14 December 2011

REVIEW: Butik Pinkku

 

I just received a parcel from satu online shop ni. Huhuhu.

IMG00559-20111214-1320 IMG00560-20111214-1320

Ni first time aku shopping kat blogshop ni. Aku beli tudung bawal plain memangdangkan sekarang aku dah rajin balik nak iron2 tudung. hehehe. Okay, kain tudung yang aku beli sangat la sedap senang nak bentuk.. So, puas hati la dengan kualitinye…

Bytheway, blogshop ni tengah buat sale sampai 7 Januari. So, tak terlambat lagi if korang nak jenguk2 blogshop tu…  BUTIK PINKKU   nama blogshop tu. So, jom la bershopping same2… :) 

15 October 2011

Serlahkan Kejelitaan Dengan De Wajah

 

Pernah dengar pasal produk De Wajah? Menipu la kan kalau tak pernah dengar. Okay, entri kali ni nak cerita serba sedikit pasal De Wajah. Kenapa? Sebab sebulan yang lepas, aku frust dengan muka aku. Tetiba jadi gelap and menggelupas. Sakit hati. Disebabkan tu, aku pun tawakal je lah try produk De Wajah ni. Untuk kali pertamanya, aku try pek permulaan untuk kulit normal. Dalam pek tu ada Susu Pembersih, Sabun Muka, Toner , Krim siang dan Krim malam.

Alhamdulillah, dah nak masuk dua bulan guna. Muka aku yang kering2, menggelupas and gelap tu dah bertukar rupa :) Kulit aku lembab je sentiase. Boleh kata, aku puas hati la.

de_wajah best

Okay, Aku terangkan satu-satu pasal produk ni okay.

Susu Pembersih : Menanggalkan make up dengan lebih mudah dan berkesan disamping melembutkan kulit muka dan turut mengimbangi PH dan asid.

Pencuci Muka : AHA & vitamin E sesuai untuk kulit normal dan kering dan turut memberikan kelembutan dan kesegaran pada kulit seharian.

Penyegar (toner) : Memberi kesegaran dan kelembutan pada wajah anda sepanjang hari sambil mencerahkan.

Krim Siang : Perlindungan UV yang ade padanya mampu melembapkan dan melindungi kulit dari selaran matahari.

Krim Malam: Bertindak menanggalkan sel-sel mati dan menggantikannya dengan yang baru.

Harga bagi pek permulaan : RM 79.90. Boleh tahan sebulan okay :)

Dalam masa yang sama, roomate aku pun ikot jejak langkah aku. Lepas tengok aku pakai produk ni, dia pun beli jugak produk ni. Tapi, dia ambil untuk kulit sensitif dan berjerawat. Pek permulaan nya pun sama,just RM 79.90.

Bukan sahaja aku berpuas hati dengan produk dia, tapi perkhidmatan yang disediakan pun best. Pertama kali aku buat facial muka kat Spa De Wajah. Layanan yang baik, rawatan muka yang SUPERB! Dan baru-baru ni, aku buat treatment rambut kat spa tu jugak. Hasilnya..?? Haaaa.. Rambut jadi lembut, ringan, tak kusut and tak gugur :) 

Boleh kata, puas hati la. Harga yang berpatutan bagi aku sebab servisnye pun bagus. So, tak rasa rugi. If korang nak cuba manjakan diri korang dengan layanan De Wajah ni, boleh datang ke Spa De Wajah, tingkat 3 Plaza Alam Sentral Shah Alam. 

edit (15 of 24)

Sekian, terima kasih <3

11 October 2011

Tips Kuruskan Badan

 

 

Lately, ramai benor orang cari tips kuruskan badan kat blog aku. Hahaha. Maaf, pemilik blog ni, seorang yang gemok dan kuat makan dan tak tahu erti diet :p Tapi.. tapi... Meh la aku bagi jugak tips macam mana nak kurus wokeyhhh!

Dulu.. Masa zaman jahiliah aku la kan.. heheh.. Aku pernah la jugak dikategorikan sebagai seorang yang kurus. So, apa yang aku buat untuk kurus adelah :

  • Sarapan pagi : Makan makanan yang ringan-ringan je like roti ataupun bijirin. Dulu aku makan coco crunch dengan susu.. hehehe... Kalau korang ngidam sangat nasi lemak tu, korang boleh je makan, tapi jangan la selalu okay...
  • Tengah hari : Aku makan nasi sebanyak yang mungkin. Hehehehe...  Makan la sampai kenyang. Tapi make sure makanan tu seimbang yer...
  • Malam : Aku tak makan nasi. Aku makan buah-buah ataupun roti atau pape je lah janji bukan nasi. Kalau nak makan nasi gak, korang makan la sebelum pukul 8 malam :)
  • Minum air kosong : Haaaa.... Korang kena la minum air masak banyak-banyak untuk menyingkirkan toksin dalam badan tu :)
  • Makan pedas : Sesetengah orang tak boleh makan pedas. Tapi aku, lagi pedas, lagi aku suka sebab aku ade terbace kat satu artikel yang makanan pedas ni boleh membakar lemak kita and salah satu cara untuk kita kurus..
  • Senaman : haaaa... yang ni aku pun failed. hahaha... Bila aku rajin je aku bersukan. kalo tak, mimpi la aku nak bersenam.. hehe.. Tapi seeloknya kena bersenam paling-paling sekali seminggu. huhuhuhu.
  • Jauhi stress : Okay, yang ni pun penting jugak sebabnye, mcm aku la. Bila aku stress, aku nak makan je kejenye... Bila makan pun tak kawal, tu yang badan naik sesuka hati. So, kena la pandai atasi stress kita tu yer :)

Okay lah... Aku rasa, cukup la tu tips2 nak kuruskan badan. Apa-apa pun, jangan la terlalu obses untuk kurus sampai boleh memudaratkan diri kita sendiri okay kawan-kawan. Selamat mencuba <3

IMG00130-20111010-1813

05 October 2011

TIPS: Selulit? Sila Pergi Jauh-Jauh

 

 

Selulit? Ape selulit tu? haaa... Selulit tu sebenarnye lemak yang ade pada lapisan kulit. Boleh kata, hampir setiap dari kita mengalami masalah selulit ni.. huhuhu. Selulit selalunye bermastautin kat bahagian perut, peha, betis ataupun punggung. So, macam mne nak hapuskan selulit ni..??

Pemakanan

Okay, memang la kalau nampak makanan, semua nak. Huhuhu..  Tapi kena ingat, makanan yang berlemak dan bergula, kafien and makanan yang terlalu banyak kandungan garam HARUS dihindari.Sebab? Sebab makanan2 jenis ni la yang boleh menjemput selulit bertamu ke anggota badan kita :)

Berat badan

Ha, yang ni aku baru tahu. Kita kena kurangkan berat badan kita ke tahap yang ideal. So, rajin-rajin la bersenam yer kawan-kawan :)

Dua perkara ni, boleh dikira sebagai yang asas je lah kan...

Bio-Oil-60ml !B4JjNe!B2k~$(KGrHqZ,!i4EydT3tmMtBMozO9Qe0Q~~_35 Okay, zaman sekarang ni, banyak dah produk yang dijual untuk hilangkan selulit. Macam aku, aku cadangkan Bio Oil ataupun Rosken Skin Repair Bio Serum ni. Hasilnya setakat ni alhamdulillah. Memuaskan hati aku :)

losyen1

Losyen Mustajab ni pun berkesan untuk kurangkan selulit. Tapi, kena konsisten la pakai. jangan la pakai ala kadar. kena rajin. baru nampak hasilnya :)

TAPI, apa yang aku pernah baca, selulit jugak dapat dikurangkan dengan cara skrub badan. Ala, kalau korang malas sangat nk skrub badan korang selalu, cukup la if korang buat dalam dua minggu sekali. Insya Allah selulit2 yang ada, berambus dari hidup korang :)

body-scrub

Okay la.. Di harap entri malam ni sedikit sebanyak dapat bantu korang :) Terima kasih sebab sudi baca <3

03 October 2011

TIPS: Jom Hapuskan Parut

 

Tekanan je bila tengok ade parut2 yang mencacatkan kat muka ataupun mana-mana bahagia di badan kite. Tapi, paling rasa rendah diri bila parut yang hodoh tu berkampung di sekitar muka. Parut jerawat la paling popular kan... So, dengan rasa happy nya, aku nak share dengan korang tips untuk hilangkan parut ni...  Ni bukan aku reka sendiri. Tapi, ni dari apa yang aku baca okay :)

Lidah Buaya

Korang tahu tak lidah buaya tu rupenye mcm mane? Hehehe... Okay, caranye senang. Ambik lidah buaya tu, sapu je lendir2 yang ada kat lidah buaya tu kat kawasan luka atau parut tu...

Serbuk Kayu Manis

Okay,yang ni aku pernah try.. Hasilnya memuaskan :)  Serbuk kayu manis tu, campur dengan air sikit. Then, letak je kat tempat parut tu sampaila kering... Rasanya agak pedih, tp sekejap je...

Madu

Aku jugak baru tau yang madu ni pun sebenarnya boleh hilangkan parut. Caranya senang sangat. Sapu je madu tu kat parut yg berkenaan dua kali sehari...

Jus Mentimun

Mcm biasa, sapu je jus mentimun kat kawasan yang berkenaan dan tunggu 15 minit sebelum basuh muka dengan air suam.

Minyak Kelapa

Kita memang sedia maklum yang kelapa ni memang banyak khasiat die. Minyak kelapa ni boleh jugak hilangkan bekas parut. Just urutkan je minyak kelapa tu kat parut2 yang ade...

 

Okay... Tu la dia sedikit info atau tips untuk hapuskan parut. Tapi, bende ni kena buat selalu. kalau buat malas2, memang berjanggut la kan nak hilang parut tu.. huhuhu.. So, selamat mencuba and terima kasih sebab sudi membaca <3

21 September 2011

TIPS : Kesihatan Mata

 

DSC_0105

Mata ni boleh dikatakan sebagai salah satu aset kita. Mata ni kire agak berharga la kan... No wonder la kalau perempuan make up, then dorang lebihkan  solekan pada mata. Haha...

Tapi hari ni nak share pasal kesihatan mata.  Mata dah cantik, so kena la sihat pulak kan... :)Actually, makanan untuk mata ni senang je nak dapat kat pasar-pasar yang berdekatan dengan umah kite ni.. hehehe...

Limau

Bagi penggemar buah ni, korang memang best la...Sebabnye, limau ni mempunyai vitamin C yang merangsang pembentukan kolagen dan bertindak sebagai anti oksidan yang berkhasiat melumpuhkan radikal bebas penyebab penuaan.

Anggur

Anggur ni mempunyai anti oksidan yang sangat kuat. Anti oksida yang lebih kuat dari vitamin C dan E ini tidak saja berkhasiat menghaluskan kulit sebagaimana sering disebutkan pada beberapa iklan produk kesihatan, tapi juga berkhasiat memperbaiki peredaran darah, memperbaiki pembuluh kapilari dan kerosakan sistem saraf. Menurut penilitian, zat yang terkandung dalam ekstrak biji anggur dapat memperbaiki penglihatan dan mengembalikan fungsi retina mata yang rosak akibat pendarahan pada pembuluh darah dan ketidakseimbangan gula dalam darah.

Ubi Kayu

Makanan sederhana ini ternyata tidak sederhana penampilannya. Menurut US Nutrition Action Health Letter (Newsletter Nutrisi untuk Kesihatan AS), ubi jalar menempati posisi paling unggul dengan pengumpulan skor gizi. Skor tersebut diperoleh dari kandungan vitamin A, asid folik, zat besi, tembaga, kalium dan serat dibandingkan standard gizi normal. Peranan ubi keladi dalam menjaga kesihatan mata terbukti dapat menyembuhkan penyakit kekurangan vitamin A seperti rabun malam dan berbagai penyakit lainnya. Kerana manfaatnya, Unicef dan WHO menyerukan semua penduduk agar memakan ubi secara rutin, terutama bagi wanita dan kanak-kanak.

 

 

Okay lah kawan-kawan....  Ni selamat mencuba yer... Kalau nak mata cantik, kena la banyakkan makan buah limau and anggur. Tak lupa jugak, ubi kayu yer.. hehehe....

 

110921-111802 PHOTO OF THE DAY : Library....  :)

16 September 2011

TIPS: Sayangi Bibir Anda

 

 

bibir

Setiap orang yang bernama wanita kat dalam dunia ni, termasuk la aku kan, memang nak sangat ade bibir yang cantik dan sihat.  So, dengan ini, aku nak share dengan korang semua macam mana nak jaga kita punya bibir ni supaya tak kering ataupun menggelupas okay :)

 

- Orang tua-tua kata, kalau nak bibir tu cantik, sebelum tidur, sapukan madu kat seluruh bibir kite tu ...  Insya Allah kalau buat selalu, bibir kite akan jadi merah semula jadi :)

- Kalau nak pakai lipstik tu, pastikan lipstik kita tu ade kandungan yang boleh melembapkan bibir kita.  Ataupun, before pakai lipstik tu, sapu dulu lip balm ..

- Bagi yang tak suka pakai lipstik, sekurang-kurangnya pakai la lip balm or lip gloss ke supaya bibir kita takde la nampak kering, pucat dan tak bermaya...

- Paling penting.... Jangan biasakan diri korang dengan melembapkan bibir menggunakan air liur... Sebab, air liur tu la salah satu sebab kenapa bibir kering...

 

Macam aku, aku suka sapu bibir aku dengan lip balm.. Aku suggestkan...

 

img8 sheer color strawberry

Lip balm dari Lip Ice. Bukan ape, aku dah guna jenama ni dari aku sekolah menengah lagi. Alhamdulillah, hasilnya tak pernah  mengecewakan aku..  Bibir aku sntiase lembap bila pakai :) 

DSC00372[1]

DSC00374[1]

Okay, lip balm yang agak bagus jugak, dari The Body Shop...  Dia ade perisa buah buahan. Tapi, pilihan hati aku, Raspberry gak sebab sedap... hahaha... So far, pakai benda ni best la jugak... Bagus juga if korang pun try...

 

Okay... Ni je yang dapat aku share kan... So, semoga korang dapat la sikit-sikit input yang baru dari Diari Comel Saya ni okay <3

16 August 2011

Tips Tackle Perempuan

Assalamualaikum & hello.

Agak terkejut dan geli  hati bile terbaca  mesej di Shoutbox aku hari ni. Hehehe... Jom tengok.

Untitled34

Huhuhu... First of all, thanks to NasiHangit sebab sudi drop by ur  message kat shoutbox Diari Comel Saya  ni. Bagi memenuhi permintaan beliau, aku usehakan la tips2  nye :)

******************************************

 

Seperti yang korang sedia maklum, hati perempuan ni, memang la payah untuk kite duga. Mengenali hati perempuan ni, bermakna kita mencari apa yang sebenarnya perempuan nak dalam hidup dan juga perhubungan.

1. Pemaaf

Korang yang lelaki ni, memang terkenal dengan sikap ego korang. Ego ngan korang dah macam adik beradik. So, bila dengan perempuan, jangan la tunjuk yang korang ni seorang yang berego tinggi. Maksudnya di sini, kene la sesekali mengalah. Jangan selalu lak. Berpada-pada okay :)

2. Just the way you are.

Macam entri yang lepas. Jadi diri sendiri. Jangan jadi orang lain. Bukan perempuan je yang suke copycat ni. Lelaki pun same. Depan perempuan yang kita suka, dok la tercover-cover. Okay, STOP la berbuat begitu. Jadi diri sendiri. Kalau rasa korang ni lelaki yang suka makan banyak, its okay... Sebab itu dah memang diri korang.

3.  Jangan putus asa

Macam yang aku cakap la tadi, hati perempuan ni susah sikit. Aku yang perempuan ni pun kadang-kadang susah nak faham diri sendiri. haha... So, sekali kene reject, korang jangan la putus asa. Huhuhu... Korang kena la berusaha sampai korang berjaya curi hati perempuan tu. Okay?

4. Komitmen

Yang ni, lelaki memang agak failed. Hahahaa... Lelaki ni, memang suka lebihkan kawan-kawan dari awek. Betul tak lelaki? So, bile korang dh dapat perempuan tu, jangan la sia-sia kan die. Tunjukkan komitmen korang pada dia supaya dia yakin yang korang ni betul2 nak dia.

5. Berlembut / Behave

Bukan aku suruh korang jadi mat sotong. I mean, berlembut la. Jaga sikit percakapan korang tu. Jangan cakap dengan perempuan, macam cakap dengan kawan. Tak semua perempuan boleh terima kekasaran korang tu. Korang tak boleh la cakap korang ni menyampah ke, tak suka dengan perangai dia ke ape. Korang kena ada cara untuk terus terang. :)

Okay, aku rasa, cukup la lima. Bukan je kena pikat awek yang pandai masak. Nak pikat semua perempuan kat dunia ni pun boleh tau.  Janji namanya perempuan yer. So, selamat mencuba okay. Tips ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku la :) So, kawan-kawan yang lain kalo nak tambah, silekan tambah di kotak komen kat bawah tu eh... tenkiu :)   And tenkiu lagi kat korang yang rajin bg mesej kat shoutbox tu. Kalau korang ada pape idea lagi untuk entri seterusnya, silekan la tinggalkan mesej korang kat shoutbox tu okay :)  sekian...

tembok

gambar hiasan :)

20 July 2011

Tips Bahagia Sepanjang Hayat

Assalamualaikum & hello.

Dah lama tak share sesuatu dengan korang. Hari ni nak share la pasal macam mana nak happy selalu. Tak dinafikan, semua orang ada masalah. Semua orang kalau boleh nak happy selalu. tapi, tiap apa yang terjadi tu mesti ade hikmahnye kan... Okay2... Ni apa yang aku selalu buat la untuk pastikan aku ni sentiase gembira.

1. Bila aku sedih, aku suke dengar lagu yang rancak2 then follow nyanyi. Lantak la suare macam mana pun. Janji aku nyanyi... At least, aku luahkan apa yang terbuku kat hati aku ni  :)

2. Aku suka fikir benda positif. Bila aku sedih, aku selalu fikir yang aku kuat sebab tu Allah uji aku. So, kite kena sentiasa fikir positif :)

3. Bila aku gaduh dengan orang, walaupun bukan salah aku, aku bantai gak mintak maaf kat orang tu. At least, orang tu akan sejuk hati dia. Mana la kita nak tahu kan, kadang2 kita tak sedar yang kita ade buat org terguris perasaan kan...  :)

4. Aku ni, kalau ade masalah pun, aku boleh lagi merapu and gelak2 bagai. Bagi aku la, kalau kita tak ade masalah dengan orang tu, biakan die tak tahu yang kita ni sebenarnye moody. Kita jangan lak spoil mood kawan kita tu. Kesian die tak tahu ape2 kan... heheh..

5.  Yang ni paling best.. Aku kalau dah kalut sangat, aku makan or tidur.. hehehe... Kenyang perut aku, senang la hati. Tak pun, bangun je tidur, aku lupe dah masalah aku tu... hahaha.. itu paling tak senonoh la kan... hek3.

 

Okay2.. Cukup2 la tu tips nye.. So u all, ade ape2 nak tambah? sharing is caring kan? hehehe.. Siapa yang nk try care aku ni, silekan... tak dikenakan bayaran pon.. heheh... Sape yang tamau, jgn kutuk lak.. nasihat takpe.. hehehe...  Okeng, sekian terima kasih :D

IMG_8557

 

p/s : sempat lagi kalau nak join giveaway kawan-kawan sygs :D

13 July 2011

REVIEW: Tolong! Awek Aku Pontianak

Assalamualaikum & hello.

Tolong-Awek-Aku-Pontianak

Dah tengok cerita Tolong! Awek Aku Pontianak ni? Aku dah tengok dah cite ni semalam bersama member aku kat Wangsa Walk.  Para pelakon die, tak payah nak cite panjang2, kenal kan korang.... Zahiril Adzim, Sazzy Falak yang hot tuh, Liyana Jasmay dan yang lain2. Nak aku sebut satu2 memang jenuh la... huhu. Cerita nye sangat la kelakar disebabkan watak Zahiril dalam cerita ni yang agak lurus... huhuhu... Tapi, time yang dah nak ending tu aku sedih sikit. hahaha... 

Pada siapa yang belum tengok, make sure tengok. Lagi2 siapa yang minat Zahiril kan. Takkan korang tak mau tengok pelakon kesayangan korang tu berlakon kan... hehehe...  Bagi aku, cerita yang best. Boleh bagi 4.5 bintang la... hehehehe... 

Bukan aku tamai cerita sinopsisnye. Kang aku cerita, siapa yang belom tengok lagi tu tak syok la kan dh tahu ceritanye mcm mne. So better u all tengok yer kawan-kawan :)

SimplySiti | Desakan Mama

Assalamualaikum & hello.

Ahaha.. Apa kena mengena produk SimplySiti dengan Mama aku kan? Actually, aku ajak mama aku pergi Watson. Sebabnye nak beli pencuci muka aku yang dah habis. Seperti sebelum ni, aku guna Hada Labo. Tapi, mama aku suruh tukar. Atas desakan dia, aku pun akur untuk menggunakan pek percubaan, SimplySiti. huhuhu... Harga pek permulaan tu, RM39.90 :)

DSC_0001

Dalam pek permulaan tu ada 3 barang :

DSC_0003

SimplySiti C Bright Cleansing Foam.

DSC_0004

SimplySiti C Bright Simply 5 cream

DSC_0005 

SimplySiti C Bright Dual Serum

 

Pek percubaan ni, tahan selama seminggu je. So, habis seminggu, aku kena beli yang besar2 pulak... Huhuhu.. Malasnya nak tukar2 produk lepas ni. So, harap produk ni serasi dengan aku .. Insya Allah.

26 June 2011

Contest Saya Sayang Family Saya

Assalamualaikum & hello.

Okay, hari ni aku telah ditag oleh Cik Emeera Asnary untuk join satu contest ni. So, dari tak buat pape, aku dengan suka hatinya, JOIN :)

banner

Sila klik pada banner untuk join contest ni okay :)

 

Dengan ini, aku mempersembahkan 2 keping gambar family aku... hehe

P1010018Okay, first picture, that is my father lah. Die sangat cool dan penyayang yer. Aku tak pernah kena sepak mahupun dikasari olehnye since dari kecik lagi. Boleh kate, aku ni anak ayah sebab dari dulu sampai sekarang, ayah is my idol :)

P1010045

Second picture is, my lovely mom. Die ni lembut. Tapi dalam kelembutan die ade ketegasan. Dan itu yang membuatkan aku lebih takut mama dari ayah... But, dia sangat memahami. Setiap kali aku down, setiap kali aku sedih, setiap kali aku susah, dia sentiasa ada di sisi aku untuk support aku, untuk bagi apa jua pendapat pada aku.

Okay... Mesti ade yang tertanye-tanye, mane gmbr abg,kakak and adik bagai? Actually, aku ni anak tunggal. Takde abang, takde kakak mahupun adik. So, dalam family ni, just me, mama and ayah. We are small family but we have such a huge love between us :)

 

Contest ni, aku tak nak tag pada sesiapa. Macam paksaan la pulak kalau tag2 kan.. hehehe.. Okay, contest ni, kalau korang nak join, join la... Klik kat banner atas tu. Lumayan la jugak diorang punye hadiah. Dari korang buang masa main Fb kan, baik join contest ni.. hehehehe....  

 

Okay, barangan dari Dezaman Cottage yang menjadi pilihan hati aku adelah:

230120111620

Home made chocolate. Why? sebab aku ni memang peminat setia coklat la :) heheheh...  

 

okay, sekian terima kasih <3

12 June 2011

REVIEW: KL Gangster

Assalamualaikum & hello.

KLG_FINAL_POSTERw

Mesti ramai yang dah tengok kan cerita arahan Syamsul Yusof ni...  Menceritakan tentang kehidupan di KL yang penuh dengan 1001 cerita sebenarnya. Yang mana, ade pulak la geng gangster yang berebut-rebut kawasan... Dan jugak, kisah seorang banduan yang baru je bebas dari penjara, lakonan Aaron Aziz. Errmmm nak menyimpang kejap... Aaron Aziz sangat hensem kot... ahahaha....  Okay2... Kembali kepada cerita yer... Ade jugak part yang menyentuh perasaan yang mana part yang ada watak ibu tu... Secara tiba-tiba terasa insaf :)

Filem ni dah mencapai RM 1.5 juta pada hari pertama ditayangkan. Tahniah....  Satu pencapaian yang hebat bagi anak seni tempatan :) Ha... Peringatan yer korang, aksi2 yang dilakonkan oleh mereka, jangan la ditiru dan diaplikasikan dalam kehidupan... Walaupun kita tengok cerita ni asyik berlawan, bergaduh, tapi, moral of the story yang tersirat dan tersurat kita harus tahu... 

Okay, siapa yang belum tengok lagi, pegilah tengok. Tak rugi sokong filem tempatan :)

 

p/s: walaupun aku tengah tekanan dengan macam-macam masalah, tapi, hati still nak bunge2... hehehe

11 June 2011

Bestnya Hada Labo

Assalamualaikum & Hello.

Hari ni, aku nak berkongsi pasal produk yang aku pakai. Ermmm, aku mempunyai masalah kulit muka yang selalu gelap. Susah betul nak jaga... Then, sampai la aku ambil keputusan untuk bertukar ke sabun pencuci muka, Hada Labo.

hada labo

Masa mula-mula pakai, memang takde kesan apa-apa. Then, bila masuk minggu ke -2, rase kulit jadi lembab and tona muka aku sekata dah :)  Harga dia, heheheheh... Hari tu masa beli tengah ade less.. So, murah la... Kalau tak less, dalam RM18++ tak silap.

Tengok dia punya packaging dia, tak menarik kan? Tapi, jgn pndg luaran je.. Kite kena pandang dia punya keberkesanan :) hehehe... wah2... promote pulak aku ni....

Thats all from me... So, siapa yang ada masalah macam aku ni, boleh la try2 hada labo ni... mana tahu berkesan kan ?

 

Picture2163

09 June 2011

Tips Pemilihan Tudung

Assalamualaikum & Hello.

Kawan-kawan, pernah korang perasan yang kadang-kadang, korang nampak tak cantik bila mengenakan sesetengah jenis tudung? Sometimes kite rase macam dah betul kita pakai tudung, tapi still rasa macam tak cantik... Pernah tak? hehe... Okay, ni berdasarkan pembacaan aku la... Seperti biasa, nak share2 jugak ngan korang :)

1. Warna

Selalunya, kita akan pilih baju dulu baru pilih tudung. Tapi, sebenarnya, untuk kita yang bertudung ni, pilih tudung dulu adalah cara yang betul sebab tudung ni memainkan peranan bagi penampilan kita. So, untuk dapatkan ton warna kain tudung yang sesuai dengan kulit kita, letakkan dulu tudung di kat bahagian bawah dagu untuk tengok kombinasinya. Kalau muka kita nampak macam berseri2, tu maknenye warna tudung tu sesuai la ngan kita.

2. Saiz

Tak semua tudung sama saiz. Siapa kata semua tudung tu sama je saiznya... Kat pasaran, macam-macam saiz ade. Ada bidang 60, 45 and yang kecik pun ade. Just kita je yang perlu bijak memilih saiz tudung supaya sesuai dengan kita dan tidak kelihatan pelik. Kalau gemar gunakan tudung bidang 60 tu, kita kena bijak melakukan lilitan supaya nampak kemas dan tidak terlalu serabut.

3. Corak

Corak ni memainkan peranan untuk menampakkan kita lebih menonjol dan cantik. pemilihan corak bukan terletak pada minat sebenarnye tapi pada kesesuaian warna kulit dan pakaian kita. Kalau baju kita banyak corak and berwarna-warni, tudung yang sesuai adelah tudung yang kosong. Tapi, kalau baju kita kosong, tudung kita sekurang-kurangnya kena ada dua ton warna :)

4. Kain

Kita yang bertudung ni, mesti dah arif pasal jenis2 kain tudung ni. Ade yang satin, jojet and yang sama waktu dengannye... Tapi, tak semua jenis kain tu sesuai dengan kita.  kalau kita suka pakai tudung yang berkain licin, kite kena la pakai inner dari kain kapas supaya tudung yang kita pakai tu tak mudah terlucut... Tapi, macam aku, aku suka pakai tudung kain cotton sebab sejuk and mudah untuk digayakan :)

IMG_9203 

Okay, thats all from me...  Sharing is caring maaaa ~ 

06 June 2011

Jom Shopping Kat Watson :D

Assalamualaikum & hello.

Kawan-kawan, korang kalau nak beli make up ke, barang-barang penjagaan diri, korang beli kat mana? Ermm macam aku, setakat pencuci muka, eyeliner or make up yang lain, aku suke beli kat Watson. Nak pulak sekarang ni, Watson keluarkan membership card dorang. Banyak banefit yang kita semua boleh dapat dari kad tu. Just bayar RM12.00 untuk seumur hidup. Dah cukup point yang kita kumpul, boleh redeem barang kat mana-mana Watson yang berhampiran dengan kita :)

watson

Actually, aku pon baru je terbukak hati nak buat membership ni.. Hehhe... Selama ni, main beli je kat Watson tu. Nak pulak, siap dapat voucher lagi. Ada potongan untuk barang-barang terpilih. Haih... berbaloi sangat la kan~

Okay, kawan-kawan, apa lagi? Jom la shopping kat Watson and jadi ahli Watson dengan RM12.00 seumur hidup :P

27 May 2011

4 Days 3 Night at UTM Skudai

Assalamualaikum & hello.

Lama rasanya tak update blog. Ampun beribu-ribu kali ampun yer.. Actually, baru-baru ni aku baru je balik dari UTM Skudai, Johor bagi mewakili kelab PROSTAR dan juga universiti aku la dalam Konvensyen Kelab PEMADAM IPT. Okay, nak cerita banyak pun, dah ingat2 lupa.. Cerita apa yang ingat je la k..

Khamis (19 Mei 2011 )

Kitaorang bertolak dari Shah Alam sebelah malam. Dalam pukul 8.30 malam lebih kurang. Then, perjalanan yang agak lama aku rasa takde la bosan mana dengan adanya kawan-kawan yang aku boleh kata rapat gak la dengan aku buat mase sekarang ni...

DSC_0054 DSC_0062

Sepanjang perjalanan, memang tak sunyi dengan bertemankan radio and gelak tawa kitaorang. Okayla, pendekkan cerita, kitaorang sampai kat UTM tu dalam pukul 2.30 pagi lebih kurang.

Jumaat ( 20 Mei 2011 )

Bangun pagi agak awal. Tido pun berapa jam je. Then siap2 untuk ke Dewan Seri Iskandar. Hari Jumaat ni, kalo tengok dalam jadual, memang ceramah je. Aku pun dah naik lemau dah duduk kat kerusi tu.. hehe.. Tapi, ceramahnye boleh tahan best la... Cerama dah PEMADAM, PDRM and macam-macam lagi la.. 

DSC_0153 DSC_0252

Okay, sesi pagi, kitaorang pakai baju kurung untuk perempuan, baju melayu untuk lelaki. Yela, hari Jumaat kan.. Sesi petang lak kitaorang pakai baju putih and jaket PROSTAR..

DSC_0014

Untuk sebelah malam lak, kitaorang pakai baju batik bagi majlis perasmian.. Tapi, kesimpulannya, aku mengantuk sebab asyik duduk dekat dalam dewan and dengar ceramah :(

Sabtu ( 21 Mei 2011)

Hari Sabtu, memang aku cakap hari paling mencabar bagi aku. Sebabnye aku masuk explorace. UTM tu jangan cerita la besarnye. Nak cari satu2 lokasi tu, MasyaAllah. Azab sangat.. Banyak sangat memori mase explorace yang aku susah nak cerita.. huhuhu... Apa-apa pun team work tu penting :)

DSC_0168 DSC_0229

Nama pun baju sponsor kan.. So, takleh pertikaikan la saiz ape... ahaha.. Sangat besar.. :P

DSC_0473

DSC_0563

DSC_0569  DSC_0575

 

Okay, pada sblh malam, ade majlis penutupan plak. So, kami semua memang sepakat la pakai baju formal ... Sempat la jugak bergambar dengan Haziq AF tu ha even berebut-rebut dengan yang lain.. hahaha...

Ahad ( 22 Mei 2011 )

Okay, hari last konvensyen. Ada larian amal. Tapi malangnye aku tak dapat join sbab terlalu la sakit untuk bangun. So, kawan-kawan yang lain je pegi... But, bila dorang balik je hostel, ak dapat berita gembira. Explorace yang aku join tu, dapat JOHAN! Macam tak percaya je aku johan explorace. So, aku rase mcm rugi pulak tak datang untuk larian amal tu.. haih.. So, medal ak, orang lain yang amekkan.. haishhh...

DSC_0665

DSC_0671

Haih... tengok kegembiraan dorang sebab menang buat ak cmburu lak.. Apa2 pun ak sangat2 bersyukur sebab menang. So, berbaloi la aku sakit2... hehehe... 

 

Segala memori ak ngan mereka semua memang ak takkan lupa. Aku harap yang ak dapat join program macam ni satu hri nnti :)

03 April 2011

10Kg Dalam Masa Sebulan?

Siapa antara follower2 blog aku yang terhensem ngan tercantik ni, bila tekanan, pergi cri makan? Sila angkat kaki sebelah kiri.. hehe. Okay, exam memang dah habis. Tapi, macam-macam tekanan yang aku dapat. Tak semestinya time exam je nak tension kan... Haih...

Oleh yang demikian, daripada aku buat keje tak berfaedah time tengah tension, aku pon telah mengambil keputusan untuk makan, makan, makan, makan dan makan sampai la ade yang menegur aku. "Myra,ko dah berisi." Aisehhh... Memang tersedar dari lamunan la pulakkan aku.. Hek3...

Menyedari hakikat tu, aku pon bersetuju la dengan cadangan Mr.T untuk menurunkan berat badan dalam masa sebulan. Haiyaa... Masalahnye sekarang, aku ni sentiasa berselera. Hehehe... Entah boleh entah tak aku turunkan berat badan..

Kawan-kawan! Meh bagi aku cadangan macam mana nak realisasikan misi aku ni..?? Korang yang badan cantik molek tu, tolong la share2 ngan aku cara korang kurus n jaga badan :(

Fad-Diet

pssssttttt!  Hakikatnye, sekarang pon aku tengah melantak McD lagi :P

28 March 2011

Madu dan Kecantikan

madu

Mengatasi masalah jerawat

Madu ni boleh digunakan sebagai masker. Sesuai untuk rawatan kulit berjerawat dan mencegah pertumbuhan bakteria.

Wajah lebih tegang

Madu dikatakan berkesan dalam melambatkan proses penuaan dan garis halus pada wajah.

Rambut berkilau

Jika diamalkan secara rutin, rambut kita akan nampak cantik berkilau :)

 

Actually, banyak lagi khasiat madu ni. But, cukup2 la 3 ni je kan.. heheh...Btw, selamat mencuba ye kawan-kawan :) Tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk nampak lebih cantik secara semula jadi :)

27 March 2011

Senggugut?? Awww! Sakitnye!

Setiap bulan, setiap wanita yang akhil baligh akan mengalami kedatangan haid. Bagi yang perempuan-perempuan ni, korang tahu apa tu senggugut? Haih.. senggugut tu bermaksud kekejangan perut ketika haid. Dia akan menyerang segelintir wanita pada hari pertama, kedua dan ketiga ketika sedang haid.

Rasa senggugut macam mana? Woohhhh!! Jangan tanya macam mana rasa sakitnya. Aku ni dari tingkatan satu sampai dah besau panjang gini pun still ade senggugut tu. Selalunya, orang mengalami sakit ni akan rasa pening-pening, sakit pinggang, cirit-birit and lemah. Setengah orang, bila senggugut datang, dorang tido. Tapi bagi aku pulak, bila aku kena, aku makan banyak2. Then, sakit tu hilang. Tapi kejap je, pastu datang balik :(

Okay, secara saintifiknya, senggugut ni sebenarnye berpunca dari endrometriosis (payah bebenor). Jangan ambil mudah sebab endrometriosis ni boleh menyumbang kepada kemandulan. Korang nak mandul ke? Ya Allah, simpang malaikat 44. So, kite kena ambil langkah-langakah berjaga-jaga. Ada kisah mengatakan, mereka yang mengalami senggugut ni akan pulih selepas berkahwin dan melahirkan anak. Dan ada juga yang mengatakan, senggugut boleh menyebabkan ibu mengandung susah untuk melahirkan bayinya. Wah... banyak sangat andaian. Apa-apa pun, nasihat aku pada korang semua dan juga diri aku sendiri, dapatkan rawatan doktor jika perlu.

Menstrual_Pain01_acumed

wwmrk'

26 March 2011

REVIEW: Sucker Punch

finall full poster-sucker punch

Okay, aku bukan main lagi teruja nak tengok cite ni. Mase tengok thriller die, perggghhh... memang nampak macam gempak.. Actually, aku masih tak faham dengan apa yang nak disampaikan oleh director nye tu, Zack Snyder. Huhuhu...  Filem ni dibintangi oleh, Emily Browning yang membawa watak Babydoll dalam cite ni. Part nama ni aku setuju sebab memang aku tengok muka dia macam babydoll.

Bercerita tentang filem ni, dari apa yang aku faham walaupun tak berapa nak faham sebenarnye, si Babydoll ni mengalami tekanan perasaan selepas kematian mak die. Dia yang cuba nak bunuh ayah tiri die, tak sengaja terbunuh adik dia. Dan die telah dihantar ke sebuah pusat mental yang dipanggil Lennox House ( kalo tak silap). Cerita ni ada ala-ala fantasi sikit time si Babydoll ni berimaginasi yang dia sedang bertarung dalam sebuah misi bersama 4 rakannye yang lain.Korang mana yang nak tengok cerita ni, boleh la pi tengok and nilai sendiri menggunakan kepakaran mengkritik korang tu.. hehehe..

Pelakon-pelakon yang lain, ada Vanessa Hudgens (Blondie),Abbie Cornish (Sweet Pea),Jamie Chung(Amber), Jena Malone (Rocket) dan yang lain-lain. Haaa... Before aku terlupa, Vanessa Hudgens sangat la hot dan cantik dalam cerita ni sampai aku tak cam muka dia sangat masa tengok cite ni.. huhuhu.. Btw, for those yang nak tengok cerita ni, Selamat menonton :)

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork