19 August 2013

RESEPI Kek Coklat Kukus

 

Assalamualaikum wbt..

Hari nak share ngan korang resepi kek coklat kukus yang saya try buat time raya hari tu…  Okay, mula-mula skali korang kena prepare bahan-bahannye…

Bahan-bahan :

- Serbuk koko

- Butter

- Minyak masak

- Susu pekat manis

- Soda bikarbonat

- Baking Powder

- Esen Vanilla

- Tepung gandum

- Telur

- Susu full cream ( dutch lady)

- Gula perang

- Coklat rice / badam (optional)

Cara nak buat senang je… Kat sini saya akan label kan setiap bancuhan sebagai A, B & C supaya senang korang nak paham…

BAHAN (A) :

- 1 cawan serbuk koko

- 1 cawan susu full cream

- 1/2 cawan susu pekat manis

- 1 cawan minyak masak

- 1 cawan gula perang

CARA : masukkan 5 bahan tu semua kat dalam kuali, kacau dengan api kecik. Kacau sampai semua sebati okay… Agak-agak dah sebati, korang ketepikan, and prepare bahan kedua pulak …

 

BAHAN (B) :

-  1 sudu teh soda bikarbonat

- 1 sudu teh baking powder

- 1 1/4 cawan tepung gandum.

CARA : Campur ketiga-tiga bahan and ayak semua sekali bagi soft.. Dah ayak, korang ketepikan.. Proceed untuk buat bahan ketiga.

 

BAHAN C :

- 3 biji telur

- 1 sudu teh esen vanilla.

CARA: Campur kedua2 bahan and pukul sampai sebati.

 

Now, kerja dah jadi mudah….   Masukkan  BAHAN C  & B  ke dalam BAHAN A. Kacau sampai sebati… Jangan biar ade ketul-ketul okay… Then, masukkan dalam loyang, kukus selama 1 jam 20 minit.  So, sementara nak tunggu kek tu siap kukus, boleh la proceed untuk buat topping die…

BAHAN-BAHAN TOPPING :

- 1 sudu butter

- 1 cawan serbuk koko

- 1/2 cawan susu pekat manis.

 

CARA : Campur semua bahan dalam kuali and kacau dengan api yang kecik… Kacau sampai sebati….  

 

Okay, bila kek dah masak, korang boleh la siramkan  topping coklat yang korang buat tadi tu… Pastu boleh la tabur coklat rice ke, badam ke ape ikut kreativiti korang…. Dah siap.

Ulu Bernam-20130807-00694

Selamat mencuba kawan-kawan ….. and SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN… <3

1 comment :

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork