30 December 2012

Special for Si Chubby | Jom Elak

 

Uishh dah lama rasanya tak share dengan korang pasal tips2 ni… Baiklah, hari ni entry khas buat gadis-gadis or jejaka-jejaka yang bertubuh gempal macam aku … Heeee…  Hari ni nak ajak korang semua elak beberapa jenis makanan ni bagi memastikan yang kita ni tak dilabel sebagai “gemok” “gendut” or apa-apa yang sama maksud.  Mesti sakit hati kan kalau tetibe kawan-kawan cakap pasal saiz kite ni… So, hari ni, aku nak share dengan korang sedikit info lah….

eskrem

DILARANG mengambil aiskrim yang berperisa vanila, coklat dan strawberi sebab kalori yang terkandung dalam makanan sejuk ni boleh diserap dengan cepat oleh badan kita.

hotdog

DILARANG sama sekali makan makanan yang berunsurkan hot dog atau sosej dalam makanan harian sebab dia mengandungi lemak yang tinggi…

coklat-300x285

DILARANG mengambil coklat sebab coklat ni banyak merugikan kesihatan. Kandungan lemak, gula dan kalorinya adalah terlalu tinggi. *okay, yang ni nak menangis baca sebab I LOVE CHOCOLATE!

87628933

DILARANG meletakkan toping , dressing atau sos kat atas salad.

DILARANG minum minuman seperti iced coffee, cocktail or smoothies sebab kalori dalam bentuk cecair ni sangat cepat meresap dalam tubuh. Sama macam ais krim tadi la…

DILARANG mengambil makanan penutup yang diperbuat dari kacang , coklat dan kelapa sebab makanan-makanan ni mengandungi kalori yang sangat tinggi.

DILARANG makan salad yang dicampur dengan ayam , salad kentang, keju , mayonis dan potongan roti. Makanan-makanan ni dipenuhi dengan LEMAK dan kalori.

DILARANG makan makanan yang dipanggang seperti stik , daging burger dan sebagainya.Lemak banyak tersembunyi kat dalam daging-daging ni. Seeloknya bakar ayam, ikan , daging tanpa lemak bersama dengan sayuran and buah.

Okay, tu je nak share… Semua makanan yang takleh nak makan tu semua sesedap kan… hahaha. Kalau nak tahu, banyak jugak benda2 terlarang ni yang aku suka.. Hahahah.. memang nak nangis je bila dapat tahu semua ni aku takleh makan. Tapi, nak kurus punya pasal kan… kena la berkorban sikit…  Boleh makan, tapi dengan kuantiti yang sikit dan jangan kerap…. Ha, begitulah hendaknye yer… hehehe…

So, kepada kawan-kawan yang bertubuh gempal macam aku, jom la sahut cabaran ni… elak kan makan makanan2 yang terlarang seperti yang dinyatakan di atas yer….  Semoga kite akan peroleh bentuk badan yang kita idam idamkan yer.. Insya Allah , aminnnnn …..

10 November 2012

Hayat Acai Berry

 

Okay, hari ni nak share dekat korang satu produk kesihatan yang bagus dan juga berpatutan harganya…  Mungkin selama ni ade yang tak pernah dengar pasal acai berry ni… Ouh sebelum tu, produk yang aku nak review ni, bukan pil kurus ABC tu… Tapi, yang lain.. yang diluluskan oleh KKM..

Okay, banyak kebaikan hayat acai berry ni… Biar aku story sikit lah kisah aku… Dulu, masa aku diploma, aku ada masalah susah benar nak tidur. Insomnia la tu… Then, aku ada masalah nak buang air besar. After that, aku baca pasal hayat acai berry ni. Aku try satu kotak. Sekotak ada 10 botol. Masa botol yang kesepuluh tu, aku dah dapat rasa perubahannye. Aku dah senang nak tidur. Nyenyak pulak tu. Then, bila nak buang air tu pun, senang je… Takde seksa2 macam dulu… hehehe… Alhamdulillah sekarang aku dah takde masalah tu lagi but still minum lagi hayat acai berry ni..

Sebenarnya, banyak lagi kebaikan hayat acai berry ni… Antaranya :

  • Kaya dengan pelbagai VITAMIN, MINERAL , dan ASID AMINO.
  • Mampu menjadi diet seharian
  • Bersifat anti-oksidan yang mampu melawan sel kanser.
  • Menurunkan kolestrol dalam darah

Dan banyak lagi lah… Nak cerita pepanjang pun, memang tak termampu lah kan.. huhuhu…

hab

Kenapa aku beli ??? 

Sebab aku rasa harga dia berbaloi… Murah.. RM 39 untuk satu kotak and boleh tahan 10 hari.. Lagipun rasa hayat acai berry ni takdelah teruk sangat… Rasa macam anggur ade, macam pati prune pun ade… sedap la.. boleh terima tekak ni ha… So, kepada korang yang nak try,yang ada masalah kesihatan macam aku ni, boleh la oder kat  SINI .

Jom la ramai-ramai bertukar kepada produk yang lebih murah , berkesan dan semestinya HALAL …  Insya Allah, Hayat Acai Berry ni membantu kita dalam membaiki sistem dalam tubuh kita.. Ramai yang dah cuba, beribu testimoni  and beribu orang yang berpuas hati dengan produk ni.. Dan aku adalah di antara yang beribu tu…

Sekian terima kasih…  Jangan lupa oder tau~

19 July 2012

Tips Diet Semasa Berpuasa

Memandangkan Ramadhan lagi berapa hari je lagi, hari ni aku nak bagi korang tip diet time puasa…. Ni hasil dari pembacaan aku kat majalah yer… bukan aku reka2 sendiri…

Piramid makanan

  1. JENIS MAKANAN : Pemilihan jenis makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk seseorang menurunkan berat badan. Kena make sure jenis makanan yang kita pilih merupakan makanan yang kurang kalori dan tinggi protein. Korang boleh amek sayuran hijau sebab die kurang kalori, tinggi khasiat and boleh bantu kite dalam proses pencernaan. Pastu, korang kena kurangkan makan nasi dalam setiap hidangan time buka puasa. Kalau korang makan nasi time sahur, time buka korang jangan makan nasi dah… makan lah benda lain yang boleh kenyangkan korang macam bihun ke, mee ke…
  2. KUANTITI MAKANAN : Kuantiti makanan jugak memainkan peranan yang penting.. So, korang boleh ambil makanan tu banyak2 sekiranya makanan tu tinggi dengan serat contohnye, buah-buahan. Tapi, aku ykin tak semua daripada kita ni mampu makan buah-buah je time bulan puasa kan… aku pun tak mampu… So, korang jangan sekat diri korang. Korang makan je apa yang korang rasa nak makan.. TAPI, korang kena sekat diri korang dari amek makanan tu dengan kuantiti yang banyak…. Korang amek sikit-siki je okay….
  3. TAHAN NAFSU : Masa perut kosong, nampak itu, nampak ini semua rasa nak… So, kawal nafsu kita supaya kita bijak memilih makanan. Selain daripada membantu diet korang, tahan nafsu ni boleh bantu korang berjimat and tak membazir time puasa ni :) Makanya, duit yang lebih tu boleh beli baju raya yang meletopsss yer kawan-kawan :p
  4. JADUAL HIDANGAN BULAN RAMADHAN : Kalau korang rajin la, korang buat satu menu makanan sepanjang bulan ramadhan ni supaya korang takde tersasar dan terlupa pada keperluan dan kehendak. Pelbagaikan hidangan supaya seimbang and bersesuaian dgn bajet korang sepanjang bulan ramadhan. Kalau aku, aku rasa lebih jimat kalau masak sendiri… Selain tu, boleh gak elakkan dari penambah perisa makanan lah bagai yang selalunya ada dalam makanan-makanan yang dijual… :)
  5. MAKANAN TAMBAHAN : Korang jugak disarankan untuk amek makanan tambahan time puasa. Korang leh amek vitamin or jus buah untk pastikan badan korang sentiasa sihat and cergas walaupun berpuasa :) Aku sarankan korang makan kurma… 3 biji time sahur, 3 biji lagi time buka.. Seperti yang kita tahu, kurma memang banyak khasiatnye… So, kepada yang tak ske makan kurma tu, belajar la makan yer dari sekarang… Sedap taw!

Okay, itu je tips yang aku nak bagi… Senang kan? Kalau kita disiplin kan diri kita, insya Allah, kita akan dapat kesan yang baik . huhuhu…. Jom lah try sama-sama … Aku pun nak try gak lah bulan puasa ni…. huhuhuh….

20 June 2012

Tips Kaki Cantik

Bandar Kuala Lumpur-20120211-00361

Berdasarkan gambar di atas, kelihatan kaki model tersebut besar yer,… Siapakah model tak bertauliah ni..?? Hahaha.. Aku la ni… Dah mcm2 cara aku buat untuk kecilkan saiz kaki aku.. So, malam td, punya la aku gigih tnya cousin aku… Then, die bagi video kat bawah ni…

Masa dia bagi aku link ni, aku memang rase mcm nak cubit2 je die sebab die bg video SNSD… Then, aku gagah la jugak tgk… But, memang betul die tunjuk cara macam mana SNSD ni dapat kaki yang cantik. Tak susah pn step die sebenarnya… Janji kne buat selalu…

Aku dh start dah buat hari ni… Nampak mcm senang… Tapi sebenarnya, mengeluarkan peluh jugak… Jom try sesame… :)

08 June 2012

GIVEAWAY: I Love ButikPinkKu

 

Seronoknya rasa hati ni dapat invitation dari ButikPinkKu untuk giveaway.. Sesungguhnya den ni ha memang suka sangat dengan produk dari ButikPinkku ni…   Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang la sangat AWESOME okay! Serius!!

cats123

So gambar di atas adalah gambar aku bersame tudung2 dari Butik Pinkku okay…  Banyak kali dah lenjan tudung2 ni… hahaha.. Okay, berbalik pada agenda sebenar ye…  Senang je nak join benda ni…,.jom tengok bawah :)

1) buat 1 blogpost, bermula dengan perkataan.. "I love butikpinkku..."
2) Pastikan anda letak gambar anda yang berkaitan, sekreatif mungkin.
3) Tag 3 orang rakan anda (dan pastikan mereka tahu).
4) Copy link blogpost anda dan comment di bawah.
Syarat2:
1) mesti LIKE fanpage butikpinkku, FOLLOW blog butikpinkku
2) Sila LIKE dan FOLLOW link berikut;
KoleksiBiriBiri: fanpage dan blog
Zana Zakaria: fanpage(https://www.facebook.com/ZanaZakariaSukaMakeUp) dan blog (http://kzcollections.blogspot.com/)
Gugu Closet: fanpage (http://www.facebook.com/pages/GuguCloset/201864036558291) dan blog
Butterflies Melody: fanpage (http://www.facebook.com/butterfliesmelody) dan blog (http://butterfliesmelody.miiduu.com/)
Something Handmade by Nuie: fanpage (http://www.facebook.com/somethinghandmadebynuie) dan blog (http://soulmate-kami.blogspot.com/)

 

Dengan ini, dengan segala hormatnya den isytiharkan :

1. Azee Hana

2. Cik Yatt

3. Kif_Lily

Tahniah… Anda ditag untuk giveaway ini…. <3 <3 <3

05 April 2012

REVIEW: Jangan Pandang-pandang

 

123

 

Hari tu masa habis exam, aku mengajak Cikgu Isma pegi tengok wayang cite Jangan Pandang-pandang… Pelakonnye terdiri daripada  Zizan, Sara Ali, Nas-T , Miera Liyana , Anith Aqilah dan ramai lagi yang aku tak kenal… hehehe… So, cite ni genre die Seram Komedi…  Cite pasal student yang mengembara ke Gua Bewah untuk mencari artifak yang ade kat Gua tu… But, macam-macam kejadian yang seram tapi lucu sepanjang pengembaraan die.. Ade la beberapa scene yang aku rasa macam boring….  Aku ketawa bila Zizan ni melawak je… huhuhu….  Apa-apa pun, aku rasa filem ni belum boleh kalahkan Adnan Sempait lagi la… huhuhu….   Well, korang boleh la tengok kalau rase dah takde cerita lain yang nak ditengok…  Support la sikit industri filem tanah air…

12

Untuk filem ni, dari 10 aku bagi la 5 markah…. Boleh la buat stok pecah perut… huhuhu.. Pasni nak update pasal Wrath Of The Titan plak okehhhh~

08 March 2012

REVIEW: Cinta Kura-kura

 

Cinta_kura-kura

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.  - credit to :  SinemaMalaya.com.

Para pelakon : Tiz Zaqyah, Aeril Zafril, Zizan, Fara Fauzana, Usop Wilcha, Bob AF, Fizz Fairuz dan ramai lagi…

Terbitan : KRU Studio Sdn Bhd.

Komen aku :   Cerita yang santai-santai je… Boleh ditonton oleh semua lapisan umur… Agak kelakar dan agak best…  So, kalau korang takde ape nak buat, dari korang duduk umah membuncitkan perut, baik tengok wayang…  Support filem malaysia yer… huhhu….  :) For this film, dari 10, aku bagi 6 bintang…..  :)

02 March 2012

Restoran Tupai-tupai

 

Okay, sounds macam pelik je dengar nama retoran ni kan… But, tu lah hakikatnye nama restoran diberi… Korang spend dalam RM30 sorang then korang boleh makan seberapa banyak yang korang nak… JAP, well, aku nak cerita pasal aku makan steamboat kat Tupai-tupai ni sebenarnya…

IMG-20120301-00408

IMG-20120301-00409

Meet Yaya and Hazim. Well guys, thanks sebab ajak aku keluar.. Macam tahu2 je aku tengah tension tak keruan macam orang putos cinte….. *errrkkk..yeke?

IMG-20120301-00410

Well, ni lah antara yang aku ngan yaya pegi amek kat meja buffet tu… Rambang mata kau! Sudahnye kitaorang amek setiap jenis tu dua ketul… Hahahah…

IMG-20120301-00293

Abaikan mata sembab aku… Yer, orang kuat nangis memang macam tu matenye… *cissssss!   Well, bergambor kejap sementara tunggu makanan siap disteam kan yer.,.. 

KOMEN:  Makanan die SUPER Terbaik… harga berpatutan sangat-sangat.. Those yang nak cube, pakat la ramai-ramai serbu Restoran Tupai-tupai  Seksyen 13 Shah Alam… berdekatan dengan Naza TTDI… Well, honestly, suasana kedai die memang cool gila! Satu kepala dalam RM 28… Kiraorang makan 3 orang and it cost only RM84.00 berbaloi dengan makan + melahap tak ingat dunia okay… Restoran ni bukak waktu malam je. So, jangan berangan nak makan time siang2…

Finally, aku kenyang… tapi hati still berkecamuk… aahhhhhh! Move on Myra… yeahhhh!!!!!!!    Btw, thanks to yaya and hazim sebab ajak aku melepak sambil membuncitkan perut kat Tupai-tupai ni.. next time kite gi ramai-ramai dengan BFF kite yang 6 orang lagi tu eh… huhuhuhu…  And to all readers, thanks sebab sudi bace :) 

 

 

 

p/s: Myra yang kuat lagi brutal, stop crying…. There’s a man that have created for you :)  Sekarang dengar and ikot cakap mama okay… That is the best decision and choice ever  <3

29 February 2012

REVIEW : Ghost Rider 2

 

ghost-rider-2-final-poster

Maaf yer kalian… Tak menyempat nak update blog… Huhu…  Sekarang dah busy dengan kerja baru yang lebih mencabar…  Okay, this time nk review pasal movie yang aku baru tengok lately… Ghost Rider 2… Erm… Ak syorkan korang tak payah tengok yer sebab sangat bosan dan karut… BUT, from my opinion la kan, if nak buat cite karut pun, make something yang interesting… Tapi kali ni langsung tak menarik perhatian aku…  Aku rase, Ghost Rider 1 better than this la…

So, kepada korang yang berhasrat nak tengok cite ni, aku nasihatkan sila jangan buang duit korang yer… baik korang tengok Adnan Sempit 2 or ape-ape yang lebih best :)  Well, aku akan review pasal Adnan Sempit 2 dalam masa terdekat ni okay…. so, thanks for reading and sorry… Review yang agak ringkas sebab aku takde idea pasal cite ni :)

bye ….

17 February 2012

"1st GIVEAWAY BY HAYAT ACAI BERRY TERBAEKK!"

 

Lai lai lai lai lai!  Nak cerita sikit pasal satu produk ohsem ni.. Mempersembahkan dengan bangganya :

giveaway

 

Ni la produk ohsem tu… Hayat Acai Berry… Khasiatnya :

  • Membantu kualtiti tidur dengan lebih baik
  • Dapat tingkatkan tahap tenaga anda
  • Dapat mengurangi kolesterol
  • Membantu anda menurunkan berat badan
  • Dapat membantu mengurang stress anda
  • Meningkatkan Kesihatan Seksual Anda
  • Melegakan Haid Bulanan Wanita
  • Membantu melawan Kerdut dimuka
  • Dapat Membuat Gigi Kukuh

Dan banyak lagi keistimewaan produk ni sebenarnya.  Kalau nak cerita kat sini memang tak tertaip lah… hehehe…  Anda semua boleh klik pada gambar kat atas tu untuk join giveaway yang dianjurkan mahupun untuk membaca sendiri khasiat-khasiat produk ni. So, apa tunggu lagi..?? Jom la pakat ramai-ramai serang blog Hayat Acai Berry ni cepat :)

16 February 2012

Scars Solution


Wah.. Lama sangat rasanya tak update entry. Maaf la yer… Tak menyempat sebenarnye nak update… Okay, this time aku nak share kat korang pasal produk yang aku guna untuk hilangkan parut. Tak kisah la apa parut sekalipun. Kalau kite tengok sekarang, berlambak jual produk untuk hilangkan parutlah, selulit lah, stretch mark la bagai. Tapi, tak tahu sejauh mana keberkesanannye kan… So, dengan ini, aku mempersembahkan…… 
Mederma 50g carton and product1
MEDERMA cream. Aku guna produk ni la untuk hilangkan parut. Terbukti berhasil bile aku apply krim ni dua kali sehari kat parut demam campak aku tu. Sekarang ni dah beransur hilang.. Alhamdulillah. Benda ni depends on parut kite tu. Kalau parut kite baru, senang je die nak hilang. Tapi, kalau parut yang dah lame, memang ambil masa sikit lah untuk hilang.. kena sabar sikit yer.  Korang boleh dapatkan benda alah ni kat mana-mana farmasi okay :)
Bukan ni je, ade lagi satu produk yang aku nak syor kan kat korang. Tapi aku tak pernah try lagi produk ni… Tapi, produk ni sangat popular yer sekarang… Jeng jeng jeng jeng…..
bio-oil-stretch-marks
Haaaa…. Mesti lah korang kenal Bio-oil ni kan… Aku dengar, benda ni pun agak bagus jugak and berkesan untuk rawat parut-parut kite tu…
Selain dari tu, kalau korang tak nak bazir duit beli produk2 ni, korang boleh la buat secara tradisional.
aloe_vera
Caranya, korang ambil lidah buaya ni, then lendirnye tu korang tenyeh tenyeh kat parut korang tu. Buat la dengan kerap supaya dapat hasil yang menggembirakan…
kayu manis
Lagi satu cara, dengan kulit kayu manis ni. Caranya, korang bancuh serbuk kayu manis ni dengan air, then korang sapu dekat parut korang tu. Biarkan dia kering then boleh la korang cuci. Rasanya memang pedih sikit la… Tapi, kena la tahan… Bak kata orang, beauty is pain. hahah… So, yang ni pun korang kena amalkan kan. Barulah dapat hasil yang berkesan.

Banyak cara nak cantik.. Sama ada yang mengeluarkan duit mahupun tak keluarkan duit…. Sekarang ni zaman semua serba mudah.. Tinggal diri kita sendiri je yang decide sama ada kita nak bersikap rajin ataupun tak…. 
“There’s no ugly person in this world except the lazy one.”

Thanks kerana sudi membaca…  <3

13 February 2012

Luna Shoppe’s Giveaway

 

lebih kecil lagi

Jom la join ramai-ramai even anda tidak ditag :) 

For this, I tag :  Cik Ezy Chiaki

                       Adira

                       Cik Yatt

 

Ok, TQ  <3

09 February 2012

REVIEW: Chronicle

 

chronicle-poster

Three high school friends are exploring in the woods when they come across a mysterious substance. Soon after the strange discovery, they each begin developing a unique super power and find that the best way to hone their new skills is to play around with them together. But as their personal lives get in the way, the very powers that brought them closer together may just be what inevitably destroys them.

Seriously if korang tengok cerita ni, korang akan rasa macam sakit hati dengan budak paling skema dalam cite ni.. Huhuhu.. Sebabnye die salah gunakan kuasa yang die ade tu untuk musnahkan orang2 yang die tak suka even bapak die sendiri…

Aku tak berapa gemar cerita ni secara jujurnye sebab banyak sangat scene yang pelakon ni guna kamera,… Contoh ade satu scene, tengah tergantung dalam kereta yang bakal ranap pun masih boleh pegang kamera. Annoying sangat bagi aku… Tu pendapat peribadi aku… But, korang tengok dulu cite ni and korang judge la sendiri ek :)

 

Those yang baru nak tengok cite ni, Selamat menonton <3

07 February 2012

REVIEW| Journey 2

 

Journey 2 Mysterious Island movie poster 2012

Journey 2 mengisahkan tentang pengembaraan ke pulau yang penuh misteri.. Bestnye cerita ni bila ditayangkan dalam bentuk 3D. So, cerita tu nampak lebih real. Moral of the story , apa yang aku dapat adelah, hubungan kekeluargaan antara bapa dengan anak. Gara-gara pengembaraan yang mencabar tu, hubungan antara anak dan bapa tirinya tu menjadi rapat. You guys should go and watch this movie. Best sangat tau. Nak pulak, first time aku dengar The Rock menyanyi dalam cite ni.. Agak sedap suara die okay :)

So, those yang belum lagi tengok, pegi la cepat tengok cerita ni. Tak rugi…   :) Aku dah tengok.. So, for this movie, aku bagi 5 bintang <3

Jalan-jalan | Genting Highland

 

Yeah! Penat yang tak terhingga sebenarnye sebab drive dari Shah Alam ke Genting. Kau tahu pe bawak kete auto mendaki bukit.. Macam tarik lembu je rase nye… Hahaha..  Okay, actually aku pergi genting di atas ajakan dari pemilik blog  Dari Hatiku . Okay, tenkiu akak sebab ajak :)

Well, macam biasa lah, aku tekanan tengok manusia-manusia bergelimpangan kat Genting tu. Boleh naik haji aku memusing cari parking… Huhuhu..  

DSC_0004

Sedang menunggu yang lain sampai ke Lobby yer :)  *Kenapa aku rase macam aku pendek semacam neh… huhuhu…

DSC_0024

Menu pilihan, Bubur ayam.. Itu je yang aku teringin.. Sejuk2 makan bubur ni, nikmat gile kot.. huhuhu… 

DSC_0026 Ni dah takde keje sangat la kan… Jumpe bende cantik sikit, mule la nk pose2 bagai.. Hahaha… *Gaya peace2 ni aku suke buat time skola dlu.. Skrg aku praktikkan semule :p

Kitaorang main kat indoor je… Aku sempat la jugak main Bumper Car, Roller coaster and Motion Master 4D.  Nak kejar mase sebab nak balik kan… Huhuhu… Pening kepale aku masuk Motion Master tu. Habis je, aku dah macam nak muntah dah.. Jalan pun macam orang tengah mabuk… Huhuhu…

Then, dalam kul 6 kot baru la aku gerak balik… Aku je yang balik.. yang lain tido sane… Nasib baik cuace baik tak hujan.. kalo tak, jenuh la aku nak turun dari bukit yang punye la tinggi macam ape tah tu kan…. huhuhu… Then, bile dah balik tu, penat yer kawan-kawan. Nak update blog pun, gambar satu ape tak transfer lagi… Internet pun takde… So, aku tangguh2 la nak update … Maaaaaaaafffffff :)

Ape-ape pun, thanks a lot kat Kak Suhaila sebab ajak pergi sane.. Dah la siap belanje lagi.. Segan… Segan… Segan…. huhuhuhu…  *Nyorok bawah katil jap .

 

p/s : Den nak tepek gambar banyak2 sebonar nye.. Tapi, atas sobab2 tertentu, den tak buleh buek gitu.. hahaha… *Jahanam dilek negeri sembilan kalau aku yang cakap… :p

04 February 2012

REVIEW | Underworld : The Awakening

 

thumb-underworld-awakening-3d-poster

Actually,  aku tengok cerita ni time raya cina lagi. Tapi, punya malas nak update sampai tertangguh ke hari ni. MAAF.

Okay, cite ni memang bagi aku ohsem sesangat. Aku suke yer dengan heroin die. Die punye scene-scene action yang best ditambah lagi dengan 3D. Memang real je.. Bile ade satu scene yang kace pecah berderai tu, aku rase mcam kaca tu tercampak ke aku je.. HAhaha…  Kawan-kawan yang ikot same tengok cite ni dengan aku pun kate cite ni ohsem. Tak rugi bayar tiket mahal-mahal sebab cerita dia terbaik. Tapi, duration cite ni sekejap sangat. Tapi kang kalau lelame sangat, macam ape plak kan… Bosan. haha.. By the way, those yang belum tengok lagi cerita ni, pi lah tengok lekas2.. Sebabnye, BEST. Mane yang suke sangat nak download2, korang download la cecepat bile cite ni dah ade kat laman web yang korang selalu terjah untuk mendownload cite… huhuhuhu…

Well, after this aku akan update pasal cite Journey plak.. Ala… yang The Rock berlakon tu… huhuhu.. So, tunggu je la ekkkkk~

 

 

p/s: simple and short review sebab aku dah penat neh :p

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork