26 March 2011

REVIEW: Sucker Punch

finall full poster-sucker punch

Okay, aku bukan main lagi teruja nak tengok cite ni. Mase tengok thriller die, perggghhh... memang nampak macam gempak.. Actually, aku masih tak faham dengan apa yang nak disampaikan oleh director nye tu, Zack Snyder. Huhuhu...  Filem ni dibintangi oleh, Emily Browning yang membawa watak Babydoll dalam cite ni. Part nama ni aku setuju sebab memang aku tengok muka dia macam babydoll.

Bercerita tentang filem ni, dari apa yang aku faham walaupun tak berapa nak faham sebenarnye, si Babydoll ni mengalami tekanan perasaan selepas kematian mak die. Dia yang cuba nak bunuh ayah tiri die, tak sengaja terbunuh adik dia. Dan die telah dihantar ke sebuah pusat mental yang dipanggil Lennox House ( kalo tak silap). Cerita ni ada ala-ala fantasi sikit time si Babydoll ni berimaginasi yang dia sedang bertarung dalam sebuah misi bersama 4 rakannye yang lain.Korang mana yang nak tengok cerita ni, boleh la pi tengok and nilai sendiri menggunakan kepakaran mengkritik korang tu.. hehehe..

Pelakon-pelakon yang lain, ada Vanessa Hudgens (Blondie),Abbie Cornish (Sweet Pea),Jamie Chung(Amber), Jena Malone (Rocket) dan yang lain-lain. Haaa... Before aku terlupa, Vanessa Hudgens sangat la hot dan cantik dalam cerita ni sampai aku tak cam muka dia sangat masa tengok cite ni.. huhuhu.. Btw, for those yang nak tengok cerita ni, Selamat menonton :)

0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork