08 March 2012

REVIEW: Cinta Kura-kura

 

Cinta_kura-kura

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.  - credit to :  SinemaMalaya.com.

Para pelakon : Tiz Zaqyah, Aeril Zafril, Zizan, Fara Fauzana, Usop Wilcha, Bob AF, Fizz Fairuz dan ramai lagi…

Terbitan : KRU Studio Sdn Bhd.

Komen aku :   Cerita yang santai-santai je… Boleh ditonton oleh semua lapisan umur… Agak kelakar dan agak best…  So, kalau korang takde ape nak buat, dari korang duduk umah membuncitkan perut, baik tengok wayang…  Support filem malaysia yer… huhhu….  :) For this film, dari 10, aku bagi 6 bintang…..  :)

2 comments :

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork