15 October 2011

Serlahkan Kejelitaan Dengan De Wajah

 

Pernah dengar pasal produk De Wajah? Menipu la kan kalau tak pernah dengar. Okay, entri kali ni nak cerita serba sedikit pasal De Wajah. Kenapa? Sebab sebulan yang lepas, aku frust dengan muka aku. Tetiba jadi gelap and menggelupas. Sakit hati. Disebabkan tu, aku pun tawakal je lah try produk De Wajah ni. Untuk kali pertamanya, aku try pek permulaan untuk kulit normal. Dalam pek tu ada Susu Pembersih, Sabun Muka, Toner , Krim siang dan Krim malam.

Alhamdulillah, dah nak masuk dua bulan guna. Muka aku yang kering2, menggelupas and gelap tu dah bertukar rupa :) Kulit aku lembab je sentiase. Boleh kata, aku puas hati la.

de_wajah best

Okay, Aku terangkan satu-satu pasal produk ni okay.

Susu Pembersih : Menanggalkan make up dengan lebih mudah dan berkesan disamping melembutkan kulit muka dan turut mengimbangi PH dan asid.

Pencuci Muka : AHA & vitamin E sesuai untuk kulit normal dan kering dan turut memberikan kelembutan dan kesegaran pada kulit seharian.

Penyegar (toner) : Memberi kesegaran dan kelembutan pada wajah anda sepanjang hari sambil mencerahkan.

Krim Siang : Perlindungan UV yang ade padanya mampu melembapkan dan melindungi kulit dari selaran matahari.

Krim Malam: Bertindak menanggalkan sel-sel mati dan menggantikannya dengan yang baru.

Harga bagi pek permulaan : RM 79.90. Boleh tahan sebulan okay :)

Dalam masa yang sama, roomate aku pun ikot jejak langkah aku. Lepas tengok aku pakai produk ni, dia pun beli jugak produk ni. Tapi, dia ambil untuk kulit sensitif dan berjerawat. Pek permulaan nya pun sama,just RM 79.90.

Bukan sahaja aku berpuas hati dengan produk dia, tapi perkhidmatan yang disediakan pun best. Pertama kali aku buat facial muka kat Spa De Wajah. Layanan yang baik, rawatan muka yang SUPERB! Dan baru-baru ni, aku buat treatment rambut kat spa tu jugak. Hasilnya..?? Haaaa.. Rambut jadi lembut, ringan, tak kusut and tak gugur :) 

Boleh kata, puas hati la. Harga yang berpatutan bagi aku sebab servisnye pun bagus. So, tak rasa rugi. If korang nak cuba manjakan diri korang dengan layanan De Wajah ni, boleh datang ke Spa De Wajah, tingkat 3 Plaza Alam Sentral Shah Alam. 

edit (15 of 24)

Sekian, terima kasih <3

3 comments :

Terima Kasih kerana sudi membaca :)
Anda komen, anda comel <3

 

Her Diary by Myra Amira Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork