19 July 2012

Tips Diet Semasa Berpuasa

Memandangkan Ramadhan lagi berapa hari je lagi, hari ni aku nak bagi korang tip diet time puasa…. Ni hasil dari pembacaan aku kat majalah yer… bukan aku reka2 sendiri…

Piramid makanan

  1. JENIS MAKANAN : Pemilihan jenis makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk seseorang menurunkan berat badan. Kena make sure jenis makanan yang kita pilih merupakan makanan yang kurang kalori dan tinggi protein. Korang boleh amek sayuran hijau sebab die kurang kalori, tinggi khasiat and boleh bantu kite dalam proses pencernaan. Pastu, korang kena kurangkan makan nasi dalam setiap hidangan time buka puasa. Kalau korang makan nasi time sahur, time buka korang jangan makan nasi dah… makan lah benda lain yang boleh kenyangkan korang macam bihun ke, mee ke…
  2. KUANTITI MAKANAN : Kuantiti makanan jugak memainkan peranan yang penting.. So, korang boleh ambil makanan tu banyak2 sekiranya makanan tu tinggi dengan serat contohnye, buah-buahan. Tapi, aku ykin tak semua daripada kita ni mampu makan buah-buah je time bulan puasa kan… aku pun tak mampu… So, korang jangan sekat diri korang. Korang makan je apa yang korang rasa nak makan.. TAPI, korang kena sekat diri korang dari amek makanan tu dengan kuantiti yang banyak…. Korang amek sikit-siki je okay….
  3. TAHAN NAFSU : Masa perut kosong, nampak itu, nampak ini semua rasa nak… So, kawal nafsu kita supaya kita bijak memilih makanan. Selain daripada membantu diet korang, tahan nafsu ni boleh bantu korang berjimat and tak membazir time puasa ni :) Makanya, duit yang lebih tu boleh beli baju raya yang meletopsss yer kawan-kawan :p
  4. JADUAL HIDANGAN BULAN RAMADHAN : Kalau korang rajin la, korang buat satu menu makanan sepanjang bulan ramadhan ni supaya korang takde tersasar dan terlupa pada keperluan dan kehendak. Pelbagaikan hidangan supaya seimbang and bersesuaian dgn bajet korang sepanjang bulan ramadhan. Kalau aku, aku rasa lebih jimat kalau masak sendiri… Selain tu, boleh gak elakkan dari penambah perisa makanan lah bagai yang selalunya ada dalam makanan-makanan yang dijual… :)
  5. MAKANAN TAMBAHAN : Korang jugak disarankan untuk amek makanan tambahan time puasa. Korang leh amek vitamin or jus buah untk pastikan badan korang sentiasa sihat and cergas walaupun berpuasa :) Aku sarankan korang makan kurma… 3 biji time sahur, 3 biji lagi time buka.. Seperti yang kita tahu, kurma memang banyak khasiatnye… So, kepada yang tak ske makan kurma tu, belajar la makan yer dari sekarang… Sedap taw!

Okay, itu je tips yang aku nak bagi… Senang kan? Kalau kita disiplin kan diri kita, insya Allah, kita akan dapat kesan yang baik . huhuhu…. Jom lah try sama-sama … Aku pun nak try gak lah bulan puasa ni…. huhuhuh….

2 comments :

  1. tym pose kene diet..
    tkot baju raye xmuat..
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tak pe... huhuhu
      nnti tak meletopsss la kan.. hahah

      Delete

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork