencernaan. Pastu, korang kena kurangkan makan nasi dalam setiap hidangan time buka puasa. Kalau korang makan nasi time sahur, time buka korang jangan makan nasi dah… makan lah benda lain yang boleh kenyangkan korang macam bihun ke, mee ke…
- KUANTITI MAKANAN : Kuantiti makanan jugak memainkan peranan yang penting.. So, korang boleh ambil makanan tu banyak2 sekiranya makanan tu tinggi dengan serat contohnye, buah-buahan. Tapi, aku ykin tak semua daripada kita ni mampu makan buah-buah je time bulan puasa kan… aku pun tak mampu… So, korang jangan sekat diri korang. Korang makan je apa yang korang rasa nak makan.. TAPI, korang kena sekat diri korang dari amek makanan tu dengan kuantiti yang banyak…. Korang amek sikit-siki je okay….
- TAHAN NAFSU : Masa perut kosong, nampak itu, nampak ini semua rasa nak… So, kawal nafsu kita supaya kita bijak memilih makanan. Selain daripada membantu diet korang, tahan nafsu ni boleh bantu korang berjimat and tak membazir time puasa ni :) Makanya, duit yang lebih tu boleh beli baju raya yang meletopsss yer kawan-kawan :p
- JADUAL HIDANGAN BULAN RAMADHAN : Kalau korang rajin la, korang buat satu menu makanan sepanjang bulan ramadhan ni supaya korang takde tersasar dan terlupa pada keperluan dan kehendak. Pelbagaikan hidangan supaya seimbang and bersesuaian dgn bajet korang sepanjang bulan ramadhan. Kalau aku, aku rasa lebih jimat kalau masak sendiri… Selain tu, boleh gak elakkan dari penambah perisa makanan lah bagai yang selalunya ada dalam makanan-makanan yang dijual… :)
- MAKANAN TAMBAHAN : Korang jugak disarankan untuk amek makanan tambahan time puasa. Korang leh amek vitamin or jus buah untk pastikan badan korang sentiasa sihat and cergas walaupun berpuasa :) Aku sarankan korang makan kurma… 3 biji time sahur, 3 biji lagi time buka.. Seperti yang kita tahu, kurma memang banyak khasiatnye… So, kepada yang tak ske makan kurma tu, belajar la makan yer dari sekarang… Sedap taw!
Okay, itu je tips yang aku nak bagi… Senang kan? Kalau kita disiplin kan diri kita, insya Allah, kita akan dapat kesan yang baik . huhuhu…. Jom lah try sama-sama … Aku pun nak try gak lah bulan puasa ni…. huhuhuh….
20 June 2012
Tips Kaki Cantik
Berdasarkan gambar di atas, kelihatan kaki model tersebut besar yer,… Siapakah model tak bertauliah ni..?? Hahaha.. Aku la ni… Dah mcm2 cara aku buat untuk kecilkan saiz kaki aku.. So, malam td, punya la aku gigih tnya cousin aku… Then, die bagi video kat bawah ni…
Masa dia bagi aku link ni, aku memang rase mcm nak cubit2 je die sebab die bg video SNSD… Then, aku gagah la jugak tgk… But, memang betul die tunjuk cara macam mana SNSD ni dapat kaki yang cantik. Tak susah pn step die sebenarnya… Janji kne buat selalu…
Aku dh start dah buat hari ni… Nampak mcm senang… Tapi sebenarnya, mengeluarkan peluh jugak… Jom try sesame… :)
16 February 2012
Scars Solution
Wah.. Lama sangat rasanya tak update entry. Maaf la yer… Tak menyempat sebenarnye nak update… Okay, this time aku nak share kat korang pasal produk yang aku guna untuk hilangkan parut. Tak kisah la apa parut sekalipun. Kalau kite tengok sekarang, berlambak jual produk untuk hilangkan parutlah, selulit lah, stretch mark la bagai. Tapi, tak tahu sejauh mana keberkesanannye kan… So, dengan ini, aku mempersembahkan……
MEDERMA cream. Aku guna produk ni la untuk hilangkan parut. Terbukti berhasil bile aku apply krim ni dua kali sehari kat parut demam campak aku tu. Sekarang ni dah beransur hilang.. Alhamdulillah. Benda ni depends on parut kite tu. Kalau parut kite baru, senang je die nak hilang. Tapi, kalau parut yang dah lame, memang ambil masa sikit lah untuk hilang.. kena sabar sikit yer. Korang boleh dapatkan benda alah ni kat mana-mana farmasi okay :)
Bukan ni je, ade lagi satu produk yang aku nak syor kan kat korang. Tapi aku tak pernah try lagi produk ni… Tapi, produk ni sangat popular yer sekarang… Jeng jeng jeng jeng…..
Haaaa…. Mesti lah korang kenal Bio-oil ni kan… Aku dengar, benda ni pun agak bagus jugak and berkesan untuk rawat parut-parut kite tu…
Selain dari tu, kalau korang tak nak bazir duit beli produk2 ni, korang boleh la buat secara tradisional.
Caranya, korang ambil lidah buaya ni, then lendirnye tu korang tenyeh tenyeh kat parut korang tu. Buat la dengan kerap supaya dapat hasil yang menggembirakan…
Lagi satu cara, dengan kulit kayu manis ni. Caranya, korang bancuh serbuk kayu manis ni dengan air, then korang sapu dekat parut korang tu. Biarkan dia kering then boleh la korang cuci. Rasanya memang pedih sikit la… Tapi, kena la tahan… Bak kata orang, beauty is pain. hahah… So, yang ni pun korang kena amalkan kan. Barulah dapat hasil yang berkesan.
Banyak cara nak cantik.. Sama ada yang mengeluarkan duit mahupun tak keluarkan duit…. Sekarang ni zaman semua serba mudah.. Tinggal diri kita sendiri je yang decide sama ada kita nak bersikap rajin ataupun tak….
“There’s no ugly person in this world except the lazy one.”
Thanks kerana sudi membaca… <3
11 October 2011
Tips Kuruskan Badan
Lately, ramai benor orang cari tips kuruskan badan kat blog aku. Hahaha. Maaf, pemilik blog ni, seorang yang gemok dan kuat makan dan tak tahu erti diet :p Tapi.. tapi... Meh la aku bagi jugak tips macam mana nak kurus wokeyhhh!
Dulu.. Masa zaman jahiliah aku la kan.. heheh.. Aku pernah la jugak dikategorikan sebagai seorang yang kurus. So, apa yang aku buat untuk kurus adelah :
- Sarapan pagi : Makan makanan yang ringan-ringan je like roti ataupun bijirin. Dulu aku makan coco crunch dengan susu.. hehehe... Kalau korang ngidam sangat nasi lemak tu, korang boleh je makan, tapi jangan la selalu okay...
- Tengah hari : Aku makan nasi sebanyak yang mungkin. Hehehehe... Makan la sampai kenyang. Tapi make sure makanan tu seimbang yer...
- Malam : Aku tak makan nasi. Aku makan buah-buah ataupun roti atau pape je lah janji bukan nasi. Kalau nak makan nasi gak, korang makan la sebelum pukul 8 malam :)
- Minum air kosong : Haaaa.... Korang kena la minum air masak banyak-banyak untuk menyingkirkan toksin dalam badan tu :)
- Makan pedas : Sesetengah orang tak boleh makan pedas. Tapi aku, lagi pedas, lagi aku suka sebab aku ade terbace kat satu artikel yang makanan pedas ni boleh membakar lemak kita and salah satu cara untuk kita kurus..
- Senaman : haaaa... yang ni aku pun failed. hahaha... Bila aku rajin je aku bersukan. kalo tak, mimpi la aku nak bersenam.. hehe.. Tapi seeloknya kena bersenam paling-paling sekali seminggu. huhuhuhu.
- Jauhi stress : Okay, yang ni pun penting jugak sebabnye, mcm aku la. Bila aku stress, aku nak makan je kejenye... Bila makan pun tak kawal, tu yang badan naik sesuka hati. So, kena la pandai atasi stress kita tu yer :)
Okay lah... Aku rasa, cukup la tu tips2 nak kuruskan badan. Apa-apa pun, jangan la terlalu obses untuk kurus sampai boleh memudaratkan diri kita sendiri okay kawan-kawan. Selamat mencuba <3
05 October 2011
TIPS: Selulit? Sila Pergi Jauh-Jauh
Selulit? Ape selulit tu? haaa... Selulit tu sebenarnye lemak yang ade pada lapisan kulit. Boleh kata, hampir setiap dari kita mengalami masalah selulit ni.. huhuhu. Selulit selalunye bermastautin kat bahagian perut, peha, betis ataupun punggung. So, macam mne nak hapuskan selulit ni..??
Pemakanan
Okay, memang la kalau nampak makanan, semua nak. Huhuhu.. Tapi kena ingat, makanan yang berlemak dan bergula, kafien and makanan yang terlalu banyak kandungan garam HARUS dihindari.Sebab? Sebab makanan2 jenis ni la yang boleh menjemput selulit bertamu ke anggota badan kita :)
Berat badan
Ha, yang ni aku baru tahu. Kita kena kurangkan berat badan kita ke tahap yang ideal. So, rajin-rajin la bersenam yer kawan-kawan :)
Dua perkara ni, boleh dikira sebagai yang asas je lah kan...
Okay, zaman sekarang ni, banyak dah produk yang dijual untuk hilangkan selulit. Macam aku, aku cadangkan Bio Oil ataupun Rosken Skin Repair Bio Serum ni. Hasilnya setakat ni alhamdulillah. Memuaskan hati aku :)
Losyen Mustajab ni pun berkesan untuk kurangkan selulit. Tapi, kena konsisten la pakai. jangan la pakai ala kadar. kena rajin. baru nampak hasilnya :)
TAPI, apa yang aku pernah baca, selulit jugak dapat dikurangkan dengan cara skrub badan. Ala, kalau korang malas sangat nk skrub badan korang selalu, cukup la if korang buat dalam dua minggu sekali. Insya Allah selulit2 yang ada, berambus dari hidup korang :)
Okay la.. Di harap entri malam ni sedikit sebanyak dapat bantu korang :) Terima kasih sebab sudi baca <3
03 October 2011
TIPS: Jom Hapuskan Parut
Tekanan je bila tengok ade parut2 yang mencacatkan kat muka ataupun mana-mana bahagia di badan kite. Tapi, paling rasa rendah diri bila parut yang hodoh tu berkampung di sekitar muka. Parut jerawat la paling popular kan... So, dengan rasa happy nya, aku nak share dengan korang tips untuk hilangkan parut ni... Ni bukan aku reka sendiri. Tapi, ni dari apa yang aku baca okay :)
Lidah Buaya
Korang tahu tak lidah buaya tu rupenye mcm mane? Hehehe... Okay, caranye senang. Ambik lidah buaya tu, sapu je lendir2 yang ada kat lidah buaya tu kat kawasan luka atau parut tu...
Serbuk Kayu Manis
Okay,yang ni aku pernah try.. Hasilnya memuaskan :) Serbuk kayu manis tu, campur dengan air sikit. Then, letak je kat tempat parut tu sampaila kering... Rasanya agak pedih, tp sekejap je...
Madu
Aku jugak baru tau yang madu ni pun sebenarnya boleh hilangkan parut. Caranya senang sangat. Sapu je madu tu kat parut yg berkenaan dua kali sehari...
Jus Mentimun
Mcm biasa, sapu je jus mentimun kat kawasan yang berkenaan dan tunggu 15 minit sebelum basuh muka dengan air suam.
Minyak Kelapa
Kita memang sedia maklum yang kelapa ni memang banyak khasiat die. Minyak kelapa ni boleh jugak hilangkan bekas parut. Just urutkan je minyak kelapa tu kat parut2 yang ade...
Okay... Tu la dia sedikit info atau tips untuk hapuskan parut. Tapi, bende ni kena buat selalu. kalau buat malas2, memang berjanggut la kan nak hilang parut tu.. huhuhu.. So, selamat mencuba and terima kasih sebab sudi membaca <3
21 September 2011
TIPS : Kesihatan Mata
Mata ni boleh dikatakan sebagai salah satu aset kita. Mata ni kire agak berharga la kan... No wonder la kalau perempuan make up, then dorang lebihkan solekan pada mata. Haha...
Tapi hari ni nak share pasal kesihatan mata. Mata dah cantik, so kena la sihat pulak kan... :)Actually, makanan untuk mata ni senang je nak dapat kat pasar-pasar yang berdekatan dengan umah kite ni.. hehehe...
Limau
Bagi penggemar buah ni, korang memang best la...Sebabnye, limau ni mempunyai vitamin C yang merangsang pembentukan kolagen dan bertindak sebagai anti oksidan yang berkhasiat melumpuhkan radikal bebas penyebab penuaan.
Anggur
Anggur ni mempunyai anti oksidan yang sangat kuat. Anti oksida yang lebih kuat dari vitamin C dan E ini tidak saja berkhasiat menghaluskan kulit sebagaimana sering disebutkan pada beberapa iklan produk kesihatan, tapi juga berkhasiat memperbaiki peredaran darah, memperbaiki pembuluh kapilari dan kerosakan sistem saraf. Menurut penilitian, zat yang terkandung dalam ekstrak biji anggur dapat memperbaiki penglihatan dan mengembalikan fungsi retina mata yang rosak akibat pendarahan pada pembuluh darah dan ketidakseimbangan gula dalam darah.
Ubi Kayu
Makanan sederhana ini ternyata tidak sederhana penampilannya. Menurut US Nutrition Action Health Letter (Newsletter Nutrisi untuk Kesihatan AS), ubi jalar menempati posisi paling unggul dengan pengumpulan skor gizi. Skor tersebut diperoleh dari kandungan vitamin A, asid folik, zat besi, tembaga, kalium dan serat dibandingkan standard gizi normal. Peranan ubi keladi dalam menjaga kesihatan mata terbukti dapat menyembuhkan penyakit kekurangan vitamin A seperti rabun malam dan berbagai penyakit lainnya. Kerana manfaatnya, Unicef dan WHO menyerukan semua penduduk agar memakan ubi secara rutin, terutama bagi wanita dan kanak-kanak.
Okay lah kawan-kawan.... Ni selamat mencuba yer... Kalau nak mata cantik, kena la banyakkan makan buah limau and anggur. Tak lupa jugak, ubi kayu yer.. hehehe....
16 September 2011
TIPS: Sayangi Bibir Anda
Setiap orang yang bernama wanita kat dalam dunia ni, termasuk la aku kan, memang nak sangat ade bibir yang cantik dan sihat. So, dengan ini, aku nak share dengan korang semua macam mana nak jaga kita punya bibir ni supaya tak kering ataupun menggelupas okay :)
- Orang tua-tua kata, kalau nak bibir tu cantik, sebelum tidur, sapukan madu kat seluruh bibir kite tu ... Insya Allah kalau buat selalu, bibir kite akan jadi merah semula jadi :)
- Kalau nak pakai lipstik tu, pastikan lipstik kita tu ade kandungan yang boleh melembapkan bibir kita. Ataupun, before pakai lipstik tu, sapu dulu lip balm ..
- Bagi yang tak suka pakai lipstik, sekurang-kurangnya pakai la lip balm or lip gloss ke supaya bibir kita takde la nampak kering, pucat dan tak bermaya...
- Paling penting.... Jangan biasakan diri korang dengan melembapkan bibir menggunakan air liur... Sebab, air liur tu la salah satu sebab kenapa bibir kering...
Macam aku, aku suka sapu bibir aku dengan lip balm.. Aku suggestkan...
Lip balm dari Lip Ice. Bukan ape, aku dah guna jenama ni dari aku sekolah menengah lagi. Alhamdulillah, hasilnya tak pernah mengecewakan aku.. Bibir aku sntiase lembap bila pakai :)
Okay, lip balm yang agak bagus jugak, dari The Body Shop... Dia ade perisa buah buahan. Tapi, pilihan hati aku, Raspberry gak sebab sedap... hahaha... So far, pakai benda ni best la jugak... Bagus juga if korang pun try...
Okay... Ni je yang dapat aku share kan... So, semoga korang dapat la sikit-sikit input yang baru dari Diari Comel Saya ni okay <3
16 August 2011
Tips Tackle Perempuan
Assalamualaikum & hello.
Agak terkejut dan geli hati bile terbaca mesej di Shoutbox aku hari ni. Hehehe... Jom tengok.
Huhuhu... First of all, thanks to NasiHangit sebab sudi drop by ur message kat shoutbox Diari Comel Saya ni. Bagi memenuhi permintaan beliau, aku usehakan la tips2 nye :)
******************************************
Seperti yang korang sedia maklum, hati perempuan ni, memang la payah untuk kite duga. Mengenali hati perempuan ni, bermakna kita mencari apa yang sebenarnya perempuan nak dalam hidup dan juga perhubungan.
1. Pemaaf
Korang yang lelaki ni, memang terkenal dengan sikap ego korang. Ego ngan korang dah macam adik beradik. So, bila dengan perempuan, jangan la tunjuk yang korang ni seorang yang berego tinggi. Maksudnya di sini, kene la sesekali mengalah. Jangan selalu lak. Berpada-pada okay :)
2. Just the way you are.
Macam entri yang lepas. Jadi diri sendiri. Jangan jadi orang lain. Bukan perempuan je yang suke copycat ni. Lelaki pun same. Depan perempuan yang kita suka, dok la tercover-cover. Okay, STOP la berbuat begitu. Jadi diri sendiri. Kalau rasa korang ni lelaki yang suka makan banyak, its okay... Sebab itu dah memang diri korang.
3. Jangan putus asa
Macam yang aku cakap la tadi, hati perempuan ni susah sikit. Aku yang perempuan ni pun kadang-kadang susah nak faham diri sendiri. haha... So, sekali kene reject, korang jangan la putus asa. Huhuhu... Korang kena la berusaha sampai korang berjaya curi hati perempuan tu. Okay?
4. Komitmen
Yang ni, lelaki memang agak failed. Hahahaa... Lelaki ni, memang suka lebihkan kawan-kawan dari awek. Betul tak lelaki? So, bile korang dh dapat perempuan tu, jangan la sia-sia kan die. Tunjukkan komitmen korang pada dia supaya dia yakin yang korang ni betul2 nak dia.
5. Berlembut / Behave
Bukan aku suruh korang jadi mat sotong. I mean, berlembut la. Jaga sikit percakapan korang tu. Jangan cakap dengan perempuan, macam cakap dengan kawan. Tak semua perempuan boleh terima kekasaran korang tu. Korang tak boleh la cakap korang ni menyampah ke, tak suka dengan perangai dia ke ape. Korang kena ada cara untuk terus terang. :)
Okay, aku rasa, cukup la lima. Bukan je kena pikat awek yang pandai masak. Nak pikat semua perempuan kat dunia ni pun boleh tau. Janji namanya perempuan yer. So, selamat mencuba okay. Tips ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku la :) So, kawan-kawan yang lain kalo nak tambah, silekan tambah di kotak komen kat bawah tu eh... tenkiu :) And tenkiu lagi kat korang yang rajin bg mesej kat shoutbox tu. Kalau korang ada pape idea lagi untuk entri seterusnya, silekan la tinggalkan mesej korang kat shoutbox tu okay :) sekian...
gambar hiasan :)
20 July 2011
Tips Bahagia Sepanjang Hayat
Assalamualaikum & hello.
Dah lama tak share sesuatu dengan korang. Hari ni nak share la pasal macam mana nak happy selalu. Tak dinafikan, semua orang ada masalah. Semua orang kalau boleh nak happy selalu. tapi, tiap apa yang terjadi tu mesti ade hikmahnye kan... Okay2... Ni apa yang aku selalu buat la untuk pastikan aku ni sentiase gembira.
1. Bila aku sedih, aku suke dengar lagu yang rancak2 then follow nyanyi. Lantak la suare macam mana pun. Janji aku nyanyi... At least, aku luahkan apa yang terbuku kat hati aku ni :)
2. Aku suka fikir benda positif. Bila aku sedih, aku selalu fikir yang aku kuat sebab tu Allah uji aku. So, kite kena sentiasa fikir positif :)
3. Bila aku gaduh dengan orang, walaupun bukan salah aku, aku bantai gak mintak maaf kat orang tu. At least, orang tu akan sejuk hati dia. Mana la kita nak tahu kan, kadang2 kita tak sedar yang kita ade buat org terguris perasaan kan... :)
4. Aku ni, kalau ade masalah pun, aku boleh lagi merapu and gelak2 bagai. Bagi aku la, kalau kita tak ade masalah dengan orang tu, biakan die tak tahu yang kita ni sebenarnye moody. Kita jangan lak spoil mood kawan kita tu. Kesian die tak tahu ape2 kan... heheh..
5. Yang ni paling best.. Aku kalau dah kalut sangat, aku makan or tidur.. hehehe... Kenyang perut aku, senang la hati. Tak pun, bangun je tidur, aku lupe dah masalah aku tu... hahaha.. itu paling tak senonoh la kan... hek3.
Okay2.. Cukup2 la tu tips nye.. So u all, ade ape2 nak tambah? sharing is caring kan? hehehe.. Siapa yang nk try care aku ni, silekan... tak dikenakan bayaran pon.. heheh... Sape yang tamau, jgn kutuk lak.. nasihat takpe.. hehehe... Okeng, sekian terima kasih :D
p/s : sempat lagi kalau nak join giveaway kawan-kawan sygs :D
09 June 2011
Tips Pemilihan Tudung
Assalamualaikum & Hello.
Kawan-kawan, pernah korang perasan yang kadang-kadang, korang nampak tak cantik bila mengenakan sesetengah jenis tudung? Sometimes kite rase macam dah betul kita pakai tudung, tapi still rasa macam tak cantik... Pernah tak? hehe... Okay, ni berdasarkan pembacaan aku la... Seperti biasa, nak share2 jugak ngan korang :)
1. Warna
Selalunya, kita akan pilih baju dulu baru pilih tudung. Tapi, sebenarnya, untuk kita yang bertudung ni, pilih tudung dulu adalah cara yang betul sebab tudung ni memainkan peranan bagi penampilan kita. So, untuk dapatkan ton warna kain tudung yang sesuai dengan kulit kita, letakkan dulu tudung di kat bahagian bawah dagu untuk tengok kombinasinya. Kalau muka kita nampak macam berseri2, tu maknenye warna tudung tu sesuai la ngan kita.
2. Saiz
Tak semua tudung sama saiz. Siapa kata semua tudung tu sama je saiznya... Kat pasaran, macam-macam saiz ade. Ada bidang 60, 45 and yang kecik pun ade. Just kita je yang perlu bijak memilih saiz tudung supaya sesuai dengan kita dan tidak kelihatan pelik. Kalau gemar gunakan tudung bidang 60 tu, kita kena bijak melakukan lilitan supaya nampak kemas dan tidak terlalu serabut.
3. Corak
Corak ni memainkan peranan untuk menampakkan kita lebih menonjol dan cantik. pemilihan corak bukan terletak pada minat sebenarnye tapi pada kesesuaian warna kulit dan pakaian kita. Kalau baju kita banyak corak and berwarna-warni, tudung yang sesuai adelah tudung yang kosong. Tapi, kalau baju kita kosong, tudung kita sekurang-kurangnya kena ada dua ton warna :)
4. Kain
Kita yang bertudung ni, mesti dah arif pasal jenis2 kain tudung ni. Ade yang satin, jojet and yang sama waktu dengannye... Tapi, tak semua jenis kain tu sesuai dengan kita. kalau kita suka pakai tudung yang berkain licin, kite kena la pakai inner dari kain kapas supaya tudung yang kita pakai tu tak mudah terlucut... Tapi, macam aku, aku suka pakai tudung kain cotton sebab sejuk and mudah untuk digayakan :)
Okay, thats all from me... Sharing is caring maaaa ~
28 March 2011
Madu dan Kecantikan
Mengatasi masalah jerawat
Madu ni boleh digunakan sebagai masker. Sesuai untuk rawatan kulit berjerawat dan mencegah pertumbuhan bakteria.
Wajah lebih tegang
Madu dikatakan berkesan dalam melambatkan proses penuaan dan garis halus pada wajah.
Rambut berkilau
Jika diamalkan secara rutin, rambut kita akan nampak cantik berkilau :)
Actually, banyak lagi khasiat madu ni. But, cukup2 la 3 ni je kan.. heheh...Btw, selamat mencuba ye kawan-kawan :) Tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk nampak lebih cantik secara semula jadi :)
27 March 2011
Senggugut?? Awww! Sakitnye!
Setiap bulan, setiap wanita yang akhil baligh akan mengalami kedatangan haid. Bagi yang perempuan-perempuan ni, korang tahu apa tu senggugut? Haih.. senggugut tu bermaksud kekejangan perut ketika haid. Dia akan menyerang segelintir wanita pada hari pertama, kedua dan ketiga ketika sedang haid.
Rasa senggugut macam mana? Woohhhh!! Jangan tanya macam mana rasa sakitnya. Aku ni dari tingkatan satu sampai dah besau panjang gini pun still ade senggugut tu. Selalunya, orang mengalami sakit ni akan rasa pening-pening, sakit pinggang, cirit-birit and lemah. Setengah orang, bila senggugut datang, dorang tido. Tapi bagi aku pulak, bila aku kena, aku makan banyak2. Then, sakit tu hilang. Tapi kejap je, pastu datang balik :(
Okay, secara saintifiknya, senggugut ni sebenarnye berpunca dari endrometriosis (payah bebenor). Jangan ambil mudah sebab endrometriosis ni boleh menyumbang kepada kemandulan. Korang nak mandul ke? Ya Allah, simpang malaikat 44. So, kite kena ambil langkah-langakah berjaga-jaga. Ada kisah mengatakan, mereka yang mengalami senggugut ni akan pulih selepas berkahwin dan melahirkan anak. Dan ada juga yang mengatakan, senggugut boleh menyebabkan ibu mengandung susah untuk melahirkan bayinya. Wah... banyak sangat andaian. Apa-apa pun, nasihat aku pada korang semua dan juga diri aku sendiri, dapatkan rawatan doktor jika perlu.
22 March 2011
Tips Kempiskan Perut
Perut buncit? Mesti kecewa bila kita minat satu baju tu, tapi kita tak boleh pakai sebab perut kita buncit. Ye, aku pernah mengalaminya sebelum ni. Sedih and rasa rendah diri sangat. Tapi, setelah membelek-belek majalah lama yang ada, aku terjumpa satu petua untuk kempiskan perut kita ni.
Mula-mula, bancuh air teh TANPA gula.. ingat ye kawan-kawan, bancuh tanpa gula :)
Campurkan perahan limau nipis ke dalam teh yang dah dibancuh. And then, minom!
But, benda ni kena rajin amalkan.... Tapi kan, zaman sekarang ni, semua nak yang cepat je kan Semua nk yang senang2 je...
Presenting!!! Lotion Mustajab pati halia. Tidak memberikan kita bau yang kurang sedap. Memakar lemak di dalam badan kita. Dalam masa yang sma mampu membantu kita reshape bentuk badan kita :) Mula-mula dulu aku minum gak air teh ngan limau tu. Ade perubahan la jugak. Tapi, ak tak konsisten.. hahaha... then, aku try lak losyen ni... Losyen ni boleh buang angin dalam badan.. Ha, yang perempuan tu, bila datang bulan, mesti ade yang senggugut kan... Ahahaha... Yang ni pon boleh buat ubat senggugut jugak... huhuhu... Okay lah, malas nak cakap banyak.. Dah macam ejen jual ubat pulak aku ni kan... hehehe..
Okay kawan-kawan, selamat mencuba :P








myra.amira1912@yahoo.com