TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI !
1- Ladang Teh
BOH Tea Plantation, Sungai Palas adalah salah satu tempat yang menjadi daya tarikan para pelancong, termasuklah aku. Jalan nak masuk ke ladang tu agak mencabar ye... Jalan dia bengkang bengkok and memerlukan kecekapan. Dan perlu sangat-sangat berhati-hati sebab jalan sempit. So, nak buat apa dekat ladang teh? Kat sana, u guys boleh minum teh sambil makan kek-kek dorang yang sedap. Yes
2- Lavender & Strawberry Garden
3- Cactus Garden
Kaktus adalah spesis bunga yang aku paling suka sebab bagi aku dia unik. So, di kesempatan yang ade, aku singgah ke tempat orang jual kaktus segala kaktus. Masa memula masuk tu, memang mulut aku nganga la sebab banyak sangat kaktus nye. Macam-macam jenis, bentuk and warna ... Cactus Garden ni terletak dekat Brinchang. Senang je nak cari sebab tepi jalan. Harga murah ... kaktus yang kecik-kecik tu kalau beli enam pasu, RM10.00. Bole la korang beli borong and bawak balik bagi kat kawan-kawan...
4- Pasar Malam
Kalau pergi Cameron Highland, mesti kena pergi pasar malam dekat Brinchang. Dekat pasar malam tu takde la apa sangat. Tapi, dorang jual buah-buahan and sayur-sayuran yang segar bugar. And paling seronok adalah harga berpatutan. So, mana yang tak sempat shopping siang-siang boleh la pergi pasar malam. Dekat-dekat dengan pasar malam tu, banyak kedai. Memang meriah la. Just masa aku pergi tu cuaca tak berapa baik. Hujan rintik-rintik so aku pergi jalan kejap-kejap je...
5- Taman Rama-rama
Okay, yang ni memang tak sangka. Aku tak plan pun nak pergi Taman Rama-rama ni . Tapi disebabkan aku kecewa ladang strawberi tutup, aku main parking je kat mana tempat yang buka. So, kalau dewasa, korang kena bayar RM5.00 untuk masuk taman rama-rama tu. Dekat je dengan Ladang Teh BOH tu.. Tepi jalan je korang dah boleh nampak. So, dekat taman rama-rama tu gi tengok rama-rama la kan... Takkan tengok buaya pulak... Dari saiz yg kecik sampai saiz yang besar ye rama-rama tu.. Kalau budak-budak tu memang suka la..
TEMPAT PENGINAPAN
MANA NAK CARI MAKAN?
Baiklah, selain dari korang pergi makan dekat hotel korang tu, korang boleh jugak cari makanan dekat Pasar Malam Brinchang. Actually, jujur aku cakap, aku susah nak jumpa kedai makan yang helok sikit. Pusing punya pusing, last-last decided untuk makan dekat Teh Tarik Place je. Sebab itu je yang aku rasa boleh kena dengan tekak aku.. Oh ye, kalau korang nak makan maknan yang panas-panas, ade satu restoran dekat belakang Pasar Malam Brinchang tu. Harga and rasa dia not bad lah. Tapi aku ni sebenarnya memilih sikit kalau bab makan sebabnya, perut aku jenis yg sensitif dengan makanan. Kalau aku makan makanan yg tak bersih atau tak elok. perut aku akan meragam and protes gila-gila punya... haaaa... For break fast, aku memang tak kisah sangat sebab breakfast tu pihak hotel sediakan. So, korang, cari hotel yang include breakfast okay..
Baiklah... Aku rasa setakat ni je dulu. Disebabkan percutian aku ni tak dirancang, maka macam ni la jadinya.. Short and simple. Insha Allah akan plan betul-betul. :)
Thanks for reading guys ...
best nya
ReplyDelete