10 January 2016

REVIEW | FACIAL MOISTURISER BY BODY SHOP

 



Masa aku study dekat London, minggu pertama sampai sana, kulit aku memang tak boleh terima dengan cuaca dekat sana. Masa aku sampai London tu, tengah musim Spring. So, memang kering dan kulit aku menggelupas. Mula-mula memang aku dah bawak siap-siap skincare dari Malaysia. Tapi, lama-lama habis la. So, nak suruh orang pos ke London, memang mahal la cerita nya. So, aku decide untuk pakai skincare yang ada dekat UK je. Nasib baik ada Body Shop. So, memang senang la. Dia punya salesgirl pun kemain ramah. So aku pun memang cerita keadaan muka aku. And, dia suggest Vitamin E product. 


Untuk kegunaan waktu siang, aku guna Vitamin E Aqua Boost Sorbet. Fungsinya, memberi kesejukan untuk kulit 24jam. Ok jujur, memang lepas pakai, muka akan rasa berangin and fresh. Plus, tekstur dia memang kategori cepat menyerap. Lepas pakai, dia akan bagi effect matte dekat muka. Tak melekit ye. Lepas tu, nak apply foundation pun senang je. Takyah nak tenyeh guna sponge tu beriya sangat. 

Waktu malam pulak, aku guna Vitamin E Moisture Cream. ** yg dalam gambar ni, limited edition design.   Krim ni berfungsi untuk melembapkan kulit muka. Sama juga macam krim siang, tak melekit and cepat serap. So takdelah time tido muka rasa melekit ke apa. 

So, memang sepanjang dekat London, aku pakai Body Shop ni je. Alhamdulillah, kulit tak kering and menggelupas dah. Lagipun, product Body Shop dekat UK murah. Takdelah aku rasa terbeban nak beli. 

Habis study and balik Malaysia, aku still pakai juga dua krim ni. Tak menjadi masalah pada kulit. Alhamdulillah... Aku memang recommend sangat-sangat kepada semua org untuk pakai krim ni. Kulit aku memang jenis mengada sikit. Tak boleh pakai sebarang produk. Salah produk sikit je, nahas la... Memang berjerawat tak pun menggelupas la kulit muka aku... 

Disebabkan barang kat Malaysia ni agak expensive, maka berjimat lah. Krim ni pun tak perlu nak sapu banyak-banyak. Calit sikit-sikit je dah okay dah. So, dapatlah berjimat. Sementara nak tunggu krim ni habis, bole lah kumpul sikit-sikit duit nak beli yang baru. 

So, sekian dulu lah review kali ni.. Semoga sedikit sebanyak membantu kepada yg bermasalah kulit tu. Thanks for reading :) 

0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork