01 October 2013

REVIEW: BenCinta

Assalamualaikum...

Hai semua... Apa khabar? Sihat? Baru-baru ni ada tengok wayang tak? Filem apa yang korang tengok paling latest...??  Ada x antara korang yang minat gila dengan Farid Kamil or Nora Danish?? Ha, kali ni saya nak share dengan korang semua pasal filem dorang yang paling latest...

MEMPERSEMBAHKANNNNN..... jeng jeng jeng..!



Meh sini nak sinopsis siket...

Cite ni kan, story die pasal Faizal ( Farid Kamil) yang jatuh cinta dengan Fatia ( Nora Danish). Dorang baru kenal and then terus Faizal ni lamar Fatia... Masa mula-mula kawen, biaselah kan, semua sweet... Kiranya, dorang ni bahagia sampai la anak dorang berusia 5 tahun.  Sejak tu, Faizal ni berubah. Sebab ada perempuan lain.. Sikap panas baran Faizal ni membuatkan tangan dia naik ke muka Fatia bila hubungan dia dengan perempuan lain tu terkantoi. Lama-lama semua benda Fatia buat, mesti kena hentam dengan Faizal ni...

Cerita ni, lain dari yang lain sebab dalam cite ni si isteri melarikan diri sebab nak belajar mempertahankan diri. Fatia ni dah tak tahan sebab asyik kena pukul je. Lari jauh2 pun Faizal kejar jugak. So, demi keselamatan dia dengan anak dia, Fatia ni nekad untuk belajar seni mempertahankan diri...

Kalau korang nak tengok ending die, korang gi tengok kat pawagam okayy... hehehe...  Tak rugi la kalau korang gi tengok... Serius...

Moral of the story, walaupun perempuan ni lemah, tapi jangan la mengiyakan statement tu... Perempuan sebenarnya lebih kuat dari lelaki dari segi mentalnya... Dan perempuan ni akan buat apa saje untuk mempertahankan apa yang dia sayang. Macam cerita ni, dia menjadi kuat sebab dia nak protect anak dia... Cmtulah... heheh...

Dari sepuluh bintang, saya bagi 8 bintang untuk filem ni.. Good Job for the director and script writer... :)

Ingat tau, sebelum KL Gangster 2 keluar, korang pi pakat la dulu tgk Bencinta dekat wayang... kang sat gi KL Gangster dah keluar, Bencinta kelaut plak kan... hehhe...

Okay, setakat ni dulu entry kali ni... Ouh, time korang bce entry kali ni, maybe saya tengah menunggu giliran untuk present. Maka, saya mintak sgt kalian2 mendoakan sepaya presentation saya berjaya ye... Aminnnn.... Last, thanks for reading .... have a pleasant day people <3

29 September 2013

DIY: Masker Muka ESP Shaklee

Assalamualaikum.

Sihat? Lama tak berblog. Sebelum ni laptop rosak and jadual padat dengan assignment dan kelas. Penat. Plus, xsempat dah nak jenguk blog ni... Hari ni nak share benda simple je dengan korang semua.... So entry kali ni, saya nak share dengan korang, macam mana nak jadikan ESP Shaklee tu, jadi mask muka...  hehe...


Cara-cara:
1- Ambik 1 sudu teh ESP.
2- Campurkan dengan 1 sudu teh  susu full cream.
3- Sapu dekat muka & biar la sampai kering
4- Dah kering, korang bilas dengan air or cuci muka korang dengan cleanser korang tu.


Senang x? Senang gila kan?? hehehe....  Korang buat la seminggu 3 kali ke... So far, saya baru buat sekali je... Tapi dah rasa kulit muka tu lembab sikit...  huhuhu...  

Well, kalau korang nak tahu, ESP Shaklee ni bukan je untuk minum, tapi korang bole kreatifkan lagi dengan cara buat mask muka...  Jimat pun jimat kan... heheh... 

Insha Allah, saya akan update perkembangan kulit muka saya selepas menggunakan masker ESP ni beberapa kali okeh... 


Akhir kata, SELAMAT MENCUBA :) 

09 September 2013

REVIEW: Tanda Putera

Assalamualaikum w.b.t…

Lama dah tak update blog. Last update pasal resepi kek je… Sebenarnya banyak gila benda yang saya nak share dengan korang semua. Tapi, masa tu selalu jeles2… huhuhu… Baiklah, hari ni saya nk review sikit lah pasal movie yang baru saya tengok. TANDA PUTERA.

 

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba ni mengisahkan persahatan di antara Tun Abdul Razak dengan Tun Dr Ismail. Kedua-duanya terpaka merahsiakan penyakit masing-masing semata untuk memulihkan keadaan negara disebabkan peristiwa 13 Mei 1969. Disebabkan ingin menjaga keselamatan negara, Tun Abdul Razak merahsiakan penyakit leukimia yang dihidapinya dari pengetahuan ahli keluarga. Bilik bacaan milik Tun Dr Ismail menjadi tempat rahsia Tun Abdul Razak menjalankan rawatan bersama doktor peribadi Tun Dr Ismail, Dr Macpherson.

Bagi saya, filem ni sangat best sebab dari filem ni, timbul rasa keinsafan and cinta pada negara. Kenapa? Sebab dalam filem ni kite dapat tengok betapa susah payahnye pemimpin negara berjuang demi perpaduan and keamanan negara. Memang menitis air mata la bila sampai part kematian Tun Dr Ismail and disusuli dengan kematian Tun Abdul Razak… Dari filem ni jugak kita dapat tengok macam mana kaum cina and melayu bergaduh satu masa dulu but now alhamdulillah, sekarang cina and melayu dah boleh bersatu, dah boleh duduk minum kopi semeja….

Dari segi teknikalnya, saya memang tabikkkk gilaaaa la dengan cite ni. Sebab memang nampak real effect2 nye… Serius saya kagum dengan editing-editing yang dorang buat. GOOD JOB! Dalam filem ni, ade la dorang muatkan footage sebenar sebagai contoh, hari pengebumian Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak and hari di mana Tun Abdul Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua.  Memang nampak real. Serius.

Walaupun filem ni dikatakan kontroversi, tapi bagi saya, its good if all Malaysian go and watch this movie. Tak rugi. At least, kita thu serba sedikit pasal sejarah negara. Kalau kita boleh keluarkan duit untuk tengok movie2 luar, why not sekali sekala keluarkan duit untuk tengok filem yang berunsurkan sejarah….

download

Filem awesome ni dibintangi oleh :  Rusdi Ramli ( Tun Abdul Razak) , Zizan Nin (Tun Dr. Ismail) Faezah Elai (Tun Rahah) Linda Hashim ( Toh Puan Norasyikin)

19 August 2013

RESEPI Kek Coklat Kukus

 

Assalamualaikum wbt..

Hari nak share ngan korang resepi kek coklat kukus yang saya try buat time raya hari tu…  Okay, mula-mula skali korang kena prepare bahan-bahannye…

Bahan-bahan :

- Serbuk koko

- Butter

- Minyak masak

- Susu pekat manis

- Soda bikarbonat

- Baking Powder

- Esen Vanilla

- Tepung gandum

- Telur

- Susu full cream ( dutch lady)

- Gula perang

- Coklat rice / badam (optional)

Cara nak buat senang je… Kat sini saya akan label kan setiap bancuhan sebagai A, B & C supaya senang korang nak paham…

BAHAN (A) :

- 1 cawan serbuk koko

- 1 cawan susu full cream

- 1/2 cawan susu pekat manis

- 1 cawan minyak masak

- 1 cawan gula perang

CARA : masukkan 5 bahan tu semua kat dalam kuali, kacau dengan api kecik. Kacau sampai semua sebati okay… Agak-agak dah sebati, korang ketepikan, and prepare bahan kedua pulak …

 

BAHAN (B) :

-  1 sudu teh soda bikarbonat

- 1 sudu teh baking powder

- 1 1/4 cawan tepung gandum.

CARA : Campur ketiga-tiga bahan and ayak semua sekali bagi soft.. Dah ayak, korang ketepikan.. Proceed untuk buat bahan ketiga.

 

BAHAN C :

- 3 biji telur

- 1 sudu teh esen vanilla.

CARA: Campur kedua2 bahan and pukul sampai sebati.

 

Now, kerja dah jadi mudah….   Masukkan  BAHAN C  & B  ke dalam BAHAN A. Kacau sampai sebati… Jangan biar ade ketul-ketul okay… Then, masukkan dalam loyang, kukus selama 1 jam 20 minit.  So, sementara nak tunggu kek tu siap kukus, boleh la proceed untuk buat topping die…

BAHAN-BAHAN TOPPING :

- 1 sudu butter

- 1 cawan serbuk koko

- 1/2 cawan susu pekat manis.

 

CARA : Campur semua bahan dalam kuali and kacau dengan api yang kecik… Kacau sampai sebati….  

 

Okay, bila kek dah masak, korang boleh la siramkan  topping coklat yang korang buat tadi tu… Pastu boleh la tabur coklat rice ke, badam ke ape ikut kreativiti korang…. Dah siap.

Ulu Bernam-20130807-00694

Selamat mencuba kawan-kawan ….. and SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN… <3

29 July 2013

RESEPI: Honey Cornflake

 

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu ade mention kat twitter pasal nak share dengan korang semua resepi kuih raya yang saya nak buat untuk raya tahun ni. Mama dah bagi tugas kat saya awal-awal lagi…. Die suruh saya buat kuih tahun ni since die malas nk pi keluar beli kuih. Lagipun dia cakap, kalau buat sendiri boleh buat banyak-banyak.. Oklah, since saya pun cuti sem sekarang, maka saya sahut jelah tugasan yang mama bagi.

So, untuk pertama kali dalam hidup saya, hari ni saya nak share resepi kuih raya kat korang. Saya nk share macam mana saya buat HONEY CORNFLAKE.

resepi

BAHAN-BAHAN :

1- Paper cup ( yang ni ikut korang la nak kaler & corak ape)

2- Colour Ball (untuk hiasan)

3- Nestle Cornflake ( sekotak)

4- Madu ( 6-10 sudu besar)

5- Gula halus ( 1/2 cawan)

6- Butter Cup

CARA BUAT :

- Ramas-ramas CORNFALKE tu then letak tepi.

- Masukkan  GULA, BUTTER & MADU kat dalam kuali then kacau sampai gula dengan butter betul-betul larut.

- Masukkan CORNFLAKE kat dalam kuali pastu gaul sampai rata.

- Letak CORNFLAKE dalam PAPER CUP

- Tabur COLOUR BALL untuk hiasan.

- Bakar dalam oven lebih kurang 10 minit.

-SIAP!

Ulu Bernam-20130728-00680

Ulu Bernam-20130728-00678

Ulu Bernam-20130728-00682

Ha, senang tak nak buatnye? Kalau bg yang dah biasa buat kuih, buat bende ni memang pejam mata jelah… Tapi adelah satu kebanggan kepada first timer macam saya ni. Hahah.  Alhamdulillah, malam ni sempat jugak siapkan satu jenis kuih raya….

Okaylah, tu je resepi untuk kali ni….  Insya Allah akan saya update resepi yang lain pulak yer….. Thanks for reading…

P/S:  Colour ball tu boleh ditukar dengan apa2 je korang nak macam Chocolate rice, kismis or ceri… ikut sedap korang je okay….. 

15 June 2013

REVIEW : BB Cream Yang Awesome!

 

Assalamualaikum…  

 

BB Cream jenis apa yang korang selalu guna? Korang puas hati tak dengan BB Cream yang korang guna tu?

Baiklah, saya juga seperti anda… Dah terlalu banyak jenis brand BB Cream yang saya guna sebelum ni… Tapi, hasilnya masih saya xpuas hati… Memang frust gila tau… Yelah, kalau boleh saya nak nampak natural je… Ni x, tepek sikit je pun BB cream tu… Tapi hasilnya dah macam geisha melayu plak.. Sadis!

Last time saya ke Melaka atas urusan study… Serius, saya pergi ke sana sehelai sepinggang… Means, saya cuma bawak lip gloss je kat dalam beg… takde mekap lain…. 

DSC_0413

Dari rumah, saya just apply pelembab, BB Cream and bedak je kat muka…  Serius saya lupa nak bawak semua tu masa pergi Melaka… 

Bandar Melaka-20130603-00418

Dan benda yang saya terkejut skali, bila muka saya kekal lembab and nampak fresh bila waktu malam…  Rahsianya?

The-Face-Shop-Face-It-Aqua-Tinted-BB-Cream-2-Colors

BB Cream Aqua Tinted dari The Face Shop. Tekstur die ringan sangat.. Tak melekit and selesa… Serius… saya dah jatuh cinta dengan BB Cream ni… Pasni xnak dah tukar BB Cream lain…  Harga bagi BB Cream ni , RM89++  .. Saya tak ingat sangat harganye sebab masa tu saya beli dengan barang lain…. huhuhu… Ada yang kata mahal, ada yang kata harga biase je… But, pada diri saya sendiri, harga tak menjadi masalah asalkan saya puas hati dengan hasilnya…. Peace!

Jadi, saya sarankan pada korang-korang yang masih lagi tak tahu nk beli BB cream ape, try la Aqua Tinted ni… mesti jatuh hati…. heheheh..

29 May 2013

REVIEW: Fast Furious 6

fast-6-1361496208

Fast Furious 6. The latest movie yang saya tengok dekat cinema. Memang dah aim dah nak tengok cerita ni sebab masa keluar teaser cerita ni, memang berkobar-kobar nak tunggu cerita ni keluar… Perasaan menunggu tu sama macam perasaan menunggu cerita Iron Man 3 tu ha.. Hehehe. Okaylah, lets straight to the point…

Cerita Fast Furious 6 ni adalah kesinambungan dari cerita Fast Furious 1 , 2 , 3 , 4  dan 5. So untuk kali ni, Fast Furious 6 menceritakan tentang Hobbs (The Rock) mintak tolong dengan Dom (Vin Diesel) dan kawan-kawan die untuk tumpaskan masterminded who commands an organization of mercenary drivers across 12 countries. So, sebagai bayaran, pengampunan sepenuhnya bagi enam orang bekas pelumba jalanan ni…

Dalam cerita kali ni, ada la dorang selitkan nilai-nilai kekeluargaan, nilai persahabatan and nilai percintaan… ewahhh! hehe… Cerita ni memang best la jalan ceritanya dari awal sampai habis… just ade part yang salah seorang geng dorang ni mati, memang saya tak boleh terima .. Sedih tetiba bila part tu… huhuhu… Then ade jugak part-part yang lucu .. Tak lupa jugak dalam cerita ni die ade selitkan pasal pengkhianatan… Erm orang yang dipercayai tu sebenarnya bekerjasama dengan orang jahat.. but, at the end die terima balasan…

So, dari personal opinion saya, saya bagi 9/10 markah untuk cerita ni… Dari segi teknikalnya, saya suka dengan aksi-aksi yang dorang paparkan kat dalam cerita ni..

Maka, bagi yang belum lagi tengok, saya suggest kat korang semua untuk tengok cerita ni.. Xrugi beratur panjang2 and beli tiket untuk cerita yang best cmni… Then, dah tengok barulah korang semua boleh nilai cerita ni macam mana sebenarnya okay…  

fast_and_furious_6_trailer_preview

Salah satu sebab kenapa saya nak sangat tengok Fast 6 ni sebab The Rock… Sebab saya minat die since dari WWF lagi… I like this guy so much u know… heheheh…

Baiklah sampai sini dulu review untuk kali ni… until next time…. PEACE! XOXO

03 March 2013

REVIEW : Jack and The Giant Slayer

 

Lama dah tak update review pasal movie.. Padahal nye, boleh kate semua movie aku tengok.. Hehehe… Ni semua sebab malas lah ni… Haih sedih betul. Tapi takpelah, hari ni nak update pasal cite Jack and The Giant Slayer. Dah tengok ke korang…??

JACK-THE-GIANT-SLAYER1

Meh nak kasi sinopsis sikit.  Actually, cerita ni berkisah tentang perang di antara manusia dengan gergasi. Gergasi ni sebenarnya memang berdendam dengan manusia berkurun lama. Perang tercetus balik bila Jack, anak petani ni, yang berjuang untuk tanah air die , pastu dalam masa yang sama die jatuh cinta kat puteri raja. Ceritanye, die dah bukak laluan antara dunia manusia dengan gergasi ni.  Cerita ni boleh kata agak kelakar la jugak. Die takdelah rasa macam stress je nak tengok kan. Duration cerita ni lebih kurang 1 jam 45 minit. Dalam banyak-banyak watak dalam cite ni kan, walaupun si Jack ni hero dalam cerita ni, entah kenapa aku suka die punya ketua askar di raja.

jack_the_giant_killer_ver12

Mungkin sebab dia punya rambut style kot. Hahahahhaa. Actually, pada awal cerita aku ingat dia ni jahat. Tapi sebenarnya orang lain pulak yang jahat… Walaupun muka dia macam sombong and garang, actually watak dia sebenarnya baik and paling penting semangat juang die tinggi lah…. Tabik lah kat die ni… hehehe.

Kepada korang yang belom tengok cerita ni, aku suggest tengok la dalam 3D sebab lebih feel dengan aksi2 dalam cerita ni. Bayar lebih sikit its okay untuk cerita yang aku rasa berbaloi la dengan harganye…

Baiklah, sampai sini dulu review kali ni.. kang aku review lagi mane2 movie yang aku rasa seronok okay …

05 February 2013

Toksin dalam Badan Kita? Apa buktinye?

 

Tangan ni dok la gatal nak update blog. Huhuhu… Ermm sepanjang cuti sem ni, banyak dah benda aku kaji… Sebab dah takde benda sangat kan nak buat… Tapi bagus gak… Membaca kan boleh tambah ilmu … So, habislah semua buku yg ada kat umah ni aku bace sampai tepu otak… huhu… Okay, muqaddimah takleh nak panjang pulak kan… Maaf! huhuh…

Dalam pada kesibukan kite menjalani kehidupan seharian kan, kite sebenarnya menyerap toksin yang banyak ke dalam badan kita.. Betul ke ade toksin? Okay, kat sini aku nak bagi la sikit2 tanda-tanda badan kita ni banyak toksin.

1- Kerap sakit kepala.

2- Lesu, kurang bersemangat pada waktu pagi.

3- Lingkaran gelap di bawah mata…

4- Bahagian seperti ketiak, celah peha ataupun kawasan2 yang tersembunyi berwarna gelap dari tona kulit yang asal.

5- Berat badan meningkat – Yang ni, kalau korang diet poyo2 pun die susa nk turun.

6- Selulit.

7- Alahan / sinus

8 – Jerawat yg banyk

9 – Masalah pencernaan sprti kembung perut or sembelit

10- Insomnia

Wahhh banyak nye lah… Korang rasa korang ade tak mengalami salah satu dari sepuluh ni? Kalau ada, tulah buktinya badan korang ade toksin. Tapi macam mana nk buang toksin ni?

Okay, banyak cara sebenarnya nak singkirkan toksin…

1- Air putih -  Minum banyak air suam sehari… Satu gelen air suam pun takpe… Dengan minum air suam dengan banyak, ia dapat singkirkan toksin dalam badan kite dengan cara pembuangan air kecil…

2- Sauna – Haaa, sauna ni selain dari boleh buang angin dalam badan kite, die boleh buang toksin jugak. So, rajin2 la pergi sauna yer..

3- Teh hijau -  okay, kepada penggemar teh hijau, korang memang beruntung sebab teh hijau ni boleh singkirkan korang punya toksin dalam badan…. huhuh… minum lah selalu… Pada yang tak gemar tu, boleh try mane2 kaedah bersesuaian dengan korang yerr…

Sebenarnya, banyak lagi cara korang nak buang toksin dalam badan… Korang boleh makan supplement yang sekarang ni tengah kemain rancak dijual… Memang banyak brand … So korang pilih la yang korang mampu and serasi dengan korang yer….  

Okay, setakat ni je dulu entry kali ni, Insya Allah ada masa, aku update lg entry lain…. Sekian…

05 January 2013

TIPS | Basuh Kerang Dengan Bersih

 

Rasanya, dah lama tak share kat korang any tips kan. Baiklah, hari ni aku nak share la tips macam mana nak basuh kerang dengan bersih yer…  Dah lama nak share tapi asyik lupa je… Banyak makan semut aku ni.. hehehe…  Okay, kita selalu kalau beli kerang, mesti macam ade bau-bau yang tak sedap kan kat kerang tu. Pastu ade lumpur-lumpur yang melekat lagi kat kerang tu..  So, meh sini nak ajar mcm mana nak bagi bersih.

pelepah

Okay, ni pelepah pisang.. Yang kat daun pisang tu kan, kan ade batang keras tu tengah2… Yang tu la pelepah.. so, korang potong la pelepah tu agak2 macam panjangnye macam pembaris panjang tu… Korang potong la dalam 3-4 batang.

1- Rendam kerang dalam air

2- Tenyeh2 pelepah pisang tu kat kerang. Tenyeh kuat-kuat okay…

3- Ulang buat benda yang sama sampai la hilang bau and warna air jd jernih…

Korang kena tuka-tuka air. Kalau tengok air tu dah hitam, korang ganti air tu dengan yang baru.. pastu buat banyak kali sampai korang puas hati. Nampak macam leceh kan, tapi bagi aku, tak kisah la leceh asalkan kerang yang kite nak makan tu bersih and tak berbau. Haa… Begitulah gayanya…

Actually, ni aku belajar dari mak aku. Kalau tak, habis la selama ni aku cuci kerang tu guna sabun.. Hahahaha.. bia kasi wangi… boleh tak macam tu…?? hehehe..  Tapi sekarang dah tahu dah macam mana nak bersihkan kerang tu dengan betul. Hehehehe…

Okaylah kawan-kawan, semoga tips kali ni berguna untuk korang yer…  huhuhu… Insya Allah kalau ade masa, aku share lagi tips yang lain… 

03 January 2013

AWAS! Bahaya Kapsul Hormon

 

Terlebih dahulu, aku nak minta maaf pada pihak-pihak yang berkaitan. Sebenarnya, tujuan entri kali ni bukan nak caras periuk nasi sesapa… Tapi, sekadar nak share info and nak elak benda-benda yang tak elok berlaku… Mintak maaf banyak-banyak yer…

Korang pernah dengar tak pasal Kapsul Hormon Perfect Lady?

phpThumb_generated_thumbnail

Korang tau ape khasiatnye…??? Meh nak cerita…

KAPSUL HORMON UNTUK WANITA & NYAH(PONDAN) SAHAJA..

AMARAN!! = TIDAK SESUAI UNTUK LELAKI SEJATI & IBU MENGANDUNG!!!!



-memberikan bentuk badan yang cantik dan seksi

-menegang,menganjal,memontok dan menambahkan size breast

-menghilangkan bulu roma yang lebat pada wanita seperti bulu kaki,misai dan bulu tangan

-kapsul hormon ini menjadi rebutan nyah dan pondan2 diseluruh negara

-menghilangkan bau badan dan bau peluh

-wanita yang mengamalkan kapsul hormon ini tidak akan terkena kanser rahim dan kanser breast

-mengetatkan rahim dan menghilangkan bau pada miss V

-Menghaluskan kulit wajah dan badan

-menaikkan punggung yang jatuh dan leper

-memberikan bentuk badan yang menarik jika diamalkan oleh wanita yang dalam pantang dan wanita yang terlalu kurus

-boleh dimakan oleh ibu yang menyusukan baby dan wanita dalam pantang


-WANITA HAMIL DILARANG MAKAN!!

-mencantikkan kuku,rambut,kulit dan segala aset wanita

-1KAPSUL HORMON INI LENGKAP UNTUK SEMUA MASALAH WANITA

-harga yang murah berganda-ganda dari kedai jamu@farmasi

-herba yang digunakan adalah 100% tulen tanpa ada campuran bahan lain dan kerana itulah kesannya lebih aktif dan terbukti berkesan


MEREKA YANG MENGAMALKAN KAPSUL HORMON DILARANG MINUM AIR KELAPA KECUALI WANITA YANG BELUM MELAHIRKAN ANAK@ANAK DARA) BOLEH MINUM


KAPSUL HORMON WANITA DIPERBUAT DARIPADA SEJENIS TUMBUHAN HERBA YANG DI PANGGIL PUERARIA MINIFICA ATAU DALAM BAHASA THAILAND “ KWAO KRUA”


~Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan tanah tinggi di utara Thailand. Tumbuhan ini telah dikenalpasti berabad lamanya dan telah digunakan oleh penduduk kawasan berkenaan sebagai agen anti-penuaan. Kajian saintific yang dijalankan sekarang, mendapati tumbuhan ini mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat

~Bahan organic yang terdapat di dalam tumbuhan ini dikenali sebagai Phytoestrogen. Ianya sangat berkhasiat dan memberi kesan positif terhadap tubuh badan wanita seperti memcantikan kulit wajah, menganjalkan payudara dan pinggul, melebatkan rambut, merawat rahim, mengetatkan vagina dan banyak lagi khasiat yg diperlukan oleh wanita. Ianya juga digunakan dengan meluas didalam menangani simtom-simtom monopoues dan boleh digunakan sebagai pencegah kanser payudara dan rahim. Phytoestrogen juga melancarkan pengaliran darah dan pengedaran estrogen ke seluruh tisu-tisu badan menjadikan badan wanita bertambah cantik dan anjal.

Macam best kan kalau tengok die punya khasiat nye… Dan mesti nak tahu kan kenapa aku kata ianya bahaya…??  Okay, meh tengok sini….  Aku amatlah curiga dengan pil ni. So, aku mintak nasihat dari KKM.

34

Yang dalam kotak merah tu, soalan aku pada KKM.  Maaf ye, nama penuh ngan alamat aku tak bole nk dedahkan…  And setelah beberapa hari, pihak dorang balas…   Dan ini adalah jawapan dari dorang…

1

So, pihak dorang cakap, produk Perfect Lady ni tak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ha, maknanye, bahaya okay… Mungkin kita boleh tengok hasil yang best pada masa sekarang ni… TAPI kite tak tahu effect die untuk jangka masa panjang… So, kepada yang dah TERcuba produk ni, better korang stop ek.. Ni untuk kebaikan korang jugak… Kalau korang tak percaya, korang boleh call pihak dorang… Tu ade aku kotakkan dengan warna biru…  

Akhir kata, mintak maaf banyak-banyak kat mane2 yang menjual produk ni. Macam yang aku cakap awal-awal, aku takde niat nak rosakkan perniagaan korang… tapi ni untuk kebaikan semua…  Minta maaf okayy

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork