13 November 2014

MOVIE REVIEW | Interstellar




Dah  lama tak buat movie review. Tapi hari ni, nak belanja korang satu review.  INTERSTELLAR. 
Selain dari  Hindustan yang penuh emosi, aku boleh tabik spring dekat pengarah cerita Interstellar ni, Christopher  Nolan sebab Berjaya buat aku menangis tak ingat.

Honestly, movie ni bukan movie cinta yang biase-biase. Its all about love between father and daughter. Cerita ni memang membuatkan aku rasa sebak and teringat zaman – zaman ayah aku kerja jauh. Aku paling tak suka kalau ayah aku nak pergi kerja. Sebab kadang-kadang ayah aku akan balik lewat takpun tak balik.

Bayangkanlah dalam cerita ni, bapa dia kena pergi ke angkasa lepas sana nun and tak tahu bila nak balik. Sedih baq hang. Memang tak berhenti air mata aku.

Cerita ni sangat bagus sebenarnya. Jalan cerita yang tak banyak adegan-adegan geli-geli… Banyak fakta- fakta sains.. Dan secara tak langsung, aku pun tahu la sikit-sikit pasal orbit bagai…

Those yang dah tengok, share your opinion here. Those yang tak tengok lagi, PEGI TENGOK! Hehe. Sebab rugi sebenarnya kalau korang tak tengok cerita best macam ni…. Gituhh… 




Aku ni memang suka sangat lupa nak ambik gambar diri sendiri... Nah la, mak belanja satu gambar peneman mak pergi tengok wayang semalam....  Heeheheh... 

Oh ye, aku nak pesan ni, those yang selalu tengok wayang memalam kat Alamanda tu, aku sarankan toksah la park kereta dekat luar area hotel tu... Tak pasal je tayar kete kena clamp. Unless korang sangat kaya untuk bayar denda. Aku banyak kali tengok kereta kena clamp kat Alamanda tu... Kalau boleh keluar duit untuk bayar tiket wayang, why not spend duit RM2.00 untuk parking.... Ye dak...?? 


0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork