26 June 2011

Contest Saya Sayang Family Saya

Assalamualaikum & hello.

Okay, hari ni aku telah ditag oleh Cik Emeera Asnary untuk join satu contest ni. So, dari tak buat pape, aku dengan suka hatinya, JOIN :)

banner

Sila klik pada banner untuk join contest ni okay :)

 

Dengan ini, aku mempersembahkan 2 keping gambar family aku... hehe

P1010018Okay, first picture, that is my father lah. Die sangat cool dan penyayang yer. Aku tak pernah kena sepak mahupun dikasari olehnye since dari kecik lagi. Boleh kate, aku ni anak ayah sebab dari dulu sampai sekarang, ayah is my idol :)

P1010045

Second picture is, my lovely mom. Die ni lembut. Tapi dalam kelembutan die ade ketegasan. Dan itu yang membuatkan aku lebih takut mama dari ayah... But, dia sangat memahami. Setiap kali aku down, setiap kali aku sedih, setiap kali aku susah, dia sentiasa ada di sisi aku untuk support aku, untuk bagi apa jua pendapat pada aku.

Okay... Mesti ade yang tertanye-tanye, mane gmbr abg,kakak and adik bagai? Actually, aku ni anak tunggal. Takde abang, takde kakak mahupun adik. So, dalam family ni, just me, mama and ayah. We are small family but we have such a huge love between us :)

 

Contest ni, aku tak nak tag pada sesiapa. Macam paksaan la pulak kalau tag2 kan.. hehehe.. Okay, contest ni, kalau korang nak join, join la... Klik kat banner atas tu. Lumayan la jugak diorang punye hadiah. Dari korang buang masa main Fb kan, baik join contest ni.. hehehehe....  

 

Okay, barangan dari Dezaman Cottage yang menjadi pilihan hati aku adelah:

230120111620

Home made chocolate. Why? sebab aku ni memang peminat setia coklat la :) heheheh...  

 

okay, sekian terima kasih <3

12 June 2011

REVIEW: KL Gangster

Assalamualaikum & hello.

KLG_FINAL_POSTERw

Mesti ramai yang dah tengok kan cerita arahan Syamsul Yusof ni...  Menceritakan tentang kehidupan di KL yang penuh dengan 1001 cerita sebenarnya. Yang mana, ade pulak la geng gangster yang berebut-rebut kawasan... Dan jugak, kisah seorang banduan yang baru je bebas dari penjara, lakonan Aaron Aziz. Errmmm nak menyimpang kejap... Aaron Aziz sangat hensem kot... ahahaha....  Okay2... Kembali kepada cerita yer... Ade jugak part yang menyentuh perasaan yang mana part yang ada watak ibu tu... Secara tiba-tiba terasa insaf :)

Filem ni dah mencapai RM 1.5 juta pada hari pertama ditayangkan. Tahniah....  Satu pencapaian yang hebat bagi anak seni tempatan :) Ha... Peringatan yer korang, aksi2 yang dilakonkan oleh mereka, jangan la ditiru dan diaplikasikan dalam kehidupan... Walaupun kita tengok cerita ni asyik berlawan, bergaduh, tapi, moral of the story yang tersirat dan tersurat kita harus tahu... 

Okay, siapa yang belum tengok lagi, pegilah tengok. Tak rugi sokong filem tempatan :)

 

p/s: walaupun aku tengah tekanan dengan macam-macam masalah, tapi, hati still nak bunge2... hehehe

11 June 2011

Bestnya Hada Labo

Assalamualaikum & Hello.

Hari ni, aku nak berkongsi pasal produk yang aku pakai. Ermmm, aku mempunyai masalah kulit muka yang selalu gelap. Susah betul nak jaga... Then, sampai la aku ambil keputusan untuk bertukar ke sabun pencuci muka, Hada Labo.

hada labo

Masa mula-mula pakai, memang takde kesan apa-apa. Then, bila masuk minggu ke -2, rase kulit jadi lembab and tona muka aku sekata dah :)  Harga dia, heheheheh... Hari tu masa beli tengah ade less.. So, murah la... Kalau tak less, dalam RM18++ tak silap.

Tengok dia punya packaging dia, tak menarik kan? Tapi, jgn pndg luaran je.. Kite kena pandang dia punya keberkesanan :) hehehe... wah2... promote pulak aku ni....

Thats all from me... So, siapa yang ada masalah macam aku ni, boleh la try2 hada labo ni... mana tahu berkesan kan ?

 

Picture2163

09 June 2011

Tips Pemilihan Tudung

Assalamualaikum & Hello.

Kawan-kawan, pernah korang perasan yang kadang-kadang, korang nampak tak cantik bila mengenakan sesetengah jenis tudung? Sometimes kite rase macam dah betul kita pakai tudung, tapi still rasa macam tak cantik... Pernah tak? hehe... Okay, ni berdasarkan pembacaan aku la... Seperti biasa, nak share2 jugak ngan korang :)

1. Warna

Selalunya, kita akan pilih baju dulu baru pilih tudung. Tapi, sebenarnya, untuk kita yang bertudung ni, pilih tudung dulu adalah cara yang betul sebab tudung ni memainkan peranan bagi penampilan kita. So, untuk dapatkan ton warna kain tudung yang sesuai dengan kulit kita, letakkan dulu tudung di kat bahagian bawah dagu untuk tengok kombinasinya. Kalau muka kita nampak macam berseri2, tu maknenye warna tudung tu sesuai la ngan kita.

2. Saiz

Tak semua tudung sama saiz. Siapa kata semua tudung tu sama je saiznya... Kat pasaran, macam-macam saiz ade. Ada bidang 60, 45 and yang kecik pun ade. Just kita je yang perlu bijak memilih saiz tudung supaya sesuai dengan kita dan tidak kelihatan pelik. Kalau gemar gunakan tudung bidang 60 tu, kita kena bijak melakukan lilitan supaya nampak kemas dan tidak terlalu serabut.

3. Corak

Corak ni memainkan peranan untuk menampakkan kita lebih menonjol dan cantik. pemilihan corak bukan terletak pada minat sebenarnye tapi pada kesesuaian warna kulit dan pakaian kita. Kalau baju kita banyak corak and berwarna-warni, tudung yang sesuai adelah tudung yang kosong. Tapi, kalau baju kita kosong, tudung kita sekurang-kurangnya kena ada dua ton warna :)

4. Kain

Kita yang bertudung ni, mesti dah arif pasal jenis2 kain tudung ni. Ade yang satin, jojet and yang sama waktu dengannye... Tapi, tak semua jenis kain tu sesuai dengan kita.  kalau kita suka pakai tudung yang berkain licin, kite kena la pakai inner dari kain kapas supaya tudung yang kita pakai tu tak mudah terlucut... Tapi, macam aku, aku suka pakai tudung kain cotton sebab sejuk and mudah untuk digayakan :)

IMG_9203 

Okay, thats all from me...  Sharing is caring maaaa ~ 

06 June 2011

Jom Shopping Kat Watson :D

Assalamualaikum & hello.

Kawan-kawan, korang kalau nak beli make up ke, barang-barang penjagaan diri, korang beli kat mana? Ermm macam aku, setakat pencuci muka, eyeliner or make up yang lain, aku suke beli kat Watson. Nak pulak sekarang ni, Watson keluarkan membership card dorang. Banyak banefit yang kita semua boleh dapat dari kad tu. Just bayar RM12.00 untuk seumur hidup. Dah cukup point yang kita kumpul, boleh redeem barang kat mana-mana Watson yang berhampiran dengan kita :)

watson

Actually, aku pon baru je terbukak hati nak buat membership ni.. Hehhe... Selama ni, main beli je kat Watson tu. Nak pulak, siap dapat voucher lagi. Ada potongan untuk barang-barang terpilih. Haih... berbaloi sangat la kan~

Okay, kawan-kawan, apa lagi? Jom la shopping kat Watson and jadi ahli Watson dengan RM12.00 seumur hidup :P

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork