27 March 2011

Senggugut?? Awww! Sakitnye!

Setiap bulan, setiap wanita yang akhil baligh akan mengalami kedatangan haid. Bagi yang perempuan-perempuan ni, korang tahu apa tu senggugut? Haih.. senggugut tu bermaksud kekejangan perut ketika haid. Dia akan menyerang segelintir wanita pada hari pertama, kedua dan ketiga ketika sedang haid.

Rasa senggugut macam mana? Woohhhh!! Jangan tanya macam mana rasa sakitnya. Aku ni dari tingkatan satu sampai dah besau panjang gini pun still ade senggugut tu. Selalunya, orang mengalami sakit ni akan rasa pening-pening, sakit pinggang, cirit-birit and lemah. Setengah orang, bila senggugut datang, dorang tido. Tapi bagi aku pulak, bila aku kena, aku makan banyak2. Then, sakit tu hilang. Tapi kejap je, pastu datang balik :(

Okay, secara saintifiknya, senggugut ni sebenarnye berpunca dari endrometriosis (payah bebenor). Jangan ambil mudah sebab endrometriosis ni boleh menyumbang kepada kemandulan. Korang nak mandul ke? Ya Allah, simpang malaikat 44. So, kite kena ambil langkah-langakah berjaga-jaga. Ada kisah mengatakan, mereka yang mengalami senggugut ni akan pulih selepas berkahwin dan melahirkan anak. Dan ada juga yang mengatakan, senggugut boleh menyebabkan ibu mengandung susah untuk melahirkan bayinya. Wah... banyak sangat andaian. Apa-apa pun, nasihat aku pada korang semua dan juga diri aku sendiri, dapatkan rawatan doktor jika perlu.

Menstrual_Pain01_acumed

wwmrk'

4 comments :

  1. boboi pon senggugut gak ni..^_^
    ekekeke..

    ReplyDelete
  2. taufan: what the.....??? normal ke tak awak neh?

    ReplyDelete
  3. Oppa Kudin : Yup.. akan rasa. tapi ade yang tak kena...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork