03 October 2011

TIPS: Jom Hapuskan Parut

 

Tekanan je bila tengok ade parut2 yang mencacatkan kat muka ataupun mana-mana bahagia di badan kite. Tapi, paling rasa rendah diri bila parut yang hodoh tu berkampung di sekitar muka. Parut jerawat la paling popular kan... So, dengan rasa happy nya, aku nak share dengan korang tips untuk hilangkan parut ni...  Ni bukan aku reka sendiri. Tapi, ni dari apa yang aku baca okay :)

Lidah Buaya

Korang tahu tak lidah buaya tu rupenye mcm mane? Hehehe... Okay, caranye senang. Ambik lidah buaya tu, sapu je lendir2 yang ada kat lidah buaya tu kat kawasan luka atau parut tu...

Serbuk Kayu Manis

Okay,yang ni aku pernah try.. Hasilnya memuaskan :)  Serbuk kayu manis tu, campur dengan air sikit. Then, letak je kat tempat parut tu sampaila kering... Rasanya agak pedih, tp sekejap je...

Madu

Aku jugak baru tau yang madu ni pun sebenarnya boleh hilangkan parut. Caranya senang sangat. Sapu je madu tu kat parut yg berkenaan dua kali sehari...

Jus Mentimun

Mcm biasa, sapu je jus mentimun kat kawasan yang berkenaan dan tunggu 15 minit sebelum basuh muka dengan air suam.

Minyak Kelapa

Kita memang sedia maklum yang kelapa ni memang banyak khasiat die. Minyak kelapa ni boleh jugak hilangkan bekas parut. Just urutkan je minyak kelapa tu kat parut2 yang ade...

 

Okay... Tu la dia sedikit info atau tips untuk hapuskan parut. Tapi, bende ni kena buat selalu. kalau buat malas2, memang berjanggut la kan nak hilang parut tu.. huhuhu.. So, selamat mencuba and terima kasih sebab sudi membaca <3

0 comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork