03 March 2013

REVIEW : Jack and The Giant Slayer

 

Lama dah tak update review pasal movie.. Padahal nye, boleh kate semua movie aku tengok.. Hehehe… Ni semua sebab malas lah ni… Haih sedih betul. Tapi takpelah, hari ni nak update pasal cite Jack and The Giant Slayer. Dah tengok ke korang…??

JACK-THE-GIANT-SLAYER1

Meh nak kasi sinopsis sikit.  Actually, cerita ni berkisah tentang perang di antara manusia dengan gergasi. Gergasi ni sebenarnya memang berdendam dengan manusia berkurun lama. Perang tercetus balik bila Jack, anak petani ni, yang berjuang untuk tanah air die , pastu dalam masa yang sama die jatuh cinta kat puteri raja. Ceritanye, die dah bukak laluan antara dunia manusia dengan gergasi ni.  Cerita ni boleh kata agak kelakar la jugak. Die takdelah rasa macam stress je nak tengok kan. Duration cerita ni lebih kurang 1 jam 45 minit. Dalam banyak-banyak watak dalam cite ni kan, walaupun si Jack ni hero dalam cerita ni, entah kenapa aku suka die punya ketua askar di raja.

jack_the_giant_killer_ver12

Mungkin sebab dia punya rambut style kot. Hahahahhaa. Actually, pada awal cerita aku ingat dia ni jahat. Tapi sebenarnya orang lain pulak yang jahat… Walaupun muka dia macam sombong and garang, actually watak dia sebenarnya baik and paling penting semangat juang die tinggi lah…. Tabik lah kat die ni… hehehe.

Kepada korang yang belom tengok cerita ni, aku suggest tengok la dalam 3D sebab lebih feel dengan aksi2 dalam cerita ni. Bayar lebih sikit its okay untuk cerita yang aku rasa berbaloi la dengan harganye…

Baiklah, sampai sini dulu review kali ni.. kang aku review lagi mane2 movie yang aku rasa seronok okay …

2 comments :

  1. alahai.. kite dh lame xlyn movie.. sobss

    ReplyDelete
  2. @Cik Ezy huhuh.. sesekali, pegi la tgk cik ezy :) boleh hilangkan tension sikit2...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork