23 May 2009

The Other Stage Part 1



Assalamualaikum wbt. 


Alhamdulillah, hari ni sampai juga aku ke Shah Alam. Walaupun banyak kali sesat, terlepas simpang dan sebagainya. Bukan apa, ayah aku tak biasa dengan jalan-jalan dekat Shah Alam ni. By the way, tujuan aku, ayah and mama datang Shah Alam sebab nak hantar aku daftar study. Ye, aku dapat sambung study dekat UNISEL Shah Alam. 



Lepas sesi pendaftaran, aku kena pergi hostel pula. Okaylah, hostel boleh kata tak jauh sangat dari kampus. Tapi, kalau jalan kaki semput lah.. Maka, harus naik bas. Lepas selesai semua daftar study and hostel, mama and ayah aku pun balik lah. Tinggallah aku dekat UNISEL ni . 

Untuk pelajar baru, ada orentasi yang dipanggil Minggu Tekad Siswa. Okay, jujur orentasi ni perkara paling bosan dan penat yang pernah aku attend. Tidur tak cukup, rehat tak cukup, semua tak cukup. Tapi, aku redah jugak lah sebab no choice. Tapi, ada bagusnya juga orentasi ni sebab boleh kenal kawan-kawan yang sama batch , plus boleh kenal kawan-kawan yang bakal jadi classmate. 

Settle orentasi seminggu, kelas pun mula. Nasib baik aku dah kenal kawan-kawan yang satu kelas dengan aku. So, aku follow dorang je pergi and balik kelas. Bagusnya batch aku ni, kiteorang memang suka pergi mana-mana secara ramai-ramai. Yelah, tak semua yang memang asal Shah Alam. Dua tiga ketul je. 

Kalau bab makan, memang senang. Bawah hostel aku ade makanan. Kiranya, kiri kanan aku semua ada kedai makan. Nak makan sedap sikit, boleh panjat pagar pergi McD. HEHEHE. Orang Shah Alam mesti dapat teka aku duduk mana sebenarnya.. Aku duduk dekat Wisma MAIS Seksyen 3 tu. 



So far, aku rasa aku boleh la adapt dengan suasana baru. Rindu-rindu mama and ayah tu biasa la. Hari-hari aku telefon diaorang. Okay la tu kan. Balik kampung pun sebulan dua kali aku suruh ayah aku datang ambil atau tunggu je aku dekat  Tg. Malim. Senang

Semoga aku dapat habiskan Diploma aku dengan jayanya. Semoga aku sentiasa bersemangat untuk belajar dan siapkan assignment. 

Aku saja letak tajuk entry ni Part 1 sebab aku memang berniat nak sambung study lagi lepas Diploma ni. Doa-doakan la ye .. 


Thanks. 





0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork