Showing posts with label Travel and Eat. Show all posts
Showing posts with label Travel and Eat. Show all posts

16 November 2015

RESEPI CUCUR AYAM



Assalamualaikum.

Kali ni nak share resepi senang lagi ringkas. Boleh dimakan time hi-tea atau time sarapan . 



Bahan-Bahan :

 Isi Ayam 

Daun Bawang

Daun Sup

Cili ( buang biji)

Bawang Besar ( potong dadu) 

Serbuk Lada Hitam 

Garam


Cara-Cara Penyediaan:

1- Kisar isi ayam sampai lumat . 

2- Masukkan bawang besar, daun bawang, daun sup, cili , serbuk lada hitam dan garam. Gaul sehingga sebati. 

3- Bentukkan semua bahan jadi bulat dan goreng. 

4- Tapis minyak berlebihan dan siap! 





** Isi ayam tu boleh digantikan dengan daging atau apa-apa yang korang suka. 

** Kalau tak makan pedas, tak payah letak cili. Lada hitam pun dah cukup.

** Telur pun boleh dicampur sekali. 


TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBA 
 

03 March 2015

Trip to Cameron Highland

 



Sebenarnya, aku pergi ke Cameron Highland lama dah. December 2014. Tapi, semangat kerajinan nak update blog tu baru sampai hari ni. Maaf ye. Okaylah, disebabkan dah lama tak update blog, maka dengan ini, saya selaku pemilik blog kederuks ni berjanji akan menulis entri kali ni sepanjang panjang sungai panjang. Maka, tarik nafas........ and start!

TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI !

1- Ladang Teh 

BOH Tea Plantation, Sungai Palas adalah salah satu tempat yang menjadi daya tarikan para pelancong, termasuklah aku. Jalan nak masuk ke ladang tu agak mencabar ye... Jalan dia bengkang bengkok and memerlukan kecekapan. Dan perlu sangat-sangat berhati-hati sebab jalan sempit. So, nak buat apa dekat ladang teh? Kat sana, u guys boleh minum teh sambil makan kek-kek dorang yang sedap. Yes,sedap. Teh dia pun sedap. Padahal sama je teh BOH yang kite beli kat kedai tu. Tapi, bila datang kat ladang teh ni, rasa teh dia sedap lain macam mana tah.... Ladang teh ni dibuka setiap hari kecuali ISNIN ye dari pukul 9.00 pagi - 4.30pm. Oh ye, masuk PERCUMA ye. Cuma kalau korang nak minom ke makan ke, bayar la wei... hehehe.


2- Lavender & Strawberry Garden

Aku adalah peminat tegar Lavender. So, masa dekat London aku tak berkesempatan nak buat drama bollywood kat ladang Lavender. So, dekat Cameron Highland aku lepaskan la gian aku... Bukan buat drama ye... Lepas gian tengok Lavender. Kalau nak masuk kena bayar RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak-kanak. Parking free. Dekat dalam tu korang boleh ambik gambar berlatar belakangkan bunga-bunga Lavender. Pastu korang boleh ambil gambar or feeling-feeling Korea, korang boleh beli pad lock tu pastu g lock la kat tempat yang disediakan... Pastu korang boleh jalan naik atas, ade cafe, tempat petik strawberi and bunga. Seronok jugak la sebab permandangan tempat tu menarik and tenang.  Kalau korang nak beli ole2 untuk kengkawan, bole la beli dekat situ jugak sebab banyak kedai-kedai comel yang jual cenderahati dengan harga murah ye.... Oh ye, Lavender Garden ni terletak dekat Tringkap ye. Korang waze je..Confirm jumpa.





3- Cactus Garden

Kaktus adalah spesis bunga yang aku paling suka sebab bagi aku dia unik. So, di kesempatan yang ade, aku singgah ke tempat orang jual kaktus segala kaktus. Masa memula masuk tu, memang mulut aku nganga la sebab banyak sangat kaktus nye. Macam-macam jenis, bentuk and warna... Cactus Garden ni terletak dekat Brinchang. Senang je nak cari sebab tepi jalan. Harga murah... kaktus yang kecik-kecik tu kalau beli enam pasu, RM10.00. Bole la korang beli borong and bawak balik bagi kat kawan-kawan... 



4- Pasar Malam 

Kalau pergi Cameron Highland, mesti kena pergi pasar malam dekat Brinchang. Dekat pasar malam tu takde la apa sangat. Tapi, dorang jual buah-buahan and sayur-sayuran yang segar bugar. And paling seronok adalah harga berpatutan. So, mana yang tak sempat shopping siang-siang boleh la pergi pasar malam. Dekat-dekat dengan pasar malam tu, banyak kedai. Memang meriah la. Just masa aku pergi tu cuaca tak berapa baik. Hujan rintik-rintik so aku pergi jalan kejap-kejap je... 

5- Taman Rama-rama

Okay, yang ni memang tak sangka. Aku tak plan pun nak pergi Taman Rama-rama ni . Tapi disebabkan aku kecewa ladang strawberi tutup, aku main parking je kat mana tempat yang buka. So, kalau dewasa, korang kena bayar RM5.00 untuk masuk taman rama-rama tu. Dekat je dengan Ladang Teh BOH tu.. Tepi jalan je korang dah boleh nampak. So, dekat taman rama-rama tu gi tengok rama-rama la kan... Takkan tengok buaya pulak... Dari saiz yg kecik sampai saiz yang besar ye rama-rama tu.. Kalau budak-budak tu memang suka la.. 




TEMPAT PENGINAPAN

Baiklah, masa aku pergi Cameron Highland tu, aku stay dekat Century Pines Resort. Dekat Tanah Rata. Alhamdulillah harga tak mahal, bilik selesa, breakfast yang sedap dan awesome. Aku memang mintak bilik yang tingkat atas sekali sebab aku nak tengok permandangan. Alhamdulillah aku dapat bilik yang aku nak. Bukak tingkap, permandangan bukit-bukit... Cantiknya subhanallah. 




MANA NAK CARI MAKAN?

Baiklah, selain dari korang pergi makan dekat hotel korang tu, korang boleh jugak cari makanan dekat Pasar Malam Brinchang. Actually, jujur aku cakap, aku susah nak jumpa kedai makan yang helok sikit. Pusing punya pusing, last-last decided untuk makan dekat Teh Tarik Place je. Sebab itu je yang aku rasa boleh kena dengan tekak aku.. Oh ye, kalau korang nak makan maknan yang panas-panas, ade satu restoran dekat belakang Pasar Malam Brinchang tu. Harga and rasa dia not bad lah. Tapi aku ni sebenarnya memilih sikit kalau bab makan sebabnya, perut aku jenis yg sensitif dengan makanan. Kalau aku makan makanan yg tak bersih atau tak elok. perut aku akan meragam and protes gila-gila punya... haaaa... For break fast, aku memang tak kisah sangat sebab breakfast tu pihak hotel sediakan. So, korang, cari hotel yang include breakfast okay..


Baiklah... Aku rasa setakat ni je dulu. Disebabkan percutian aku ni tak dirancang, maka macam ni la jadinya.. Short and simple. Insha Allah akan plan betul-betul. :) 

Thanks for reading guys ...





03 February 2015

Resipi Kangkung Tumis Belacan & Sotong

 








 Bahan-Bahan: 

- Segenggam sayur kangkung ( dipotong & dibersihkan)
- 1/2 potong bawang besar
- 1 ulas bawang putih
-  2 cm belacan
- 3 ekor sotong ( siap potong)
- 3 tangkai cili api

Cara-cara : 

- Bawang besar, bawang putih, cili & belacan ditumbuk hancur
- Bahan-bahan yang ditumbuk tu, tumis sampai naik bau.
- Masukkan sotong, tumis sampai sotong jadi half cooked
- Masukkan sedikit air and kangkung.
- Masak sayur sehingga layu.
- Masukkan garam sikit and siap!


SELAMAT MENCUBA!

02 February 2015

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

 



Aku bukanlah someone yang terer masak. Tak semua makanan aku pandai pun. Kadang-kadang kalau aku teringin nak makan sesuatu, aku google je... Takpun kalau lauk-lauk kampung ni, aku telepon mak aku jelah tanya macam mana nak masak. 

So, ni kisah last week tau... Tak tahu la kenapa rajin sangat aku nak masak sejak akhir-akhir ni. Cewahh.. Resepi yang aku nak share ni, sekadar share je tau..  Kalau korang dah tau masak, abaikan la... Aku nak share jugak... Sebabbbbb ni kan blog aku... hehehehe... 



Bahan-bahan:

1- Udang ( ikot korang la nak berapa ekor)
2- Satu cawan sederhana Santan
3- 3 tangkai Cili api 
4- 1 batang Serai
5- 1 Asam Keping
6- 2cm Kunyit hidup 

Cara-cara:

- Blend kunyit, santan & cili api 
- Panaskan kuali/periuk then masukkan serai yang dah diketuk, udang and bahan-bahan yang dah di blend tu.
- Masukkan asam keping
- Kacau tanpa henti sampai mendidih
- Masukkan garam
-Kacau dalam seminit, SIAP!


NOTE: Just in case korang takde kunyit hidup, korang guna serbuk kunyit pun takpe :) 

Selamat Mencuba !





19 August 2013

RESEPI Kek Coklat Kukus

 

Assalamualaikum wbt..

Hari nak share ngan korang resepi kek coklat kukus yang saya try buat time raya hari tu…  Okay, mula-mula skali korang kena prepare bahan-bahannye…

Bahan-bahan :

- Serbuk koko

- Butter

- Minyak masak

- Susu pekat manis

- Soda bikarbonat

- Baking Powder

- Esen Vanilla

- Tepung gandum

- Telur

- Susu full cream ( dutch lady)

- Gula perang

- Coklat rice / badam (optional)

Cara nak buat senang je… Kat sini saya akan label kan setiap bancuhan sebagai A, B & C supaya senang korang nak paham…

BAHAN (A) :

- 1 cawan serbuk koko

- 1 cawan susu full cream

- 1/2 cawan susu pekat manis

- 1 cawan minyak masak

- 1 cawan gula perang

CARA : masukkan 5 bahan tu semua kat dalam kuali, kacau dengan api kecik. Kacau sampai semua sebati okay… Agak-agak dah sebati, korang ketepikan, and prepare bahan kedua pulak …

 

BAHAN (B) :

-  1 sudu teh soda bikarbonat

- 1 sudu teh baking powder

- 1 1/4 cawan tepung gandum.

CARA : Campur ketiga-tiga bahan and ayak semua sekali bagi soft.. Dah ayak, korang ketepikan.. Proceed untuk buat bahan ketiga.

 

BAHAN C :

- 3 biji telur

- 1 sudu teh esen vanilla.

CARA: Campur kedua2 bahan and pukul sampai sebati.

 

Now, kerja dah jadi mudah….   Masukkan  BAHAN C  & B  ke dalam BAHAN A. Kacau sampai sebati… Jangan biar ade ketul-ketul okay… Then, masukkan dalam loyang, kukus selama 1 jam 20 minit.  So, sementara nak tunggu kek tu siap kukus, boleh la proceed untuk buat topping die…

BAHAN-BAHAN TOPPING :

- 1 sudu butter

- 1 cawan serbuk koko

- 1/2 cawan susu pekat manis.

 

CARA : Campur semua bahan dalam kuali and kacau dengan api yang kecik… Kacau sampai sebati….  

 

Okay, bila kek dah masak, korang boleh la siramkan  topping coklat yang korang buat tadi tu… Pastu boleh la tabur coklat rice ke, badam ke ape ikut kreativiti korang…. Dah siap.

Ulu Bernam-20130807-00694

Selamat mencuba kawan-kawan ….. and SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN… <3

29 July 2013

RESEPI: Honey Cornflake

 

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu ade mention kat twitter pasal nak share dengan korang semua resepi kuih raya yang saya nak buat untuk raya tahun ni. Mama dah bagi tugas kat saya awal-awal lagi…. Die suruh saya buat kuih tahun ni since die malas nk pi keluar beli kuih. Lagipun dia cakap, kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyak.. Oklah, since saya pun cuti sem sekarang, maka saya sahut jelah tugasan yang mama bagi.

So, untuk pertama kali dalam hidup saya, hari ni saya nak share resepi kuih raya kat korang. Saya nk share macam mana saya buat HONEY CORNFLAKE.

resepi

BAHAN-BAHAN :

1- Paper cup ( yang ni ikut korang la nak kaler & corak ape)

2- Colour Ball (untuk hiasan)

3- Nestle Cornflake ( sekotak)

4- Madu ( 6-10 sudu besar)

5- Gula halus ( 1/2 cawan)

6- Butter Cup

CARA BUAT :

- Ramas-ramas CORNFALKE tu then letak tepi.

- Masukkan  GULA, BUTTER & MADU kat dalam kuali then kacau sampai gula dengan butter betul-betul larut.

- Masukkan CORNFLAKE kat dalam kuali pastu gaul sampai rata.

- Letak CORNFLAKE dalam PAPER CUP

- Tabur COLOUR BALL untuk hiasan.

- Bakar dalam oven lebih kurang 10 minit.

-SIAP!

Ulu Bernam-20130728-00680

Ulu Bernam-20130728-00678

Ulu Bernam-20130728-00682

Ha, senang tak nak buatnye? Kalau bg yang dah biasa buat kuih, buat bende ni memang pejam mata jelah… Tapi adelah satu kebanggan kepada first timer macam saya ni. Hahah.  Alhamdulillah, malam ni sempat jugak siapkan satu jenis kuih raya….

Okaylah, tu je resepi untuk kali ni….  Insya Allah akan saya update resepi yang lain pulak yer….. Thanks for reading…

P/S:  Colour ball tu boleh ditukar dengan apa2 je korang nak macam Chocolate rice, kismis or ceri… ikut sedap korang je okay….. 

02 March 2012

Restoran Tupai-tupai

 

Okay, sounds macam pelik je dengar nama retoran ni kan… But, tu lah hakikatnye nama restoran diberi… Korang spend dalam RM30 sorang then korang boleh makan seberapa banyak yang korang nak… JAP, well, aku nak cerita pasal aku makan steamboat kat Tupai-tupai ni sebenarnya…

IMG-20120301-00408

IMG-20120301-00409

Meet Yaya and Hazim. Well guys, thanks sebab ajak aku keluar.. Macam tahu2 je aku tengah tension tak keruan macam orang putos cinte….. *errrkkk..yeke?

IMG-20120301-00410

Well, ni lah antara yang aku ngan yaya pegi amek kat meja buffet tu… Rambang mata kau! Sudahnye kitaorang amek setiap jenis tu dua ketul… Hahahah…

IMG-20120301-00293

Abaikan mata sembab aku… Yer, orang kuat nangis memang macam tu matenye… *cissssss!   Well, bergambor kejap sementara tunggu makanan siap disteam kan yer.,.. 

KOMEN:  Makanan die SUPER Terbaik… harga berpatutan sangat-sangat.. Those yang nak cube, pakat la ramai-ramai serbu Restoran Tupai-tupai  Seksyen 13 Shah Alam… berdekatan dengan Naza TTDI… Well, honestly, suasana kedai die memang cool gila! Satu kepala dalam RM 28… Kiraorang makan 3 orang and it cost only RM84.00 berbaloi dengan makan + melahap tak ingat dunia okay… Restoran ni bukak waktu malam je. So, jangan berangan nak makan time siang2…

Finally, aku kenyang… tapi hati still berkecamuk… aahhhhhh! Move on Myra… yeahhhh!!!!!!!    Btw, thanks to yaya and hazim sebab ajak aku melepak sambil membuncitkan perut kat Tupai-tupai ni.. next time kite gi ramai-ramai dengan BFF kite yang 6 orang lagi tu eh… huhuhuhu…  And to all readers, thanks sebab sudi bace :) 

 

 

 

p/s: Myra yang kuat lagi brutal, stop crying…. There’s a man that have created for you :)  Sekarang dengar and ikot cakap mama okay… That is the best decision and choice ever  <3

07 February 2012

Jalan-jalan | Genting Highland

 

Yeah! Penat yang tak terhingga sebenarnye sebab drive dari Shah Alam ke Genting. Kau tahu pe bawak kete auto mendaki bukit.. Macam tarik lembu je rase nye… Hahaha..  Okay, actually aku pergi genting di atas ajakan dari pemilik blog  Dari Hatiku . Okay, tenkiu akak sebab ajak :)

Well, macam biasa lah, aku tekanan tengok manusia-manusia bergelimpangan kat Genting tu. Boleh naik haji aku memusing cari parking… Huhuhu..  

DSC_0004

Sedang menunggu yang lain sampai ke Lobby yer :)  *Kenapa aku rase macam aku pendek semacam neh… huhuhu…

DSC_0024

Menu pilihan, Bubur ayam.. Itu je yang aku teringin.. Sejuk2 makan bubur ni, nikmat gile kot.. huhuhu… 

DSC_0026 Ni dah takde keje sangat la kan… Jumpe bende cantik sikit, mule la nk pose2 bagai.. Hahaha… *Gaya peace2 ni aku suke buat time skola dlu.. Skrg aku praktikkan semule :p

Kitaorang main kat indoor je… Aku sempat la jugak main Bumper Car, Roller coaster and Motion Master 4D.  Nak kejar mase sebab nak balik kan… Huhuhu… Pening kepale aku masuk Motion Master tu. Habis je, aku dah macam nak muntah dah.. Jalan pun macam orang tengah mabuk… Huhuhu…

Then, dalam kul 6 kot baru la aku gerak balik… Aku je yang balik.. yang lain tido sane… Nasib baik cuace baik tak hujan.. kalo tak, jenuh la aku nak turun dari bukit yang punye la tinggi macam ape tah tu kan…. huhuhu… Then, bile dah balik tu, penat yer kawan-kawan. Nak update blog pun, gambar satu ape tak transfer lagi… Internet pun takde… So, aku tangguh2 la nak update … Maaaaaaaafffffff :)

Ape-ape pun, thanks a lot kat Kak Suhaila sebab ajak pergi sane.. Dah la siap belanje lagi.. Segan… Segan… Segan…. huhuhuhu…  *Nyorok bawah katil jap .

 

p/s : Den nak tepek gambar banyak2 sebonar nye.. Tapi, atas sobab2 tertentu, den tak buleh buek gitu.. hahaha… *Jahanam dilek negeri sembilan kalau aku yang cakap… :p

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork