22 December 2015

24 YEARS OLD AND STILL COUNTING





Pada 19 Disember 2015, genaplah umur aku 24 tahun. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas, melayari liku-liku kehidupan dan mencari kehidupan yang sempurna. Seperti hari-hari lain, tak ada sebarang sambutan untuk birthday aku. Memandangkan husband aku pun  kena kerja and balik lewat, jadi aku tak expect apa-apa dari dia. Yela, aku pun  faham keadaan. Jadi, dalam pada tunggu dia balik kerja, aku memang tidur dulu la. Tapi, baru nak lelap, husband aku balik and kejut aku. Bila aku buka mata, aku nampak ais krim cornetto dekat tangan dia sambil dia nyanyi lagu birthday untuk aku. Perkara tu nampak macam biasa je. Tapi bagi aku, itu perkara yang paling sweet. 




Keesokan harinya, aku dengan husband ke IOI Putrajaya untuk tengok wayang. Terima kasih dekat GSC Cinema sebab bagi aku tiket wayang free. Mula-mula nak tengok cerita Diwale. Tapi, tiket semua sold out. So, kami tengok Krampus. Not bad lah cerita dia.  Actually, aku tak kisah pun pasal birthday ni. Takde hadiah or makan sedap-sedap pun tak apa, asalkan aku dapat luangkan masa sama-sama husband aku. 

Actually, ni semua jasa mak ayah aku lah. Yela, kalau takde diorang, takdelah aku. Kalau diorang tak jaga aku elok-elok, takde lah aku hidup sampai sekarang. Sepatutnya, kena bagi hadiah dekat mak ayah aku atas pengorbanan diorang besarkan and didik aku sampai jadi manusia. HAHAHA. 









To Mama & Ayah, 

Terima kasih sebab besarkan kakak, jaga kakak elok-elok, bagi didikan yang sempurna pada kakak. Terima kasih sebab tak henti-henti mendoakan kakak, support kakak and paling penting sekali sentiasa berada dengan kakak time kakak susah, senang dan tak tentu hala. Terima kasih. 

Tak lupa juga, pada yang wish birthday, thanks sangat-sangat. Semoga ucapan-ucapan korang dimakbulkan Allah. Aamiin :) 

17 December 2015

ISU BAHAYA KAPSUL HORMON PERFECT LADY




Hari demi hari, aku tengok banyak komen yang aku terima pasal entri aku  AWAS! Bahaya Kapsul Hormon yang aku post lama dulu. 

Baiklah, di sini, aku nak terangkan, kenapa dan mengapa aku share pasal kapsul tu. Seperti wanita-wanita lain, aku pun memang tak pernah lari dari nak upgrade diri. Nak cantik, nak kurus dan sebagainya. Maka, dengan kuasa internet, aku google dan research pasal semua produk yang dijual. Sampailah aku terjumpa produk kapsul hormon ni.. 

KENAPA aku kate bahaya? First, aku baca description produk niKAPSUL HORMON UNTUK WANITA & NYAH(PONDAN) SAHAJA..
AMARAN!! = TIDAK SESUAI UNTUK LELAKI SEJATI & IBU MENGANDUNG!!!! 

Itu pertama kali aku baca description macam tu. So aku macam ye tak ye nak percaya. So, aku pun try la tanya KKM. Tak sangka pula KKM reply and bagi feedback. So, apa yang mereka inform aku, aku share pada semua

Oleh itu, aku nak clearkan, bukan aku nak tutup periuk nasi orang yang jual produk ni. Jauh sekali aku nak buruk-burukkan. Aku cuma berkongsi, supaya kalau produk ni takde kelulusan KKM, pihak manufacturer kena la amek inisiatif untuk daftar kan produk dorang ni. 

Isu KKM boleh dibeli dengan tak boleh beli..... I don't really know about that. Sebab masa aku tanya KKM pasal pil hormon ni, itulah pertama dan terakhir aku tanya KKM. So, aku memang tak arif pasal KKM boleh dibeli ke apa... 

Seterusnya, aku juga sangat-sangat mengalu-alukan komen-komen yang membina dan murah dengan pandangan serta pendapat. Politik-politik, sila pergi blog politik ye. Awak nak anti kerajaan ke, anti pembangkang ke, anti KKM ke, itu masalah awak. Seperti yang aku cakap, boleh pergi ke blog politik. Banyak komen berunsur negatif yang aku terima. NAMUN, demi memastikan polisi dan prinsip blog aku ni terjaga, aku tapis dlu komen sebelum publish.  I hate keyboard worrior. Aku benci orang yang suka bagi komen dan aura negatif ni. Kepada yang berkongsi pendapat, terima kasih. Saya belajar benda baharu :) 


Akhir kata, aku nak mintak maaf kalau ada komen-komen aku yang menyakitkan hati. Bukan apa, sebab aku spesis manusia yang cuma tahu cakap straight to the point. Thats it :) 
Thank for reading! 


16 November 2015

RESEPI CUCUR AYAM



Assalamualaikum.

Kali ni nak share resepi senang lagi ringkas. Boleh dimakan time hi-tea atau time sarapan . 



Bahan-Bahan :

 Isi Ayam 

Daun Bawang

Daun Sup

Cili ( buang biji)

Bawang Besar ( potong dadu) 

Serbuk Lada Hitam 

Garam


Cara-Cara Penyediaan:

1- Kisar isi ayam sampai lumat . 

2- Masukkan bawang besar, daun bawang, daun sup, cili , serbuk lada hitam dan garam. Gaul sehingga sebati. 

3- Bentukkan semua bahan jadi bulat dan goreng. 

4- Tapis minyak berlebihan dan siap





** Isi ayam tu boleh digantikan dengan daging atau apa-apa yang korang suka. 

** Kalau tak makan pedas, tak payah letak cili. Lada hitam pun dah cukup.

** Telur pun boleh dicampur sekali. 


TERIMA KASIH & SELAMAT MENCUBA 
 

02 September 2015

(REVIEW) National MEOW Competition 2015

 



Penganjur : Kelab MEOW United.

Tarikh : 22 & 23 Ogos 2015 

Tempat : IOI City Mall, Puchong. 


Baiklah, tujuan utama program ni, untuk memupuk semangat cintakan haiwan peliharaan. Yelah, sekarang ni, kalau kite bukak Whatsapp Group, Facebook, banyak kite tengok kes-kes kucing kena lempar la, kena dera la, kena tikam la, kena macam-macam kena. So, program yang Kelab MEOW United ni buat, sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa sayang terhadap haiwan. Ye ke tidakk

Okay, pertandingan kucing ni diadakan selama dua hari sebab, Sabtu untuk kategori kucing yang berbulu pendek ( Short Hair) manakala Ahad untuk kucing yang berbulu panjang ( Long Hair) . So, lebih kurang 80 peserta dan 130 ekor kucing yang join pertandingan ni ye





Pertandingan ni ditaja oleh Nature's Protection , Happy Cat dan Pet Micasa. Untuk piala-piala utama pulak, disumbang oleh The Royale Felynn Group.

Terdapat 10 piala utama yang dipertandingkan. Antaranya :

1- Best Male (SH/LH) in Show
2- Best Female (SH/LH) in Show
3- Best Alter ( SH/LH) in Show 
4- Best Junior (SH/LH) in Show
5- Best Kitten (SH/LH) in Show



Dah nama pertandingan kan, mesti ada juri. So, juri pertama diimport khas dari Singapura, Mr Thomas Low and juri yang kedua, Mr Shariff Cheah dari Malaysia. Gituuu... So, kucing-kucing yang bertanding tu akan diadili oleh dua orang juri ni la... 



Selain dari korang tengok kucing,  korang boleh jugak bergambar bersama kucing. So, yang ni, biar pakar yang snap. Hahaha. Panas gak kan hati korang kalau korang dah posing baik dengan kucing, sekali kucing tu toleh tempat lain. Tak ke spoil gambar? So, Pet Snap  boleh membantu. Sebab dorang sediakan servis untuk ambil gambar korang dengan kucing dengan bayaran RM10 SAHAJA ye. Murah ke tidak wei? 



Mana yang dah ada kucing dekat rumah tu, kalau nak beli barang-barang kucing pun boleh time tu sebab selain dari pertandingan kucing, ada jugak jualan barangan kucing. Jualan amal lagi tu. Kira macam membeli sambil menderma la uols. And ada jugak Free Cat Adoption ye... 



Ouh, before aku terlupa, Kelab MEOW United jugak menjemput Jabatan Verterinar Negeri Selangor. Diorang ade sediakan perkhidmatan Pet Passport. Bukan free, bayar la wei. Tapi takde la ratus-ratus. Memurah je.. hehehe.RM 12 je.. Kau ghase..?  Okay, dah kenapa pulak kucing nak ada passport? Haaaaa... bayangkan, kau beli kucing British Short Hair yang comel tahap apa tah tu kan, sekali jiran kau culik dia. Pastu jiran kau cakap tu kucing dia... Time tu, disebabkan kepintaran kau buat Pet Passport tu, maka kau boleh claim yang kucing tu kucing kau menerusi nombor pengenalan kucing tu. Maka, kau nak saman jiran kau tu pun, kau tak tebal muka.. Gituh... Paham tak...?  

Baiklah... Moral of the story, sesungguhnya kucing-kucing ni sangat lah comel. Aku rasa yang dok dera-dera kucing tu memang spesis takde akal. Dorang ni pun makhluk Allah. Maka, selain dari menjaga hubungan sesama manusia, kite kena gak jaga hubungan dengan haiwan. baru hidup tu lagi berkat. Gituhh~

Akhir kata, terima kasih sebab sudi jemput datang ke program ni... Lepas tu, terima kasih sebab murah hati bagi kite gift. Sedap je peluk dalam kete.. hehehe... Dan, terima kasih sebab sudi baca entry kite yang panjang berjela ni... hehe kbai.

28 June 2015

Tips Melembapkan Kulit

Selamat Menjalani Ibadah Puasa ! 

Today's sharing adalah pasal kulit kering. Baiklah, ni based on my experience okay.. 

Aku kerja memang duduk bawah aircond setiap hari. Makin hari makin aku sedar yang kulit aku sangat-sangat kering terutama bahagian tangan. Aku pulak bukan jenis yang very particular pasal kecantikan. 

So, bagi orang yang macam aku ni, aku suggest, pakai losyen time kerja. 


Macam aku, aku suka beli barang yang senang nak bawak travel. Okay, aku prefer beli losyen dari watson ni sebab senang nak bawak. Murah pun murah. Tak bazir duit. Bau wangi. And memang betul2 buat kulit aku tak kering.

Sebelah malam pulak, aku minum air masak banyak-banyak. So, tak adalah rosak sangat kulit aku. 

Kepada siapa yang sama situasi dengan aku, bole la try amalkan. Sharing is caring. Will share more in future :) 

03 March 2015

Trip to Cameron Highland

 



Sebenarnya, aku pergi ke Cameron Highland lama dah. December 2014. Tapi, semangat kerajinan nak update blog tu baru sampai hari ni. Maaf ye. Okaylah, disebabkan dah lama tak update blog, maka dengan ini, saya selaku pemilik blog kederuks ni berjanji akan menulis entri kali ni sepanjang panjang sungai panjang. Maka, tarik nafas........ and start!

TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI !

1- Ladang Teh 

BOH Tea Plantation, Sungai Palas adalah salah satu tempat yang menjadi daya tarikan para pelancong, termasuklah aku. Jalan nak masuk ke ladang tu agak mencabar ye... Jalan dia bengkang bengkok and memerlukan kecekapan. Dan perlu sangat-sangat berhati-hati sebab jalan sempit. So, nak buat apa dekat ladang teh? Kat sana, u guys boleh minum teh sambil makan kek-kek dorang yang sedap. Yes,sedap. Teh dia pun sedap. Padahal sama je teh BOH yang kite beli kat kedai tu. Tapi, bila datang kat ladang teh ni, rasa teh dia sedap lain macam mana tah.... Ladang teh ni dibuka setiap hari kecuali ISNIN ye dari pukul 9.00 pagi - 4.30pm. Oh ye, masuk PERCUMA ye. Cuma kalau korang nak minom ke makan ke, bayar la wei... hehehe.


2- Lavender & Strawberry Garden

Aku adalah peminat tegar Lavender. So, masa dekat London aku tak berkesempatan nak buat drama bollywood kat ladang Lavender. So, dekat Cameron Highland aku lepaskan la gian aku... Bukan buat drama ye... Lepas gian tengok Lavender. Kalau nak masuk kena bayar RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak-kanak. Parking free. Dekat dalam tu korang boleh ambik gambar berlatar belakangkan bunga-bunga Lavender. Pastu korang boleh ambil gambar or feeling-feeling Korea, korang boleh beli pad lock tu pastu g lock la kat tempat yang disediakan... Pastu korang boleh jalan naik atas, ade cafe, tempat petik strawberi and bunga. Seronok jugak la sebab permandangan tempat tu menarik and tenang.  Kalau korang nak beli ole2 untuk kengkawan, bole la beli dekat situ jugak sebab banyak kedai-kedai comel yang jual cenderahati dengan harga murah ye.... Oh ye, Lavender Garden ni terletak dekat Tringkap ye. Korang waze je..Confirm jumpa.





3- Cactus Garden

Kaktus adalah spesis bunga yang aku paling suka sebab bagi aku dia unik. So, di kesempatan yang ade, aku singgah ke tempat orang jual kaktus segala kaktus. Masa memula masuk tu, memang mulut aku nganga la sebab banyak sangat kaktus nye. Macam-macam jenis, bentuk and warna... Cactus Garden ni terletak dekat Brinchang. Senang je nak cari sebab tepi jalan. Harga murah... kaktus yang kecik-kecik tu kalau beli enam pasu, RM10.00. Bole la korang beli borong and bawak balik bagi kat kawan-kawan... 



4- Pasar Malam 

Kalau pergi Cameron Highland, mesti kena pergi pasar malam dekat Brinchang. Dekat pasar malam tu takde la apa sangat. Tapi, dorang jual buah-buahan and sayur-sayuran yang segar bugar. And paling seronok adalah harga berpatutan. So, mana yang tak sempat shopping siang-siang boleh la pergi pasar malam. Dekat-dekat dengan pasar malam tu, banyak kedai. Memang meriah la. Just masa aku pergi tu cuaca tak berapa baik. Hujan rintik-rintik so aku pergi jalan kejap-kejap je... 

5- Taman Rama-rama

Okay, yang ni memang tak sangka. Aku tak plan pun nak pergi Taman Rama-rama ni . Tapi disebabkan aku kecewa ladang strawberi tutup, aku main parking je kat mana tempat yang buka. So, kalau dewasa, korang kena bayar RM5.00 untuk masuk taman rama-rama tu. Dekat je dengan Ladang Teh BOH tu.. Tepi jalan je korang dah boleh nampak. So, dekat taman rama-rama tu gi tengok rama-rama la kan... Takkan tengok buaya pulak... Dari saiz yg kecik sampai saiz yang besar ye rama-rama tu.. Kalau budak-budak tu memang suka la.. 




TEMPAT PENGINAPAN

Baiklah, masa aku pergi Cameron Highland tuaku stay dekat Century Pines Resort. Dekat Tanah Rata. Alhamdulillah harga tak mahalbilik selesa, breakfast yang sedap dan awesome. Aku memang mintak bilik yang tingkat atas sekali sebab aku nak tengok permandangan. Alhamdulillah aku dapat bilik yang aku nak. Bukak tingkap, permandangan bukit-bukit... Cantiknya subhanallah




MANA NAK CARI MAKAN?

Baiklah, selain dari korang pergi makan dekat hotel korang tu, korang boleh jugak cari makanan dekat Pasar Malam Brinchang. Actually, jujur aku cakap, aku susah nak jumpa kedai makan yang helok sikit. Pusing punya pusing, last-last decided untuk makan dekat Teh Tarik Place je. Sebab itu je yang aku rasa boleh kena dengan tekak aku.. Oh ye, kalau korang nak makan maknan yang panas-panas, ade satu restoran dekat belakang Pasar Malam Brinchang tu. Harga and rasa dia not bad lah. Tapi aku ni sebenarnya memilih sikit kalau bab makan sebabnya, perut aku jenis yg sensitif dengan makanan. Kalau aku makan makanan yg tak bersih atau tak elok. perut aku akan meragam and protes gila-gila punya... haaaa... For break fast, aku memang tak kisah sangat sebab breakfast tu pihak hotel sediakan. So, korang, cari hotel yang include breakfast okay..


Baiklah... Aku rasa setakat ni je dulu. Disebabkan percutian aku ni tak dirancang, maka macam ni la jadinya.. Short and simple. Insha Allah akan plan betul-betul. :) 

Thanks for reading guys ...





03 February 2015

Resipi Kangkung Tumis Belacan & Sotong

 








 Bahan-Bahan: 

- Segenggam sayur kangkung ( dipotong & dibersihkan)
- 1/2 potong bawang besar
- 1 ulas bawang putih
-  2 cm belacan
- 3 ekor sotong ( siap potong)
- 3 tangkai cili api

Cara-cara : 

- Bawang besar, bawang putih, cili & belacan ditumbuk hancur
- Bahan-bahan yang ditumbuk tu, tumis sampai naik bau.
- Masukkan sotong, tumis sampai sotong jadi half cooked
- Masukkan sedikit air and kangkung.
- Masak sayur sehingga layu.
- Masukkan garam sikit and siap!


SELAMAT MENCUBA!

02 February 2015

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

 



Aku bukanlah someone yang terer masak. Tak semua makanan aku pandai pun. Kadang-kadang kalau aku teringin nak makan sesuatu, aku google je... Takpun kalau lauk-lauk kampung ni, aku telepon mak aku jelah tanya macam mana nak masak. 

So, ni kisah last week tau... Tak tahu la kenapa rajin sangat aku nak masak sejak akhir-akhir ni. Cewahh.. Resepi yang aku nak share ni, sekadar share je tau..  Kalau korang dah tau masak, abaikan la... Aku nak share jugak... Sebabbbbb ni kan blog aku... hehehehe... 



Bahan-bahan:

1- Udang ( ikot korang la nak berapa ekor)
2- Satu cawan sederhana Santan
3- 3 tangkai Cili api 
4- 1 batang Serai
5- 1 Asam Keping
6- 2cm Kunyit hidup 

Cara-cara:

- Blend kunyit, santan & cili api 
- Panaskan kuali/periuk then masukkan serai yang dah diketuk, udang and bahan-bahan yang dah di blend tu.
- Masukkan asam keping
- Kacau tanpa henti sampai mendidih
- Masukkan garam
-Kacau dalam seminit, SIAP!


NOTE: Just in case korang takde kunyit hidup, korang guna serbuk kunyit pun takpe :) 

Selamat Mencuba !





 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork