15 January 2016

KULIT CERAH DAN SIHAT DENGAN DIANZ VITAMIN C & E

 


Kalau nak cantik, kena keluarkan duit yang banyak. Kos nak jadi cantik zaman sekarang ni bukannya murah. Mahal. Lagi-lagi yang ada masalah kulit. Lagilah beban nak keluarkan kos. Seiring dengan keadaan ekonomi negara sekarang, tidak semua rakyat Malaysia ni hidup senang. Komitmen yang banyak, kos sara hidup yang tinggi. Silap-silap hari bulan, nak beli keperluan diri sendiri pun tak lepas. NAMUN, dengan adanya produk ni, memang jimat dan berbaloi. Tak payah dah berhabis duit beratus beribu setiap bulan. 

Mempersembahkan! 

Dianz Vit C & E 



Dianz Vit C&E ni adalah packaging yang baru. Lebih cantik dan lebih sedap rasanya. Sebab ada tambahan serbuk mutiara untuk kesan 2kali lebih cepat. Extra pearl sebenarnya akan membuatkan vitamin diserap lebih cepat. Hasilnya, kulit akan lebih Glowing dan berseri seri. Plus, pertumbuhan sel kulit baru pun akan cepat.  

Vitamin C & E ni sangat-sangat sesuai bagi mereka yang ada masalah parut, jerawat, kulit kusam, resdung dan juga stretch mark. Kalau yang takde masalah kulit pun boleh ambil untuk dapatkan muka yang cerah dan glowing. 

Kenapa vitamin ni very highly recommended?  Sebab rasa dia sedap. Boleh dihisap, kunyah atau telan. Bagi ibu yang pregnant atau menyusu pon boleh makan vitamin ni. 

Jangan risau, vitamin ni dijual dengan harga yang sangat murah. 

RM45 Sebotol 
+ RM5 untuk Sabah Sarawak 

TESTIMONI DARI PELANGGAN YANG BERPUAS HATI:







Teruja tak nak cantik dengan kos yang murah? Kalau anda berminat, jangan malu jangan segan, boleh WHATSAPP/TELEGRAM 

+6017- 6531208  

 Sekian Terima Kasih :)  



 
 

13 January 2016

WHY I'M GOING TO BANNED TM UNIFI/ STREAMYX

 


Seingat aku la, jaranglah aku bagi review yang teruk-teruk dekat dalam blog ni. Dan aku pun bukanlah pengkritik terhebat ke apa.. Tapi, hari ni aku memang nak bagi kritikan pada satu company ni. Company ni memang famous la cite nye. 



On 2014, aku decide untuk langgan UNIFI VIP10 untuk rumah sewa aku. Nak jadi cerita, aku duduk menyewa sorang je. So, boleh bayanglah kan, kalau guna UNIFI VIP10 tu laju dia tahap mana. Well, masa first and second month tu, okaylah dia punya line. Dapat juga aku guna untuk cari kerja, bayar bil, tengok youtube etc etc.. Masuk bulan ketiga, line dia agak slow. Aku seperti biasa call Customer Service dia. Dan dorang just guide aku untuk tutup box tu dalam 15 saat then on balik. So, lepas buat benda tu, line dia kembali laju TAPI HANYA UNTUK DUA TIGA HARI SAHAJA.  Ditakdirkan, rumah yang sewa masa tu ada masalah so aku memang decide nak pindah. Disebabkan UNIFI aku ni ada kontrak setahun, maka aku call semula Customer Service UNIFI tu untuk mintak pindahkan UNIFI aku ke rumah baru. MALANGNYA, rumah baru aku memang tak ada line STREAMYX & UNIFI. Aku pun peninglah citenye. TAPI, Customer Service tu CONFIDENT cakap, " oh kami boleh tolong terminate tanpa bayaran sebab memang line di kawasan rumah cik tak available."  So aku pun setuju lah untuk terminate. Then, aku assume dia dah terminate lah. Aku pun pindah ke rumah baru pada Januari 2015. 

Januari 2016, I mean sejak dua menjak ni, aku dapat SMS dari TM yang mengatakan aku ada tunggakan bil. Aku macam tak percaya aku ada outstanding. Tapi aku ignore sebab aku yakin UNIFI aku dah terminate since Disember 2014 lagi. Tapi, sangkaan aku salah. Boleh pulak, dorang call husband aku and cakap aku ada tunggakan bil RM2000++. Dorang mintak aku settle kan dalam dua hari ni. Husband aku pun bising tak sudah dengan aku. Rasa nak gugur jantung aku. Manalah nak cari RM2k dalam masa dua hari? Aku bukan kerja jula badan/ jual dadah ke apa nak dapat RM2k tu sekelip mata. Dan paling menyampah, dia cakap kat husband aku, dia dah call aku banyak kali tapi aku tak jawab. Yang ni aku rasa nak menyumpah sebab aku tak terima apa-apa call pun dari TM.  Dorang siap cakap lagi nak ambil tindakan undang-undang dekat aku. Persoalannya kat sini, APA SALAH AKU? KENAPA AKU KENA TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEDANGKAN AKU YAKIN AKU DAH TERMINATE? Last-last dia suruh aku berurusan dengan HQ dia sebab kebanyakan customer akan hadapi masalah macam aku bila berurusan melalui telefon. 

Berdasarkan cerita aku, aku nak cakap yang aku kecewa sangat dengan service TM ni. Pertama, aku kena bayar RM199 setiap bulan untuk line internet yang hidup segan mati tak mahu. Which is aku rasa tak sesuai langsung. Second, aku rasa aku paling teraniaya sebab dorang nak ambil tindakan undang-undang ke atas aku and cas aku RM2k sedangkan aku dah minta pihak TM untuk terminate aku punya akaun UNIFI sejak setahun yang lepas. Kalau dorang kata kena deal dekat HQ, kenapa time aku call customer service tu, dia confident boleh cakap dia boleh tolong terminate kan? Salah siapa? Salah aku atau salah dia? 



Dua minggu lepas, husband aku ada langgan UNIFI 30Mbps. Yang duduk dalam rumah ni cuma aku dengan husband aku je. Kami takda download apa-apa. Kami guna internet untuk Whatsapp, Instagram and Facebook. Thats it. Tapi, 30Mbps tu cukup mengecewakan sebab line dia slow yang teramat. Husband aku call Customer Service, then mcm biasalah, dia suruh tutup box and on semula.  Lepas buat macam tu, line tu okay la laju untuk dua tiga hari. Semalam, aku nak buat kerja guna laptop. Tapi, perkara yang buat aku pissed off adalah aku tak boleh nak connect internet dekat laptop aku. Try punya try, rupanya dekat handphone pun tak boleh. Dah la siang tu TM call cakap pasal RM2k tu. Malam nak buat kerja, dapat lagi hadiah dari TM which is takde internet connection langsung. BAGUS TM. 

KEPADA PIHAK TM, 

Aku dengan kecewanya nak isytiharkan, aku pissed off sangat dengan pihak korang. Service tak bagus langsung. Bayar mahal dah, tapi service korang memang tak setanding harga. The worst thing, kau punya staff yang handle bahagian undang-undang tu SANGAT KURANG AJAR. Yes, husband aku cakap bukan main lagi minah tu nak bentak-bentak husband aku. Ye, aku tahu minah tu berlagak sebab kerja bahagian undang-undang, kutip hutang bagai. TAPI kena ingat, yang dia nak kutip hutang tu, mangsa TM. Aku dah kata, aku nak terminate. Staff kau yang dekat Customer Service tu YAKIN cakap dia boleh tolong terminate. So, kenapa kau nak cas aku sampai RM2k ? Aku paling benci kalau orang berlagak innocent dan lepaskan kesalahan tu pada org lain. Kalau staff kau bagus, perkara bodoh macam ni tak berlaku. Macam mana kau recruit staff kau ? Serius aku pissed off. Aku risau kalau aku pegi HQ kau, aku tak boleh kawal marah aku. Serius aku marah bila TM mintak RM2k pada aku. Dengan ni, aku HARAMKAN setiap sen yang aku pernah keluarkan pada TM. Sungguh, aku HARAMKAN. 

Sekian!

10 January 2016

REVIEW | FACIAL MOISTURISER BY BODY SHOP

 



Masa aku study dekat London, minggu pertama sampai sana, kulit aku memang tak boleh terima dengan cuaca dekat sana. Masa aku sampai London tu, tengah musim Spring. So, memang kering dan kulit aku menggelupas. Mula-mula memang aku dah bawak siap-siap skincare dari Malaysia. Tapi, lama-lama habis la. So, nak suruh orang pos ke London, memang mahal la cerita nya. So, aku decide untuk pakai skincare yang ada dekat UK je. Nasib baik ada Body Shop. So, memang senang la. Dia punya salesgirl pun kemain ramah. So aku pun memang cerita keadaan muka aku. And, dia suggest Vitamin E product. 


Untuk kegunaan waktu siang, aku guna Vitamin E Aqua Boost Sorbet. Fungsinya, memberi kesejukan untuk kulit 24jam. Ok jujur, memang lepas pakai, muka akan rasa berangin and fresh. Plus, tekstur dia memang kategori cepat menyerap. Lepas pakai, dia akan bagi effect matte dekat muka. Tak melekit ye. Lepas tu, nak apply foundation pun senang je. Takyah nak tenyeh guna sponge tu beriya sangat. 

Waktu malam pulak, aku guna Vitamin E Moisture Cream. ** yg dalam gambar ni, limited edition design.   Krim ni berfungsi untuk melembapkan kulit muka. Sama juga macam krim siang, tak melekit and cepat serap. So takdelah time tido muka rasa melekit ke apa. 

So, memang sepanjang dekat London, aku pakai Body Shop ni je. Alhamdulillah, kulit tak kering and menggelupas dah. Lagipun, product Body Shop dekat UK murah. Takdelah aku rasa terbeban nak beli. 

Habis study and balik Malaysia, aku still pakai juga dua krim ni. Tak menjadi masalah pada kulit. Alhamdulillah... Aku memang recommend sangat-sangat kepada semua org untuk pakai krim ni. Kulit aku memang jenis mengada sikit. Tak boleh pakai sebarang produk. Salah produk sikit je, nahas la... Memang berjerawat tak pun menggelupas la kulit muka aku... 

Disebabkan barang kat Malaysia ni agak expensive, maka berjimat lah. Krim ni pun tak perlu nak sapu banyak-banyak. Calit sikit-sikit je dah okay dah. So, dapatlah berjimat. Sementara nak tunggu krim ni habis, bole lah kumpul sikit-sikit duit nak beli yang baru. 

So, sekian dulu lah review kali ni.. Semoga sedikit sebanyak membantu kepada yg bermasalah kulit tu. Thanks for reading :) 

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork