16 November 2015

RESEPI CUCUR AYAM



Assalamualaikum.

Kali ni nak share resepi senang lagi ringkas. Boleh dimakan time hi-tea atau time sarapan . 



Bahan-Bahan :

 Isi Ayam 

Daun Bawang

Daun Sup

Cili ( buang biji)

Bawang Besar ( potong dadu) 

Serbuk Lada Hitam 

Garam


Cara-Cara Penyediaan:

1- Kisar isi ayam sampai lumat . 

2- Masukkan bawang besar, daun bawang, daun sup, cili , serbuk lada hitam dan garam. Gaul sehingga sebati. 

3- Bentukkan semua bahan jadi bulat dan goreng. 

4- Tapis minyak berlebihan dan siap





** Isi ayam tu boleh digantikan dengan daging atau apa-apa yang korang suka. 

** Kalau tak makan pedas, tak payah letak cili. Lada hitam pun dah cukup.

** Telur pun boleh dicampur sekali. 


TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBA 
 

12 November 2015

SEMAK SAMAN PDRM ANDA SECARA ONLINE



Assalamualaikum..

Pagi ni, dapat whatsapp dari mama aku. Dia cakap ade surat saman dari PDRM sampai dekat rumah atas nama aku. Cuak gak lah. But, dia cakap saman tu bertarikh 26/10/2015 di Lebuhraya LEKAS. Kesalahan, langgar had laju. haha.. 

Okay, aku mengaku lah, memang aku spesis bawa kereta tak pernah ikot had laju. Tapi, kemusykilan timbul bila kesalahan tu terjadi dekat Lebuhraya LEKAS which is aku tak lalu pun jalan tu. Plus, kereta yang mak aku cakap tu, ada pada mak aku. So, disebabkan aku jenis suka kaji selidik dulu baru mengaku, so aku pun cek lah saman dekat portal. 



So korang bukak je laman web SISTEM SEMAKAN PDRM ni then korang daftar la dulu. Lepas daftar, try Login lagi sekali. So korang pilih la korang nak apa. Laman web ni bukan je boleh cek saman. But, boleh cek report polis kalau korang penah buat. Atau cek sesi pengambilan jawatan kosong semua tu. Mudah kan..? 

Okay, back to my story. Yep, memang ade pun saman yang mak aku cakap tu kat portal. Lama aku fikir. Lama jugak aku nak ingat bila aku hantar kereta yang kena saman tu kat mak aku. Nasib baik husband aku ade upload gambar time aku hantar kereta tu kat mak aku. So, bila cek tarikh gambar dengan tarikh saman, IMPOSSIBLE kesalahan tu datang dari aku.. Bahahahah! So, aku pun slowtalk la dengan mak aku kan. Disebabkan kereta tu atas nama aku, mak aku bebel jugaklah sebab takot blacklisted ke apa ke. Tapi dah memang bukan kesalahan aku, aku terpaksa gak lah berkeras tak nak bayar. Lama nak tunggu mak aku reply Whatsapp. Tapi, lepas tak lama tu, mak aku balas Whatsapp aku macam ni :

" Baru ma teringat, masa tu ada pergi Seremban. Ayah mertua Cik E meninggal. Okkkkk ma settle kan." 

ALHAMDULILLAH. Nasib baik terbukti bukan salah aku. Kalau tak, memang lama lagi la mak aku sekolahkan aku tau. 

Oh ye, kat dalam portal tu korang boleh tengok, nombor saman korang, bila, kat mana, and jumlah yang korang kena bayar. Saman yang lepas-lepas tanpa korang sedari pun ada. huhuhuhu

So, lepas ni takde alasan dah kate surat saman tak sampai rumah la, tak dapat surat saman lah. Kalau taknak nama kena blacklist, baik korang cek and bayar je jumlah saman yang disuruh. Aman hidup

Thats all for today, thank you :)  
 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork