05 January 2013

TIPS | Basuh Kerang Dengan Bersih

 

Rasanya, dah lama tak share kat korang any tips kan. Baiklah, hari ni aku nak share la tips macam mana nak basuh kerang dengan bersih yer…  Dah lama nak share tapi asyik lupa je… Banyak makan semut aku ni.. hehehe…  Okay, kita selalu kalau beli kerang, mesti macam ade bau-bau yang tak sedap kan kat kerang tu. Pastu ade lumpur-lumpur yang melekat lagi kat kerang tu..  So, meh sini nak ajar mcm mana nak bagi bersih.

pelepah

Okay, ni pelepah pisang.. Yang kat daun pisang tu kan, kan ade batang keras tu tengah2… Yang tu la pelepah.. so, korang potong la pelepah tu agak2 macam panjangnye macam pembaris panjang tu… Korang potong la dalam 3-4 batang.

1- Rendam kerang dalam air

2- Tenyeh2 pelepah pisang tu kat kerang. Tenyeh kuat-kuat okay…

3- Ulang buat benda yang sama sampai la hilang bau and warna air jd jernih…

Korang kena tuka-tuka air. Kalau tengok air tu dah hitam, korang ganti air tu dengan yang baru.. pastu buat banyak kali sampai korang puas hati. Nampak macam leceh kan, tapi bagi aku, tak kisah la leceh asalkan kerang yang kite nak makan tu bersih and tak berbau. Haa… Begitulah gayanya…

Actually, ni aku belajar dari mak aku. Kalau tak, habis la selama ni aku cuci kerang tu guna sabun.. Hahahaha.. bia kasi wangi… boleh tak macam tu…?? hehehe..  Tapi sekarang dah tahu dah macam mana nak bersihkan kerang tu dengan betul. Hehehehe…

Okaylah kawan-kawan, semoga tips kali ni berguna untuk korang yer…  huhuhu… Insya Allah kalau ade masa, aku share lagi tips yang lain… 

03 January 2013

AWAS! Bahaya Kapsul Hormon

 

Terlebih dahulu, aku nak minta maaf pada pihak-pihak yang berkaitan. Sebenarnya, tujuan entri kali ni bukan nak caras periuk nasi sesapa… Tapi, sekadar nak share info and nak elak benda-benda yang tak elok berlaku… Mintak maaf banyak-banyak yer…

Korang pernah dengar tak pasal Kapsul Hormon Perfect Lady?

phpThumb_generated_thumbnail

Korang tau ape khasiatnye…??? Meh nak cerita…

KAPSUL HORMON UNTUK WANITA & NYAH(PONDAN) SAHAJA..

AMARAN!! = TIDAK SESUAI UNTUK LELAKI SEJATI & IBU MENGANDUNG!!!!



-memberikan bentuk badan yang cantik dan seksi

-menegang,menganjal,memontok dan menambahkan size breast

-menghilangkan bulu roma yang lebat pada wanita seperti bulu kaki,misai dan bulu tangan

-kapsul hormon ini menjadi rebutan nyah dan pondan2 diseluruh negara

-menghilangkan bau badan dan bau peluh

-wanita yang mengamalkan kapsul hormon ini tidak akan terkena kanser rahim dan kanser breast

-mengetatkan rahim dan menghilangkan bau pada miss V

-Menghaluskan kulit wajah dan badan

-menaikkan punggung yang jatuh dan leper

-memberikan bentuk badan yang menarik jika diamalkan oleh wanita yang dalam pantang dan wanita yang terlalu kurus

-boleh dimakan oleh ibu yang menyusukan baby dan wanita dalam pantang


-WANITA HAMIL DILARANG MAKAN!!

-mencantikkan kuku,rambut,kulit dan segala aset wanita

-1KAPSUL HORMON INI LENGKAP UNTUK SEMUA MASALAH WANITA

-harga yang murah berganda-ganda dari kedai jamu@farmasi

-herba yang digunakan adalah 100% tulen tanpa ada campuran bahan lain dan kerana itulah kesannya lebih aktif dan terbukti berkesan


MEREKA YANG MENGAMALKAN KAPSUL HORMON DILARANG MINUM AIR KELAPA KECUALI WANITA YANG BELUM MELAHIRKAN ANAK@ANAK DARA) BOLEH MINUM


KAPSUL HORMON WANITA DIPERBUAT DARIPADA SEJENIS TUMBUHAN HERBA YANG DI PANGGIL PUERARIA MINIFICA ATAU DALAM BAHASA THAILAND “ KWAO KRUA”


~Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan tanah tinggi di utara Thailand. Tumbuhan ini telah dikenalpasti berabad lamanya dan telah digunakan oleh penduduk kawasan berkenaan sebagai agen anti-penuaan. Kajian saintific yang dijalankan sekarang, mendapati tumbuhan ini mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat

~Bahan organic yang terdapat di dalam tumbuhan ini dikenali sebagai Phytoestrogen. Ianya sangat berkhasiat dan memberi kesan positif terhadap tubuh badan wanita seperti memcantikan kulit wajah, menganjalkan payudara dan pinggul, melebatkan rambut, merawat rahim, mengetatkan vagina dan banyak lagi khasiat yg diperlukan oleh wanita. Ianya juga digunakan dengan meluas didalam menangani simtom-simtom monopoues dan boleh digunakan sebagai pencegah kanser payudara dan rahim. Phytoestrogen juga melancarkan pengaliran darah dan pengedaran estrogen ke seluruh tisu-tisu badan menjadikan badan wanita bertambah cantik dan anjal.

Macam best kan kalau tengok die punya khasiat nye… Dan mesti nak tahu kan kenapa aku kata ianya bahaya…??  Okay, meh tengok sini….  Aku amatlah curiga dengan pil ni. So, aku mintak nasihat dari KKM.

34

Yang dalam kotak merah tu, soalan aku pada KKM.  Maaf ye, nama penuh ngan alamat aku tak bole nk dedahkan…  And setelah beberapa hari, pihak dorang balas…   Dan ini adalah jawapan dari dorang…

1

So, pihak dorang cakap, produk Perfect Lady ni tak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ha, maknanye, bahaya okay… Mungkin kita boleh tengok hasil yang best pada masa sekarang ni… TAPI kite tak tahu effect die untuk jangka masa panjang… So, kepada yang dah TERcuba produk ni, better korang stop ek.. Ni untuk kebaikan korang jugak… Kalau korang tak percaya, korang boleh call pihak dorang… Tu ade aku kotakkan dengan warna biru…  

Akhir kata, mintak maaf banyak-banyak kat mane2 yang menjual produk ni. Macam yang aku cakap awal-awal, aku takde niat nak rosakkan perniagaan korang… tapi ni untuk kebaikan semua…  Minta maaf okayy

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork