21 September 2011

TIPS : Kesihatan Mata

 

DSC_0105

Mata ni boleh dikatakan sebagai salah satu aset kita. Mata ni kire agak berharga la kan... No wonder la kalau perempuan make up, then dorang lebihkan  solekan pada mata. Haha...

Tapi hari ni nak share pasal kesihatan mata.  Mata dah cantik, so kena la sihat pulak kan... :)Actually, makanan untuk mata ni senang je nak dapat kat pasar-pasar yang berdekatan dengan umah kite ni.. hehehe...

Limau

Bagi penggemar buah ni, korang memang best la...Sebabnye, limau ni mempunyai vitamin C yang merangsang pembentukan kolagen dan bertindak sebagai anti oksidan yang berkhasiat melumpuhkan radikal bebas penyebab penuaan.

Anggur

Anggur ni mempunyai anti oksidan yang sangat kuat. Anti oksida yang lebih kuat dari vitamin C dan E ini tidak saja berkhasiat menghaluskan kulit sebagaimana sering disebutkan pada beberapa iklan produk kesihatan, tapi juga berkhasiat memperbaiki peredaran darah, memperbaiki pembuluh kapilari dan kerosakan sistem saraf. Menurut penilitian, zat yang terkandung dalam ekstrak biji anggur dapat memperbaiki penglihatan dan mengembalikan fungsi retina mata yang rosak akibat pendarahan pada pembuluh darah dan ketidakseimbangan gula dalam darah.

Ubi Kayu

Makanan sederhana ini ternyata tidak sederhana penampilannya. Menurut US Nutrition Action Health Letter (Newsletter Nutrisi untuk Kesihatan AS), ubi jalar menempati posisi paling unggul dengan pengumpulan skor gizi. Skor tersebut diperoleh dari kandungan vitamin A, asid folik, zat besi, tembaga, kalium dan serat dibandingkan standard gizi normal. Peranan ubi keladi dalam menjaga kesihatan mata terbukti dapat menyembuhkan penyakit kekurangan vitamin A seperti rabun malam dan berbagai penyakit lainnya. Kerana manfaatnya, Unicef dan WHO menyerukan semua penduduk agar memakan ubi secara rutin, terutama bagi wanita dan kanak-kanak.

 

 

Okay lah kawan-kawan....  Ni selamat mencuba yer... Kalau nak mata cantik, kena la banyakkan makan buah limau and anggur. Tak lupa jugak, ubi kayu yer.. hehehe....

 

110921-111802 PHOTO OF THE DAY : Library....  :)

2 comments :

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork