30 April 2009

Introduction




Assalamualikum wbt.

Hi, nama aku Amira. Panggil Myra je dah cukup dah. Aku baru habis SPM and sekarang tengah duduk rumah sambil tolong mama and ayah. Macam budak-budak lepasan SPM yang lain, aku tengah berfikir nak sambung study dekat mana. So, dalam pada tengah mencari-cari tempat belajar, aku buat lah sekali blog ni. Sekurang-kurang nya, ada juga tempat aku nak bercerita. 

Pertama sekali, aku nak cakap yang aku memang first time dengan Blog. Banyak lagi perkara yang aku kena belajar dan explore. Maafkanlah design blog aku tak cantik sebab aku jahil lagi bab-bab blog ni. Harap-harap, lagi lama aku dengan blog ni, lagi cekap lah aku. HAHAHA. 

Kedua, aku nak minta maaf siap-siap kalau segala perkara yang aku nak kongsi dekat blog ni buat sesiapa yang baca terguris atau sentap. Jujur, memang takde niat langsung nak lukakan hati orang. 

Ketiga, kalau korang rasa blog ni perlu dibaiki, jangan segan silu komen and suggest dekat aku. Sebab macam aku cakap tadi, banyak lagi perkara yang aku tak tahu. So, aku nak belajar lebih lagi pasal blog. Okay? 

Terakhir sekali, semoga aku dapat terus beri komitmen pada blog ni. Semoga aku rajin menulis dan berkongsi. Semoga dapat kenal kawan-kawan baru dari merata tempat. 

Thanks. 





0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork