15 October 2011

Serlahkan Kejelitaan Dengan De Wajah

 

Pernah dengar pasal produk De Wajah? Menipu la kan kalau tak pernah dengar. Okay, entri kali ni nak cerita serba sedikit pasal De Wajah. Kenapa? Sebab sebulan yang lepas, aku frust dengan muka aku. Tetiba jadi gelap and menggelupas. Sakit hati. Disebabkan tu, aku pun tawakal je lah try produk De Wajah ni. Untuk kali pertamanya, aku try pek permulaan untuk kulit normal. Dalam pek tu ada Susu Pembersih, Sabun Muka, Toner , Krim siang dan Krim malam.

Alhamdulillah, dah nak masuk dua bulan guna. Muka aku yang kering2, menggelupas and gelap tu dah bertukar rupa :) Kulit aku lembab je sentiase. Boleh kata, aku puas hati la.

de_wajah best

Okay, Aku terangkan satu-satu pasal produk ni okay.

Susu Pembersih : Menanggalkan make up dengan lebih mudah dan berkesan disamping melembutkan kulit muka dan turut mengimbangi PH dan asid.

Pencuci Muka : AHA & vitamin E sesuai untuk kulit normal dan kering dan turut memberikan kelembutan dan kesegaran pada kulit seharian.

Penyegar (toner) : Memberi kesegaran dan kelembutan pada wajah anda sepanjang hari sambil mencerahkan.

Krim Siang : Perlindungan UV yang ade padanya mampu melembapkan dan melindungi kulit dari selaran matahari.

Krim Malam: Bertindak menanggalkan sel-sel mati dan menggantikannya dengan yang baru.

Harga bagi pek permulaan : RM 79.90. Boleh tahan sebulan okay :)

Dalam masa yang sama, roomate aku pun ikot jejak langkah aku. Lepas tengok aku pakai produk ni, dia pun beli jugak produk ni. Tapi, dia ambil untuk kulit sensitif dan berjerawat. Pek permulaan nya pun sama,just RM 79.90.

Bukan sahaja aku berpuas hati dengan produk dia, tapi perkhidmatan yang disediakan pun best. Pertama kali aku buat facial muka kat Spa De Wajah. Layanan yang baik, rawatan muka yang SUPERB! Dan baru-baru ni, aku buat treatment rambut kat spa tu jugak. Hasilnya..?? Haaaa.. Rambut jadi lembut, ringan, tak kusut and tak gugur :) 

Boleh kata, puas hati la. Harga yang berpatutan bagi aku sebab servisnye pun bagus. So, tak rasa rugi. If korang nak cuba manjakan diri korang dengan layanan De Wajah ni, boleh datang ke Spa De Wajah, tingkat 3 Plaza Alam Sentral Shah Alam. 

edit (15 of 24)

Sekian, terima kasih <3

11 October 2011

Tips Kuruskan Badan

 

 

Lately, ramai benor orang cari tips kuruskan badan kat blog aku. Hahaha. Maaf, pemilik blog ni, seorang yang gemok dan kuat makan dan tak tahu erti diet :p Tapi.. tapi... Meh la aku bagi jugak tips macam mana nak kurus wokeyhhh!

Dulu.. Masa zaman jahiliah aku la kan.. heheh.. Aku pernah la jugak dikategorikan sebagai seorang yang kurus. So, apa yang aku buat untuk kurus adelah :

  • Sarapan pagi : Makan makanan yang ringan-ringan je like roti ataupun bijirin. Dulu aku makan coco crunch dengan susu.. hehehe... Kalau korang ngidam sangat nasi lemak tu, korang boleh je makan, tapi jangan la selalu okay...
  • Tengah hari : Aku makan nasi sebanyak yang mungkin. Hehehehe...  Makan la sampai kenyang. Tapi make sure makanan tu seimbang yer...
  • Malam : Aku tak makan nasi. Aku makan buah-buah ataupun roti atau pape je lah janji bukan nasi. Kalau nak makan nasi gak, korang makan la sebelum pukul 8 malam :)
  • Minum air kosong : Haaaa.... Korang kena la minum air masak banyak-banyak untuk menyingkirkan toksin dalam badan tu :)
  • Makan pedas : Sesetengah orang tak boleh makan pedas. Tapi aku, lagi pedas, lagi aku suka sebab aku ade terbace kat satu artikel yang makanan pedas ni boleh membakar lemak kita and salah satu cara untuk kita kurus..
  • Senaman : haaaa... yang ni aku pun failed. hahaha... Bila aku rajin je aku bersukan. kalo tak, mimpi la aku nak bersenam.. hehe.. Tapi seeloknya kena bersenam paling-paling sekali seminggu. huhuhuhu.
  • Jauhi stress : Okay, yang ni pun penting jugak sebabnye, mcm aku la. Bila aku stress, aku nak makan je kejenye... Bila makan pun tak kawal, tu yang badan naik sesuka hati. So, kena la pandai atasi stress kita tu yer :)

Okay lah... Aku rasa, cukup la tu tips2 nak kuruskan badan. Apa-apa pun, jangan la terlalu obses untuk kurus sampai boleh memudaratkan diri kita sendiri okay kawan-kawan. Selamat mencuba <3

IMG00130-20111010-1813

05 October 2011

TIPS: Selulit? Sila Pergi Jauh-Jauh

 

 

Selulit? Ape selulit tu? haaa... Selulit tu sebenarnye lemak yang ade pada lapisan kulit. Boleh kata, hampir setiap dari kita mengalami masalah selulit ni.. huhuhu. Selulit selalunye bermastautin kat bahagian perut, peha, betis ataupun punggung. So, macam mne nak hapuskan selulit ni..??

Pemakanan

Okay, memang la kalau nampak makanan, semua nak. Huhuhu..  Tapi kena ingat, makanan yang berlemak dan bergula, kafien and makanan yang terlalu banyak kandungan garam HARUS dihindari.Sebab? Sebab makanan2 jenis ni la yang boleh menjemput selulit bertamu ke anggota badan kita :)

Berat badan

Ha, yang ni aku baru tahu. Kita kena kurangkan berat badan kita ke tahap yang ideal. So, rajin-rajin la bersenam yer kawan-kawan :)

Dua perkara ni, boleh dikira sebagai yang asas je lah kan...

Bio-Oil-60ml !B4JjNe!B2k~$(KGrHqZ,!i4EydT3tmMtBMozO9Qe0Q~~_35 Okay, zaman sekarang ni, banyak dah produk yang dijual untuk hilangkan selulit. Macam aku, aku cadangkan Bio Oil ataupun Rosken Skin Repair Bio Serum ni. Hasilnya setakat ni alhamdulillah. Memuaskan hati aku :)

losyen1

Losyen Mustajab ni pun berkesan untuk kurangkan selulit. Tapi, kena konsisten la pakai. jangan la pakai ala kadar. kena rajin. baru nampak hasilnya :)

TAPI, apa yang aku pernah baca, selulit jugak dapat dikurangkan dengan cara skrub badan. Ala, kalau korang malas sangat nk skrub badan korang selalu, cukup la if korang buat dalam dua minggu sekali. Insya Allah selulit2 yang ada, berambus dari hidup korang :)

body-scrub

Okay la.. Di harap entri malam ni sedikit sebanyak dapat bantu korang :) Terima kasih sebab sudi baca <3

03 October 2011

TIPS: Jom Hapuskan Parut

 

Tekanan je bila tengok ade parut2 yang mencacatkan kat muka ataupun mana-mana bahagia di badan kite. Tapi, paling rasa rendah diri bila parut yang hodoh tu berkampung di sekitar muka. Parut jerawat la paling popular kan... So, dengan rasa happy nya, aku nak share dengan korang tips untuk hilangkan parut ni...  Ni bukan aku reka sendiri. Tapi, ni dari apa yang aku baca okay :)

Lidah Buaya

Korang tahu tak lidah buaya tu rupenye mcm mane? Hehehe... Okay, caranye senang. Ambik lidah buaya tu, sapu je lendir2 yang ada kat lidah buaya tu kat kawasan luka atau parut tu...

Serbuk Kayu Manis

Okay,yang ni aku pernah try.. Hasilnya memuaskan :)  Serbuk kayu manis tu, campur dengan air sikit. Then, letak je kat tempat parut tu sampaila kering... Rasanya agak pedih, tp sekejap je...

Madu

Aku jugak baru tau yang madu ni pun sebenarnya boleh hilangkan parut. Caranya senang sangat. Sapu je madu tu kat parut yg berkenaan dua kali sehari...

Jus Mentimun

Mcm biasa, sapu je jus mentimun kat kawasan yang berkenaan dan tunggu 15 minit sebelum basuh muka dengan air suam.

Minyak Kelapa

Kita memang sedia maklum yang kelapa ni memang banyak khasiat die. Minyak kelapa ni boleh jugak hilangkan bekas parut. Just urutkan je minyak kelapa tu kat parut2 yang ade...

 

Okay... Tu la dia sedikit info atau tips untuk hapuskan parut. Tapi, bende ni kena buat selalu. kalau buat malas2, memang berjanggut la kan nak hilang parut tu.. huhuhu.. So, selamat mencuba and terima kasih sebab sudi membaca <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork