29 September 2013

DIY: Masker Muka ESP Shaklee

Assalamualaikum.

Sihat? Lama tak berblog. Sebelum ni laptop rosak and jadual padat dengan assignment dan kelas. Penat. Plus, xsempat dah nak jenguk blog ni... Hari ni nak share benda simple je dengan korang semua.... So entry kali ni, saya nak share dengan korang, macam mana nak jadikan ESP Shaklee tu, jadi mask muka...  hehe...


Cara-cara:
1- Ambik 1 sudu teh ESP.
2- Campurkan dengan 1 sudu teh  susu full cream.
3- Sapu dekat muka & biar la sampai kering
4- Dah kering, korang bilas dengan air or cuci muka korang dengan cleanser korang tu.


Senang x? Senang gila kan?? hehehe....  Korang buat la seminggu 3 kali ke... So far, saya baru buat sekali je... Tapi dah rasa kulit muka tu lembab sikit...  huhuhu...  

Well, kalau korang nak tahu, ESP Shaklee ni bukan je untuk minum, tapi korang bole kreatifkan lagi dengan cara buat mask muka...  Jimat pun jimat kan... heheh... 

Insha Allah, saya akan update perkembangan kulit muka saya selepas menggunakan masker ESP ni beberapa kali okeh... 


Akhir kata, SELAMAT MENCUBA :) 

09 September 2013

REVIEW: Tanda Putera

Assalamualaikum w.b.t…

Lama dah tak update blog. Last update pasal resepi kek je… Sebenarnya banyak gila benda yang saya nak share dengan korang semua. Tapi, masa tu selalu jeles2… huhuhu… Baiklah, hari ni saya nk review sikit lah pasal movie yang baru saya tengok. TANDA PUTERA.

 

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba ni mengisahkan persahatan di antara Tun Abdul Razak dengan Tun Dr Ismail. Kedua-duanya terpaka merahsiakan penyakit masing-masing semata untuk memulihkan keadaan negara disebabkan peristiwa 13 Mei 1969. Disebabkan ingin menjaga keselamatan negara, Tun Abdul Razak merahsiakan penyakit leukimia yang dihidapinya dari pengetahuan ahli keluarga. Bilik bacaan milik Tun Dr Ismail menjadi tempat rahsia Tun Abdul Razak menjalankan rawatan bersama doktor peribadi Tun Dr Ismail, Dr Macpherson.

Bagi saya, filem ni sangat best sebab dari filem ni, timbul rasa keinsafan and cinta pada negara. Kenapa? Sebab dalam filem ni kite dapat tengok betapa susah payahnye pemimpin negara berjuang demi perpaduan and keamanan negara. Memang menitis air mata la bila sampai part kematian Tun Dr Ismail and disusuli dengan kematian Tun Abdul Razak… Dari filem ni jugak kita dapat tengok macam mana kaum cina and melayu bergaduh satu masa dulu but now alhamdulillah, sekarang cina and melayu dah boleh bersatu, dah boleh duduk minum kopi semeja….

Dari segi teknikalnya, saya memang tabikkkk gilaaaa la dengan cite ni. Sebab memang nampak real effect2 nye… Serius saya kagum dengan editing-editing yang dorang buat. GOOD JOB! Dalam filem ni, ade la dorang muatkan footage sebenar sebagai contoh, hari pengebumian Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak and hari di mana Tun Abdul Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua.  Memang nampak real. Serius.

Walaupun filem ni dikatakan kontroversi, tapi bagi saya, its good if all Malaysian go and watch this movie. Tak rugi. At least, kita thu serba sedikit pasal sejarah negara. Kalau kita boleh keluarkan duit untuk tengok movie2 luar, why not sekali sekala keluarkan duit untuk tengok filem yang berunsurkan sejarah….

download

Filem awesome ni dibintangi oleh :  Rusdi Ramli ( Tun Abdul Razak) , Zizan Nin (Tun Dr. Ismail) Faezah Elai (Tun Rahah) Linda Hashim ( Toh Puan Norasyikin)

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork